SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 23 Oktober 2010

SOMPOTON.... TRADISI YANG SEMAKIN TERPINGGIR

Hari ni nak buat entry simple... dan pastinya ada kaitan dengan Negeri di Bawah Bayu - Sabah dan juga diriku. Pernah dengar SOMPOTON??? Tentu ada yang pernah dengar, pernah tengok dan mungkin juga pernah memegangnya. Sompoton ni merupakan salah satu alat muzik tradisional suku kaum KADAZANDUSUN - bangsa yang kubanggakan biar di mana bumi kupijak dan langit kujunjung.

Sompoton dibuat daripada bambu bersaiz kecil ( buluh ) dan sejenis labu air yang telah dikeringkan. Sebanyak lapan batang bambu kecil yang panjangnya berbeza disusun dalam dua lapisan. Bambu ini kemudiannya dimasukkan ke bahagian bua labu dan ruang-ruang udara ditutup dengan mengunakan gam kelulut. Tiga daripada bambu tadi tidak mempunyai ruang udara dan hanya berfungsi menyeimbangkan kedudukan bentuk sompoton. Di dasar  lima batang buluh yang berongga di letakkan kepingan plat kecil buluh utk menghasilkan bunyi mengikut kod-kod muzik tertentu. Sompoton boleh dimainkan secara bersendirian ataupun mengiringi tarian. Bunyi dikeluarkan dengan cara meniup dan menyedut udara melalui corong labu.



Terselit satu kisah yang tidak mungkin dapat kulupakan tentang sompoton. Semasa aku di tingkatan 5, aku dan kawan-kawan sekampung telah diminta untuk membuat persembahan sempena Tadau Kaamatan ( Pesta Kaamatan ) yang akan berlangsung di kampung kami. Memandangkan aku bertudung maka aku ditugaskan untuk bermain alat muzik bersama beberapa orang rakan yang lain.... dan yang lain pula akan mempersmbahkan tarian SUMAZAU.

Dari google web
Maka sesi latihan pun bermula.... aku mengambil sompoton milik arwah ina' ( nenek ) yang disimpan di atas penyalai. Membersihkan badannya yang berdebu dan berjelaga. Latihan diadakan di balairaya tidak jauh dari rumahku. Setelah semua  hadir, sesi latihan pun bermula. Aku meniup sompoton tapi bunyinya agak sumbang kerana sudah lama aku tidak bermain dgn alat muzik tersebut. Setelah beberapa kali meniup dan menyedut, aku rasa ada sesuatu yang tak kena pada sompoton tersebut kerana bunyinya adakala sumbang... tapi aku meneruskan juga latihan walaupun dimarahi beberapa kali. Tiba-tiba aku terasa sesuatu yg hampir masuk ke dalam mulutku. Bila kulihat dicorong labu ( tempat meniup ), rupa-rupanya seekor cicak sedang terkebil-kebil tersekat di corong tersebut. Aku terkejut bercampur geli, mencampak sompotonku sehingga labunya pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

Kerana incident itu, aku takut cicak sehingga sekarang.... GELI, GERAM dan TAKUT bercampur aduk sekiranya aku melihat cicak... 

Ramai generasi muda sekarang yang sudah tidak berminat mempelajari cara bermain alat muzik ini. Mereka lebih berminat pada alat muzik moden... Satu saat nanti, sompoton hanya akan tinggal sebagai satu sejarah sekiranya tradisi ini tidak dipelihara....

5 ulasan:

Arif Agus Bege'h berkata...

trimakasih sudah follow di kedua blogku, dan saya akan senang selalu berkunjung di blog ini mempererat persahabatan.

semoga berjabat dalam sejarah

salam hujan

MPKB 90/93 berkata...

salam, memang betul tu, byk permainan tradisional kita makin luput, remaja masa kini lebih suka PS2, Cafe Cyber dll yg sewaktu dgnnya...

Blog yg hebat dgn content yg menarik...saya follow blog ni n sudi pula follow blog saya...

http://mazha-2010.blogspot.com/2010/10/taun.html

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

MPKB : Satu saat nanti, peralatan tradisional seperti ini akan menjadi sejarah... generasi baru setakat membaca dan melihat gambar sahaja...

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ berkata...

Salam... saya follow saudari... kalau kamu sudi, sila lah follow saya...

btw, saya rindu mo p KK lagi... dulu dudok sana setahun lebih... terasa mcm negeri sendiri... rumah kedua... insya Allah bln 1 mo p sana lagi... =)

Tanpa Nama berkata...

hai..sy dari melaka..sy ad satu sompoton yg di hadiah kn oleh kwn..tp sy xtau cara nak bermaen..ad saper tau teknik asas tuk bermaen sompoton..boleh email@ add fb ke..ehemss@yahoo.com

LIKE DISINI

Layout