SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Isnin, 18 Oktober 2010

BENARKAH ADA SUAMI MELACURKAN ISTERI SENDIRI...????

Hari ini agak free... semua kelas sedang exam... budak-budak form 3 pula dah lepas PMR.. hanya ada beberapa program utk mereka. Aku mengambil masa lama sikit duduk di kantin...sembang-sembang dgn kekawan. Dari satu topik ke satu topik.... dan akhirnya tibalah ke topik yang aku rasa menarik utk dikongsi di blogku...

Aku seakan tidak percaya kisah ini benar-benar berlaku... seorang suami melacurkan isteri untuk menampung perbelanjaan hariannya. Segalanya diuruskan oleh si suami dayus.... segala maksiat berlaku dirumah sendiri dan si isteri menjadi mangsa. Tiada siapa pada awalnya menyedari maksiat yang berlaku memandangkan si suami nampak baik orangnya dan dia juga sentiasa ringan tulang membantu jiran-jiran sekiranya ada kenduri-kendara cuma dia jarang ke surau dan ke majlis-majlis agama.

Si isteri pula jarang kelihatan.... hampir setiap masa memerap di dalam rumah. Urusan rumahtangga seperti ke pasar menjadi tanggungjawab si suami sepenuhnya. Si isteri bukan berasal dari daerah ini dan tiada siapa yang tahu asal-usulnya kerana dia tidak pernah mencampuri masyarakat sekeliling. Jiran-jiran beranggapan si isteri pemalu.. Hampir setiap hari ada sahaja tetamu yang datang... Jiran-jiran jadi kagum.

Lama-kelamaan, jiran-jiran mula sok...sek...sok...sek... kerana tetamu yang datang semuanya lelaki dan adakala si suami keluar ketika tetamu datang berkunjung. Jiran-jiran mula risik-risik dan terintai-intai... bagai terbau sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Dipendekkan cerita.... Allah akhirnya menunjukkan kebenaran setelah si isteri mungkin tidak tertahan menanggung segala-galanya... Si isteri menyelinap keluar ketika hampir subuh dan meminta pertolongan salah seorang jiran utk melarikan diri.... Si suami yang menyedari dirinya dalam bahaya telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan...

MasyALLAH.... Aku tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini namun sedikit sebanyak ianya menyentuh hatiku.... dan kalau benar2 berlaku, biarlah itu cerita terakhir....semoga Alah tidak menduga kita dengan dugaan seberat ini dan melindungi kita seperti mana DIA melindungi orang-orang yang beriman. Wahai suami-suami di luar sana... lindungi dan sayangilah isteri kalian kerana seorang isteri itu anugerah dari Allah kepadamu. Peringatan jua kepada isteri-isteri soleha... turutilah suamimu selagi ianya tidak membelakangkan hukum Allah.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan rumah..kes semacam ini teda mustahil utk berlaku.

Ini "mungkin" terjadi pabila si suami merupakan kaki judi mungkin. Dibebani hutang keliling pinggang, hingga teda terbayar byk nya. Langkah terakhir, si isteri menjadi mangsa.

Seperti dilapur oleh akhbar sedikit masa dulu. perna ada kes dimana si suami berhutang dgn beberapa individu menyerahkan tubuh isterinya utk dilapah hutang tersebut.

Ini lah yang berlaku apabila si suami bertindak mengikut kehendak kepala lututnya.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

GematriA : Terima kasih atas ulasan... menakutkan! Janganlah ada lagi suami sumpama itu di muka bumi ini..

Sham berkata...

zaman sekarang ni cikgu, dah tak ade yang mustahil dah...kita ambil sebagai pengajaran jela...

HaN WarreN berkata...

ishhh manusia camni pun ade gak...memang diorang x layak hidup!!!

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Betul tu Sham... dunia dah tua... manusia sudah mula nyanyuk agaknya..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Han : Kalaulah dibenarkan bunuh orang macam ni... baik dibunuh aje..

Unknown berkata...

memang tak guna lelaki mcm ni..
sian isteri yg menjadi mangsa..

LIKE DISINI

Layout