SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Ahad, 21 Ogos 2011

DAHULU TERPAKSA MELALUI DENAI DAN HUTAN....


Agaknya kerinduan kepada Negeri Di Bawah Bayu menyebabkan sejak dua tiga hari ni aku banyak mengimbau cerita-cerita lama semasa di bangku sekolah. Tiba-tiba teringat satu destinasi menarik yang terletak di Inanam. Aku pernah ke sini dua kali... Kali pertama pada tahun 1991 bersama rakan-rakan sekelas di Tingkatan 6, Sinsuran Community College dan kali kedua barsama beberapa orang jiran di Kepayan Ridge. Tempat yang menarik untuk berkelah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dikelilingi pohon-pohon hijau yang belum terusik mendamaikan fikiran. Airnya juga sejuk dan jernih... pasti seronok berendam....



Memandangkan aku sudah lama tidak ke sini maka aku cuba mendapatkan sedikit maklumat tentang tempat ini.... Manalah tahu ada rezeki anak-anak untuk ke sana hujung tahun ni. Kejernihan dan kesejukan air dengan iringan bunyi cengkerik yang merdu serta keindahan hutan tropika tropika yang mengelilingi kawasan ini menyebabkan Datuk Erik Majimbun iaitu Ahli Parlimen Sepanggar merasakan bahawa kawasan ini boleh dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang menarik di Sabah. Hasil kerjasama dengan beberapa buah kampung berdekatan seperti Kampung Bambangan Baru, Kampung Kionsom, Kampung Poring dan Kampung Kobuni, Kawasan Air Terjun Kionsom ini telah dimajukan dan dibuka dengan rasminya pada tahun 2000.


_A114956


_A114883

Terima kasih kepada En. Shah kerana gambar-gambarnya yang menarik dan turut memberikan map bagaimana mahu ke kawasan Air Terjun Kionsom memandangkan sudah 19 tahun aku tidak menginjakkan kaki ke kawasan ini.... Tentu telah banyak yang berubah. Tiba-tiba terasa bagaikan tidak sabar untuk ke sana lagi dan pastinya.... anak-anak akan seronok.

kiansom map

Bagi mereka yang berminat mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan tempat ini silalah klik disini,



Sabtu, 20 Ogos 2011

JOM KITA BERCUTI KE PULAU SAPI, SABAH.....


Tengahari tadi salah seorang teman semasa sekolah dahulu menghubungiku.... Mengajakku menyertainya bercuti ke Pulau Sapi di penghujung tahun ini. Pulau Sapi merupakan salah sebuah daripada lima buah pulau yang diletakkan dibawah seliaan  Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah. Pulau ini terkenal dengan kejernihan airnya dan keindahan pantainya yang bersih.




Pulau Sapi juga merupakan destinasi para pengemar aktiviti snorkeling. Walaupun hidupan laut di Pulau Sapi dikatakan tidak dapat menandingi yang terdapat di Pulau Manukan tetapi Pulai ini tetap menjadi pilihan para pengunjung kerana keindahan pantainya.....










Adakala pengunjung Pulau ini akan disapa tetamu yang tidak diundang. Sekali pandang.... pasti ada yang mengatakan binatang ini merupakan Komodo tetapi sebenarnya binatang ini hanyalah Biawak biasa yang kita lihat di kampung-kampung. Walau bagaimanapun.... Biawak di Pulau Sapi boleh membesar sehingga mencapai 6 kaki panjang.





Bagi mereka yang ingin maklumat lanjut berkenaan pulau ini bolehlah klik di SINI



@@@ Gambar diambil drp Google @@@





Selasa, 16 Ogos 2011

LAAAAA.... SUAMINYA KE????? INGATKAN ANAKNYA.......


Awal pagi aku dikejutkan oleh deringan telefon rumahku yang memecah kesibukan umat Islam bersahur. Aku bergegas menyambutnya..... Risau bila telefon berbunyi pagi-pagi buta ni.... risau khabar dari kampung. Alhamdulilah.... rupanya panggilan seorang teman dari Sabah. Memandangkan aku sebenarnya masih sibuk di dapur maka aku awal-awal memohon maaf kerana tidak boleh bersembang lama. Aku berjanji padanya untuk menghubunginya kemudian. Aku menepati janjiku.... kebetulan aku free jam 10.00 pagi tadi maka akupun menghubunginya. Rupanya dia mahu bercerita tentang teman kami semasa di bangku sekolah dahulu...


Joice, kawan lama kami merupakan seorang gadis yang sangat popular semasa kami di bangku sekolah dahulu kerana kecantikannya. Keputusan Sijil Rendah Pelajarannya tidak begitu baik maka dia tidak menyambung pelajarannya ke tingkatan 4. 

Aku bertemu semula dengannya ketika aku pulang ke Sabah semasa cuti semester pertama Tahun 1 aku di UKM. Masih kelihatan cantik dan menawan orangnya.  Rupa-rupanya dia telah berkahwin sebaik sahaja keputusan SRP diumumkan. Hasil perkhawinannya, dia dikurniakan sepasang cahayamata.... yang sulung..... anak kecil berusia 6 tahun yang secantik emaknya dan anak lelakinya berusia 5 tahun ketika itu.


 Selepas itu.... aku tidak lagi pernah bertemu dengannya sehinggalah aku pulang ke Sabah baru-baru ini. Ketika aku melewati parking lot berhampiran pasar besar Kota Kinabalu, aku disapa oleh seseorang....
" Jenny.... ko kan tu? Ko ingat lagi sama sa?" Aku sedikit terkejut. Aku memandangnya seketika.... agak lama aku mengingatinya.


" Joice kan?" Aku seperti tidak percaya. Kami berpelukan dan dia memanggil anak gadisnya dan memperkenalkan anak gadisnya kepadaku. Joice masih kelihatan cantik dan menawan seperti dahulu. Kami tidak sempat berbual panjang. Kami hanya bertukar-tukar no telefon.

Beberapa hari selepas itu.... Aku ke One Borneo bersama anakku. Ketika keluar dari parking lot, aku terlihat kalibat anak Joice ditepi sebuah kereta dan aku menyapanya. 
" Marcey kan?" 
" Iya ba anty... Anty mo pegi mana?"
" Saja ja mo jalan-jalan. Mummy ko mana?" Aku bertanya sambil menjeling seorang jejaka tampan di dalam kereta. Hati kecilku berkata " Handsome jugak boyfriend si Marcey ni"
" Oh.... Mummy masih sana dalam lagi. Dia singgah beli barang dia bilang"
Aku kemudiannya minta diri dan mencapai telefon bimbitku. Aku mendail no  Joice. Aku mahu mengajaknya minum dan kemungkinan kami boleh bersembang panjang.

Nasib aku agak baik kerana aku terserempak dengan Joice yang baru mahu keluar. Aku letakkan semula telefon bimbitku ke dalam beg. Aku mengajaknya minum. Joice meminta anaknya pulang dahulu setelah aku berjanji mahu menghantarnya pulang. Maka kami berbual panjang. Jejaka tampan di dalam kereta tadi bukan boyfriend anaknya.... Rupanya lelaki itu suami baru Joice. Dia bercerai dengan bekas suaminya 13 tahun lalu dan berkahwin dengan suami barunya itu pada penghujung tahun 2009. Suami barunya baru berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Beza umur mereka 16 tahun.... Anak sulung Joice pula berusia 24 tahun. Dia mengenali suaminya ketika suaminya baru berusia 16 tahun kerana mereka tinggal berjiran...... Dan menurut Joice.... Suaminya mula mencintainya ketika itu.....

@@@@ Panjanglah pula kisah ni..... Part Kedua nanti, aku akan menceritakan bagaimana bermulanya percintaan mereka yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami-isteri. Buka menjaga tepi kain orang tapi Joice sendiri yang memberi kebenaran kepadaku menulis tentang kisah mereka.@@@@@

Isnin, 15 Ogos 2011

UMI.... ISI DURIAN TU DILETAKKAN PENCELUP KE??????














@@@@@@ Gambar dipinjam dari en google.


Durian pada kebiasaanya mempunyai isi yang berwarna kekuningan tetapi ada sejenis durian yang agak berbeza yang terdapat di beberapa buah daerah di Sabah. Durian ini dikenali sebagai durian merah, juga dikenali sebagai "sukang" dalam kalangan masyarakat Dusun Lotud Tuaran. Isinya yang berwarna merah darah menyebabkan ada sebilangan orang yang takut menjamahnya. Durian merah selamat dimakan!!!!! Isi durian ini tidaklah semanis durian yang biasa kita jumpa tapi ianya tetap menjadi pilihan sebilangan penggemar durian.


Kinabatangan telah menjadi perintis kepada penanaman durian merah secara besar-besaran di Sabah berikutan pembukaan tanah seluas empat hektar di Taman Bandar berhampiran Pekan Kinabatangan untuk penanaman buah durian ini. 

### Pernah membawa durian ini ke Sabak Bernam dan tidak ada sesiapa yang berani menyentuhnya termasuk en suami..... Pelik sangat ke????

Sabtu, 13 Ogos 2011

PELACUR BERUSIA 56 TAHUN....



GAMBAR HIASAN DARI MR. GOOGLE

KUALA LUMPUR: A middle-aged divorcee was among 15 local sex workers nabbed at a brothel at Jalan Tun Tan Siew Sin (formerly Jalan Silang) here yesterday.
"Among the 15 women was a 56-year-old divorcee with several children. She told us she turned to prostitution three years ago to help make ends meet and her family has since abandoned her. This vice den offers sexual services ranging from RM20 to RM40 and most clients are foreigners."
Ketika membaca berita online semalam.... terjumpalah artikel ini. Seorang perempuan berusia 56 tahun yang selayaknya bergelar nenek mengaku telah menjadi pelacur sejak tiga tahun yang lalu.... Hati kecil tiba-tiba bertanya... kurang sangatkah peluang pekerjaan di negara kita sehingga ada yang sanggup menjadikan pelacuran sebagai bidang pekerjaan untuk menyara hidup mereka.... atau... sebenarnya mereka yang inginkan pekerjaan sedemikian.... dan bila dicekup, menunding jari pada orang lain.....Sama-samalah kita fikirkan.....

Khamis, 11 Ogos 2011

CONGKAK..... MEMANG BERHANTU!!!!!!




Pada 10hb. Ogos  ( Semalam ) saya telah diminta oleh ketua Panitia Sejarah untuk membantu dalam pertandingan congkak di sekolah kami yang diadakan sempena bulan kemerdekaan. Bab-bab main congkak ni... saya mmglah tidak begitu arif.... sekadar boleh bermain dan yang pastinya selalu kalah.
Alhamdulilah... Seramai 44 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehinggalah pelajar tingkatan 6. Pertandingan diadakan selama 4 jam untuk mendapatkan pemenangnya dan saya rasa seronok sepanjang pertandingan terutama melihat gelagat para pelajar.

Bukan setakat pelajar Melayu sahaja yang mengambil bahagian, pelajar Cina pun ada yang  berminat

Sampai hakim terpaksa berdiri di atas kerusi untuk memastikan peserta tidak menipu

Lihatlah gelagat salah seorang peserta yang terpaksa berdiri untuk memastikan keselesaan bermain


Kelihatan hakim sedang memastikan siapakah pemenangnya. Hakim juga dipilih kalangan pelajar yang arif dengan permainan ini.
Tertarik dengan permainan ini maka saya cuba mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut.... sila klik disini.

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara dalam kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah dan permainan ini dapat diterima oleh semua kaum di Malaysia. Pada hari ini, permainan ini bukan sahaja dimainkan diseluruh dunia. 





Ahad, 7 Ogos 2011

KENANGAN TERINDAH YANG BEGITU BERMAKNA....




Hari ini aku agak terkejut ketika membuka Yahoo Mailku.... Seseorang menghantar gambar-gambarku semasa kecil. Tanpa aku sedari air mataku mengalir.... gembira. Gambar ini terlalu bermakna kerana itulah kenangan masa kecilku... Gambar itu diambil ketika aku baru berusia dlm lingkungan 2 tahun. Terima kasih kepada makcikku yang masih menyimpan gambar-gambar ini. 

Jumaat, 5 Ogos 2011

KANTA LEKAP BERNILAI $15,000....

Diamond contacts courtesy of Shekhar Eye Research

Perhatikan kanta lekap yang dipakai oleh gadis tersebut..... Agak berbeza daripada kanta lekap yang biasa dipakai oleh mereka di luar sana.....

Kanta lekap itu bernilai $15,000. Kenapa mahal sangat???? Kerana kanta lekap itu bukan sebarang kanta lekap...... ianya dihaiasi dengan 18 biji berlian yang berkilauan. Kanta ini telah dicipta oleh Chandrashekhar Chawan dan hanya terdapat 3,996 set di pasaran. Ingin mengetahui lebih lanjut sila klik disini. 

Image: Diamond eye contact lenses by Shekhar Eye Research.

Mungkin mereka yang ketagihan fesyen di luar sana akan memburu kanta lekap berlian ini yang dicipta dengan dua pilihan iaitu bersadurkan emas putih atau emas biasa ini... Tapi selamatkah memakai kanta lekap semahal ini???

PANAS SANGAT.... TANPA SEGAN SILU MANDI DI KHALAYAK RAMAI...

Man in a rowing boat floats near a 'mermaid' sculpture created by Oliver Voss on Alster lake in Hamburg

Man looks at a 'mermaid' sculpture created by Oliver Voss in the late evening hours on Alster lake in Hamburg

Patung ikan duyung yang telah dicipta oleh Oliver Voss menarik perhatian ramai pengunjung yang berkunjung ke Alster Lake , Hamburg. Patung "mermaid" atau ikan duyung ini mempunyai ketinggian lebih kurang 4 meter dan akan dipamerkan di tasik tersebut  sehingga 12hb Ogos, 2011 ini.

Mula-mula buka Yahoo mail tadi.... ingatkan ada perempuan nda betul mandi dikhalayak ramai dalam bulan puasa ni.... kut2 x tahan cuaca yang sememangnya panas.... Rupa-rupanya patung gergasi yang dipamerkan untuk menarik perhatian pengunjung..... hihihihi.

Rabu, 3 Ogos 2011

GASTRIK..... DAN PUASA....

Hari ini seorang pelajar datang berjumpa denganku. Pelajar ini mengadu sakit gastrik dan meminta kebenaranku untuk berehat di Bilik Kesihatan. Dia kelihatan pucat dan lesu. Aku sempat bersembang dengan pelajar ini memandangkan jadual mengajarku pada hari Rabu agak lapang berbanding dengan hari-hari lain. Dia memberitahu yang dia telah mengidap gastrik seawal di bangku sekolah rendah dan sering meninggalkan ibadah puasa kerana tidak berdaya.... Aku bersimpati. Doktor telah mengesahkan yang penyakit gastriknya pada tahap yang serius dan dinasihatkan agar tidak memaksa dirinya berpuasa....  Adakala sampai dia terpaksa terlantar di katil hospital untuk beberapa hari....tapi dia tetap mahu berpuasa seperti kawan-kawannya yang lain.... Tiba-tiba hatiku tersentuh..... cekalnya hati pelajarku ini... Sedangkan di luar sana ramai yang berpura-pura sakit hanya kerana tidak tahan berpuasa......
Ketika aku bersiap-siap untuk ke kelas.... Pelajar ini mengajukan beberapa soalan kepadaku.
" Teacher... kalau dalam keadaan saya ni, wajib tak saya membayar fidyah selain daripada menggantikan puasa-puasa saya yang tertinggal?"
Aku terdiam seketika. Sebagai seorang saudara baru, aku bimbang untuk memberikan jawapan. Aku tersenyum dan mengurut belakangnya dengan lembut...
" Nanti teacher tanyakan kepada orang yang lebih arif... dah dapat jawapannya, nanti saya beritahu."
Aku beredar meninggalkan pelajar tersebut setelah menutup kakinya yang sejuk dengan selimut.
Sepanjang perjalanan ke kelas di tingkat 3 bangunan baru.... aku berfikir... pada siapa aku mahu bertanya. Sehingga tamat waktu persekolahan, aku masih tidak sempat mencarikan jawapan bagi soalan pelajar tersebut.
Ketika mengintai-intai blog teman-teman sebelum berbuka tadi, tiba-tiba aku teringat pertanyaan pelajar tersebut. Maka aku klik disini... Alhamdulilah... aku temui jawapannya. 


Apakah wajib bagi seseorang yang mempunyai penyakit gastrik membayar fidyah selain wajib menggantikan puasanya yang tertinggal?

Jawapan.
Mereka yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit gastrik serta tidak mampu meneruskan puasanya, maka dalam keadaan ini seseorang itu di bolehkan berbuka puasa. Bagaimanapun, puasa yang ditinggalkannya itu wajib diganti pada bulan-bulan yang lain tanpa perlu membayar fidyah.
Tetapi sekiranya doktor atau pakar perubatan mengesahkan penyakit gastrik yang dialami boleh membahayakannya atau memudaratkannya, sekiranya dia berpuasa sekalipun di luar bulan Ramadhan maka dia wajib untuk membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkanya. Sebagaimana yang didtetapkan, bilangan fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah sebanyak secupak beras menyamai 675gram.
Umumnya, pembayaran fidyah tanpa perlu mengqadakan (menggantikan) puasa dikenakan kepada golongan yang mempunyai penyakit yang tiada harapan lagi untuk sembuh serta orang tua yang uzur yang tidak berupaya untuk puasa.
Wallahu A'lam.

LIKE DISINI

Layout