Ketika menjelajah blog teman-teman, terjumpa satu artikel yang menarik berkenaan "head hunter" atau lebih dikenali sebagai "pengait" dalam kalangan masyarakat Sabah.Artikel saudara andnaddin ini membawa saya ke zaman kanak-kanak dahulu. Cerita berkaitan pengait ni merupakan cerita yang begitu popular di beberapa kawasan di Sabah pada ketika itu. Kehadiran pengait masa itu dikaitkan dengan pembinaan jambatan baru di Kg. Labuaya, Tuaran. Kepala manusia kononnya digunakan untuk menjamu semangat sungai agar jambatan tersebut akan kukuh dan tidak menelan nyawa di kemudian hari. Anak-anak sentiasa ditakutkan agar tidak keluar rumah berseorangan dan anak-anak hanya bermain di sekitar rumah sahaja.

Persoalannya, benarkah wujud individu yang dikatakan pengait atau head hunter? Nenek pernah bercerita bahawa kewujudan head hunter itu memang benar kerana nenek mengatakan yang dia sendiri berasal daripada keturunan head hunter. Keturunan nenek mendiami sebuah perkampungan kecil yang di kenali sebagai Kg. Bongol iaitu sebuah perkampungan yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Pekan Tamparuli. Nenek mengatakan yang dia berasal daripada keturunan "Paing" iaitu seorang pahlawan yang perkasa dan digeruni kerana dia akan memenggal kepala musuh-musuhnya. Sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan cuma sewaktu kecil, saya pernah melihat tengkorak-tengkorak kepala digantung di atas loteng rumah pusaka nenek. Walau bagaimanapun, tengkorak-tengkorak itu telah dikebumikan setelah mereka memeluk agama Kristian.
Parang atau juga dikenali sebagai "selasing" kononnya digunakan untuk memenggal kepala-kepala mangsa dan rambut mangsa akan diambil dan diikat pada hulu parang tersebut. Parang ini juga telah dikebumikan bersama tengkorak-tengkorak tersebut kerana menurut abang kepada nenek yang mewarisi rumah pusaka nenek moyang mereka, setelah memeluk agama Kristian, dia sering mendengar bunyi orang bertengkar dari arah loteng dan adakala dia juga diganggu dengan kalibat hitam yang muncul dan hilang sekelip mata. Beliau tidak tahan dengan gangguan sedemikian menyebabkan akhirnya dia mengebumikan tengkorak-tengkorak dan juga parang tersebut sebagaimana yang dinasihatkan oleh orang tertua di kampung mereka.

Kesimpulannya.... individu seumpama ini mungkin pernah wujud kerana ada masyarakat yang masih berpegang pada amalan animisme. Golongan ini percaya bahawa sungai, pokok, bukit, batu dan sebagainya mempunyai semangat dan untuk mencapai keharmonian dalam hidup maka berlakulah pemujaan dan sebagainya yang pastinya akan memakan korban. Apabila masyarakat meninggalkan amalan animisme setelah kedatangan agama Kristian dan agama Islam maka kepercayaan ini semakin pupus, begitu juga dengan individu yang dikatakan sebagai head hunter.
p/s : gambar ehsan web google
21 ulasan:
masa kecil aku pun dimomokkan dengan citer nih..apa yang dipanggil 'dayak' tapi bukan lar asal dari kaum dayak.
sapa yg membesar di kawasan perdalaman tau akan citer nih.
cerita yg sama jgk penah disampaikan oleh org tua2 pd saye msa kecik2 dulu tp x begitu detail, mgkin benar mereka ini wujud & dianggap sbgai pahlawan bg kaum mereka
ghost : Betul tu.... rasa terpanggil utk mencari kebenarannya.
Nur : Memang.... masa kecil dulu, cerita begini mmg popular. Akak terbaca satu artikel BI semalam yang juga mengakui head hunter mmg wujud di Sabah sblm kedatangan SBUB..
owh..ifa pun ad agak dgr cte2 psl nie..
mgkin btol kot kan sis..dulu2 la..skrg nda da lg kali kan..moden sudah nie..ada plak agama yg dianuti kan..
head hunter pahlawan dulu2 bagi kaum2 tertentu. makin banyak tengkorak yg tergantung maka makin terbukti la kepahlawanannya. tapi yg disebut pengait tu x pasti la pulak. memang takut jgk masa kecik dulu
ifa : Akakpun nda pasti setakat mana kebenarannya tapi tengkorak dan parang tu mmg akak pernah tengok masa kecil2 dulu....
Sasa : Akak cuba menjejaki cerita ttg pengait ni nak tahu setakat mana kebenarannya tapi setakat ini, yg akak dpt simpulkan.... cerita ini setakat menakut-nakutkan kanak-kanak sahaja....
Masa kecil selalu dengar yang tiap kali ada pembinaan, mesti ada keluar cerita pasal pengait mau potong kepala, tetapi kononnya, kalau pembinaan tu di Sabah contohnya, dorang akan cari kepala dari mana-mana kawasan kecuali Sabah. Apa-apa pun, cerita ni berjaya untuk menggelakkan gegala lepak dan rempit masa zaman remaja dulu..hehe
Pengait tu sesetengah tempat merujuk sebagai hantu pengait, bukan head hunter. Head hunter tu kebanyakannya adalah pahlawan di daerah atau kampung masing-masing. Tengkorak kepala yang di penggal itu dijadikan warisan secara turun-temurun kepada generasi seterusnya. Dulu-dulu, siapa yang paling banyak penggal kepala pencuri, lanun, perompak dsbnya di anggap sebagai wira dan akan ada yang mencabar mereka untuk bertarung.
Cuma berkongsi apa yang saya tahu.
Dari:
lunaticg.
SBC Admin.
Sabahan Bloggers Club.
Zezebel : Betul, cerita ini berjaya menangani gejala lepak kalangan remaja masa itu. Sedang menjejaki seseorang yg kononnya pernah menjadi pengait yang dikatakan tinggal di salah sebuah perkampungan di Membakut, Sabah.
SBC Admin : Setakat ini... itulah kesimpulan yang dapat dibuktikan. Head hunter itu merujuk kepada pahlawan yang memenggal kepala musuhnya yang juga terdiri drp pencoroboh, pencuri, lanun dan sebagainya. Golongan ini dibuktikan wujud dengan adanya tengkorak-tengkorak yang sesetengahnya masih disimpan oleh pewaris ataupun di muzium dan rumah-rumah kebudayaan. Pengait merujuk kepada mereka yang memenggal kepala untuk tujuan penyembahan bagi pembinaan jambatan atau pelantar-pelantar minyak.... dan yang ini belum dapat dibuktikan kesahihannya. Sesiapa yang mempunyai bukti atau maklumat akan kewujudan pengait ini, mohon untuk berkongsi bersama blog CSR.
salam akak fuzi...minta maaf akak..immukmin masih tidak dapat kotakan kata2 immukmin..minta maaf...immukmin...rasa entri ini...amat berguna... thaks akak..
akak immukmin terlampau sibuk dengan kerja di kolej..skunk pun immukmin dah berhenti menulis seketika...insyaAllah ada kelapangan immukmin akan tulis cerita akak..banyak kerja yang sedang tertangguh...
akak..immukmin mohon..akak boleh send alamat rumah kepada immukmin...hantar di emil immukmin@yahoo.com..
mohon maaf...
immukmin : Akak faham dan akak rasa immukmin selesaikan kerja yg lebih penting....
Salam Fuzjee, pe kabor miker? mak camner? Akak rasa dulu2 ada wujud headhunter ni terutama di Sarawak.Seram ai bila tengok tengkorak tu bergayut, macam tropi!
teringat cerpen sastera tingkatan 5 "merah banjir dihulu"
ngayau...ngayau.. :)
giovannigerry & others: saya skrg sedang buat kajian dan akan ke sabah dlm bulan 9 utk melakukan kajian mengenai head hunter.. need help utk penerangan serba sedikit.. harap kepada yang sudi memberi sedikit maklumat mengenai head hunter di sabah ini untuk hantar emel kepada saya. alamat emel saya : syazwan_wakajoa@yahoo.com
terima kasih..
assalamualaikum! sy seorang penulis skrip, sy asal Sandakan Sabah, masa kecil selalu dengar mak cerita pasal PENGAIT.. ni saya ada direct short film yang sy tulis sendiri.. tgk2 lah ye, #audio problem sikit, gunalah earphone ya http://www.youtube.com/watch?v=_LpSo-BU3hY&feature=youtu.be
Sabah dan sarawak memang tanah para pengayau. Saya sndiri suku kadazandusun memang punya nenek moyang pahlawan. Tapi yg membezakan aktiviti mengayau Di kalangan suku kadazandusun dengan suku lain ialah pemotongan kepala hanya dlm rangka untuk membalas dendam atau menumpaskan penjahat seperti lanun n perompak. Org kadazandusun tidak mempraktikan headhunting utk trofi seperti lazimnya suku dayak, tapi untuk keamanan. Di sabah ada banyak pahlawan pengayau seperti monsopiad, bungkar dan sebagainya. Keluarga saya sendiri ada masih menyimpan pedang untuk mengayau yg dipanggil gayang.
Pengayau memang wujud. Contoh tanjung simpang mengayau itu suatu tempat para pahlawan rungus bertempur sampai mati dengan lanun. Kepala lanun akan dipenggal sbgi bukti.kegagahan. Di ranau, praktik mengayau adalah untuk ilmu hitam dan trofi. Di tambunan dan penampang praktik ini lebih utk keamanan. Jikalau terdapat perompak, sekumpulan pahlawan akan dihantar untuk menumpaskan mereka. Kepala perompak dipenggal dan dibawa ke kampung untuk dirayakan sebagai pesta mengalahkan para penjahat.
Catat Ulasan