SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 24 Julai 2010

Demam Denggi

Tugasku sebagai seorang guru kesihatan menyebabkan aku begitu mengambil tahu berita2 terkini wabak penyakit yang berjangkit untuk kusampaikan kepada para pelajar ku agar mereka lebih peka kepada kesihatan mereka..... Apabila wabak Denggi Berdarah menular, maka akulah yang naik ke pentas semasa perhimpunan... menceritakan punca2 dan juga simptom2 wabak ini... diakhirnya aku menasihatkan mereka supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran.... Tapi nak dijadikan cerita.. tup.tup... aku pula yang suspected denggi.. tapi mmg perit menanggungnya... segala sendi bagai hilang minyak pelincirnya.. bergerak sikit... Ya Allah! Adoi!!! sakitnya... lenguh2 tu usah cakaplah... demam pada suhu 39.5 C... Doktor kata kalau mencapai 40C aku boleh jadi hilang kawalan diri... ala.. macam org gilalah kot.. dah tu pening lain mcm pulak tu... macam baru lepas naik Marry Go Round.... mual dan loya lagi... hi.hi.hi. bukan simptom yg tulah... ni simptom Denggi... Start demam pada malam Jumaat lepas (23.7.10) tapi aku yang brutal ni buat dek jer.. ingat demam malam jer.. Masa perhimpunan pagi Jumaat tu.. nak berdiri pon lenguh dan sakit pinggang... sudahnya aku mencangkung depan bebudak... x malu sungguh aku ketika itu... Sahabatku, Dewi suh gak aku g jumpa dokter tapi aku ni mmg degil sikit... ttp nak g pas sekolah konon. Petang tu demamku semakin menjadi-jadi... mcm nak pecah muka... PANAS... aircond ku pasang pada suhu 16C tapi aku x rasa apapun... So, terpaksalah g klinik tapi yg hebatnya tu... bukan terus g klinik... g CIMB dulu keluarkan duit... terus ke Bank Rakyat, bayar kad kredit pula... dah tu ke AM Bank pula... kali ni bayar kad kredit dan kereta... eh!!! x g lagi pas tu walaupun jam dah kol 4.. G Restaurant Kassim pula... makan dulu...hi.hi.hi. Dah tu baru g... hebat tol aku ni.. masa kat klinik Gunwant tu aku dah macam ayam sabungan yang kalah teruk dalam gelanggang... terlentok x tentu pasal... Syukurlah akhirnya nurse tu panggil aku berehat kat dalam... ambik blood pressure dan ambik darah... Lambat tol dr ni... oooooooo..... rupanya dapat mesin scan yang baru tp dr tu x reti guna.... tu sbb lambat... Akhirnya 2 dos suntikan diberi...kat punggung pulak tu... Ceh!!

LIKE DISINI

Layout