SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 29 Oktober 2010

AKU MENANGIS LAGI......

Setelah Ina pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya... tinggallah ama keseorangan... Seperti orang tua lain, Ama berkeras mahu terus tinggal di rumahnya di kampung. Ibu pening kepala... kebetulan pula ibu anak tunggal maka tanggunjawab menjaga Ama terpikul di bahunya. Aku cuba memujuk Ama supaya tinggal dengan ibu tetapi Ama kata dia lemas tinggal di hutan batu... dia selesa mengayuh basikal ke Pekan Tuaran yang terletak lebih kurang dalam 5 kilometer dari rumahnya setiap hari Selasa dan hari Ahad, selesa dengan bunyi cengkerik di waktu malam, selesa melihat sawah di belakang rumah setiap petang, selesa bersembang dengan kawan-kawannya di beranda rumah dan segala-gala yang ada di kampung membuatkannya rasa selesa.


Segalanya berubah bila Ina pergi... Ama telah berubah. Ama tidak lagi seperti dulu... Ama semakin pendiam dan  dia sering menghabiskan masanya duduk di beranda rumah... termenung jauh dan tiada siapa yang pernah tahu apa yang ditanggungnya. Mungkin juga di merindui Ina... mungkin juga dia menyesali sikapnya yang kadang-kadang garang pada ina selama ini.... mungkin juga dia mengenangkan nasibnya tanpa isteri... mungkin juga dia mengenangkan dirinya yang semakin tua... Adakala air jernih bergenang di kelopak matanya... sering kali aku melihat dia mengesat mata bila perasan aku menghampirinya! Aku tahu Ama sunyi... 52 tahun Ama dan Ina hidup bersama... mengharungi pahit dan getir kehidupan... Selama itu, cinta mereka kukuh walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang datang.... Aku amat pasti, dari mata Ama... Ama sangat merindui Ina....

Setelah aku kembali semula ke Selangor.... Ibu memberitahuku yang Ama semakin uzur. Sebagai seorang anak, Ibu berkorban lagi.... Ibu dan ayah berpindah ke kampung, risau akan kesihatan Ama yang semakin tua. Seperti biasa, setiap kali cuti sekolah aku akan pulang menjenguk keluarga di sana. Ama sering batuk-batuk. Doktor mengesahkan Ama menghidapi penyakit TB.... Selama setahun Ama berulang-alik ke hospital Berungis untuk pemeriksaan dan mengambil ubat tapi batuk Ama seakan tidak pernah surut. Tubuh Ama semakin kurus melidi.... Ketika cuti panjang tahun 2004... batuk Ama semakin menjadi-jadi... pun begitu, Ama masih meneruskan rutinnya berkayuh besikal ke pekan. Puas kami menasihatinya tapi dia tetap berkeras mahu berbasilkal.... exercise katanya. Adakala dia berhenti mengayuh kerana semput tapi dia tetap berkeras tidak mahu dihantar dengan kereta.

Hospital Queen Elezabeth
Batuk Ama semakin teruk.... Doktor akhirnya memberi surat agar kes Ama dirujuk ke hospital Queen Elezabeth.  Kami semakin gelisah dan mula berteka-teki... Ama sakit apa sebenarnya.... dalam masa yang sama, Ayah  pula tiba-tiba tumbang! Kakinya bengkak serta merta dan dia sukar untuk bernafas... tercungap-cungap ayah seperti ikan kekeringan. Aku, Ibu dan suami jadi kelam-kabut. Ayah terbaring lesu menahan sakit di dadanya yang menusuk.... Ama tersandar di kerusi malas melayan batuknya yang tak henti-henti dan sesekali ada cairan merah bercampur dengan kahaknya.... Luka kehilangan Ina masih terasa tapi dugaan Allah datang lagi... 

Tanpa bertangguh, aku dan suami menghantar ayah dan Ibu ke hospital pakar di Luyang dan selepas itu menghantar Ama ke hospital Queen. Air mataku mula bergenang....macam-macam aku fikirkan... aku takut kehilangan lagi. Aku telan segala perasaan itu kerana aku tidak mahu Ama melihat aku menangis.... Sepanjang jalan Ama termenung dan dia kelihatan sugul sekali... Semasa turun dari kereta Ama berkata..." Matai noh boh potoi oku diti Jenny..." ( Dah nak sampai agaknya ajalku Jenny ). Aku yang diam menahan sebak mula menangis dan dalam tangisan aku memujuknya agar tidak berfikiran  begitu.... Dia berdiri lama di pintu hospital.... dan aku lihat dia menangis. " Bah Odun Painam... andadon oku "  bisiknya perlahan... Odun Painam tu gelarannya pada Ina... dia berbisik minta Ina menunggunya. Aku seakan tidak boleh melangkah.... aku minta suamiku menemankan Ama ke kaunter pertanyaan dan aku berlari ke tandas.... Aku menangis sepuasnya.... Ya Allah! Selamatkan Ama dan ayah.... 

Setelah air mataku reda.... aku melangkah perlahan menuju ke blok tempat Ama diperiksa, blok yang terletak di tepi jalan besar dari Penampang ke Kota Kinabalu. Blok itu betul-betul terletak di tepi jalan dan tiada pagar yang memisahkannya...  Aku lihat suamiku sedang duduk di kerusi sambil membaca surat khabar. Aku mendekatinya dan dia memberitauku yang Ama sedang menjalani  pemeriksaan. Aku sengaja duduk di kerusi yang setentang dengan jalanraya.... cuba mencari ketenangan dengan melihat kereta yang bertali-arus. Kami menunggu hampir 2 jam... aku semakin gelisah... Ibu menghubungkiku beberapa kali memberitahu yang ayah juga masih menjalani pemeriksaan. 

Tiba-tiba aku dipanggil masuk ke bilik doktor.... dan hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu.... takut menerima perkhabaran buruk... Aku ketuk pintu dan melangkah masuk... dihadapanku, seorang doktor perempuan berbangsa Cina sedang duduk dikerusinya dan dihujung katil aku lihat Ama sedang mengenakan semula kemejanya. Doktor itu mempersilakan aku duduk dan Ama pula duduk di hujung katil. Setelah bertanya apa hubunganku dengan Ama, doktor itu membuka fail di hadapannya. Dengan muka yang selamba, tanpa rasa perikemanusiaan doktor itu berkata "Datuk puan menghidapi kanser paru-paru tahap empat, keadaannya kritikal kerana paru-parunya di sebelah kiri dah rosak teruk"  Kata-kata itu umpama halilintar dan tiba-tiba aku rasa  lantai yang kupijak bergegar. Walaupun doktor itu seakan berbisik tapi aku pasti Ama mendengarnya dengan jelas.


Aku sempat memandang ke arah Ama.... Ama tunduk memandang lantai. Bodoh betul doktor ni, getus hatiku.... kenapa mesti semuanya ini disampaikan kepadaku di hadapan Ama... Aku mendekati Ama dan memeluknya. Aku menangis dan dia menangis.... Aku kuatkan hati dan memapahnya keluar... Ama seperti tidak bermaya melawan takdirnya. Melihatkan aku keluar memampah Ama, suamiku cepat-cepat mencari kerusi roda . Sementara menunggu suami mendapatkan kerusi roda, Ama duduk di kerusi pelawat. Ama terpaksa tinggal di wad....Aku hilang arah... aku tidak boleh berfikir.... Aku menghayun kaki perlahan menuju jalanraya dengan fikiran kosong... aku hanya melangkah tanpa tujuan sebenarnya.... syukurlah suamiku sempat menarik tanganku dan aku tersedar.... ketika itu aku menangis lagi... Suamiku menarikku ke satu sudut agar Ama tidak melihat aku menangis....


Tiba-tiba telefon berdering..... Ibu menangis di hujung talian. Ayah disahkan  lemah jantung.... Ya Allah!!!!! Besar sungguh dugaanMU kepada kami... Mampukah aku dan Ibu menanggung semuanya ini... Aku memeluk suamiku untuk mencari kekuatan.... Aku semakin lemah dan air mata ini turun tanpa henti.... Suamiku mendapatkan sebuah kerusi untukku.... Aku menangis sepuasnya. Keluargaku yang kecil semakin kecil.... aku hanya ada suamiku, anak-anakku,  Ama, Ibu dan Ayah kerana Ama anak tunggal, Ibu juga anak tunggal dan.... aku juga anak tunggal.... Ya Allah! Jangan ambil mereka dariku....


p/s Semua gambar diambil dari web google.....  terpaksa berhenti di sini kerana terlalu panjang... nanti akan disambung semula.




12 ulasan:

Asri Alam berkata...

semoga kakak cekal menghadapi dugaan tu

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa : Sehingga kini akak masih menangis bila mengenangkannya... Ama meninggal 3 bulan selepas itu dan bulan mac tahun ini, ayah pula pergi... Segalanya ketentuan Allah, akak menerima dgn redha tapi air mata menjadi teman setiap kali kenangan bersama mereka bertandang...

Al Munawwar berkata...

Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang sabar.
salam ukhuwah...

tiefazatie berkata...

ya allah kak..sabar ye..moga kuat menempuhi dugaan ini..sesungguhnya allah sentiasa ada dgn hamba-Nya..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Al Munawwar : Alhamdulilah... dalam kepayahan aku redha dengan segalanya..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

tiefazatie : Terima kasih... Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian...

Annaz Mohd berkata...

semoga Allah memberikan kekuatan kepada awk untuk menjalani ujian2 dari Nya...
Allah memberikan ujian pada hambaNya tanda kasih sayang Nya...

NARDtheNERD berkata...

saya selalu sedihh baca kisah akak.
huu.

Zezebel berkata...

Semoga tabah menghadapi..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Annaz : Alhamdulilah, kami yg tinggal menerimanya dgn redha cuma air mata tetap hadir bila terkenangkan masa-masa bersama mereka..

Nard : TQ... kerana sudi membaca

Zezebel : Kekuatan masih bersisa...

Zezebel berkata...

Life must go on, right?

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Zezable : yeah... life must go on... no one can stop the time and went back to the past..

LIKE DISINI

Layout