SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 22 Oktober 2010

CIKGU B@#&!!!!!!!!!... ANJING KURAP...!!!!!! KENAPA RAMPAS HANDSET SAYA???? SIAL!!!! HARAM JADAH!!!!!

Dari web google


Ketika aku sedang mengisi markah SPM trial utk kelasku di bilik data, tiba2 bahuku ditampar keras... dan apa lagi, aku mulalah melatah yang bukan-bukan... Kawan suka melihat gelagatku.... sampai terbatuk-batuk dia menggelakkan aku... Setelah reda gelaknya, dia menarik kerusi dan duduk disebelahku. Bau minyak wanginya menusuk hidungku...

Dari web google
Melihatkan lagaknya, aku tahu dia ada hajat nak disampaikan... Dia memulakan bicara dengan bertanyakan ttg facebookku... selalukah lagi aku online??? Aku setiap malam oneline utk memudahkan pelajar bertanya sekiranya mereka ada masalah dgn mata pelajaranku. Dia minta aku membuka satu facebook "KAMI ANTI GURU @#%^&*... " Pelik je bunyinya... aku bertanya ingin tahu... apa yang ada di dalamnya. Dengan muka selamba dia berkata " Ala... balik nanti ko bukalah sendiri... aku malas nak explain kat ko. Dah baca nanti, ko call aku sb aku nak tahu apa pendapat ko ttgnya." Mendengarkan tajuknya, aku seperti boleh mengagak apa yang terkandung dlm facebook tersebut tapi aku tak berani main terjah je... biarlah aku lihat dulu kandungannya.

Dari web google
Petang tadi aku buka facebook yang kawan tu cakap.... Aku susuri setiap kandungannya. MasyALLAH... hampir semuanya berbaur kutukan dan maki hamun yang ditujukan kepada insan bergelar guru. Ada yang memanggil guru B&^*, menyalak macam anjing kurap, tak sedar diri, anak iblis dan macam-macam lagi maki hamun yang dilemparkan kepada insan bernama guru... siap dinyatakan nama guru yang dimaki hamun tu!!!!! dasyat sungguh penangan mereka ni.... macam-macamlah nama guru yang ada tapi tak seorang pun yang aku kenal... mungkin guru-guru tersebut bukan guru-guru di daerahku.

Aku susuri pula profile beberapa pelajar dalam facebook tersebut ( aku bahasakan mereka sebagai pelajar kerana aku amat yakin bahawa mereka ni masih bergelar pelajar )... namun mereka juga bijak kerana tiada satupun yang meletakkan nama sekolah atau apa-apa pun maklumat ttg diri mereka. Apakah kesalahan guru-guru tersebut kepada mereka sehingga mereka tergamak meletakkan maruah seorang guru serendah anjing kurap???

Dari web google
Dari web google
Guru hanya menjalankan amanah... merampas handphone kerana sememangnya handphone tidak dibenarkan dibawa ke dalam kawasan sekolah...( YANG DIRAMPAS TU ADAKALA MENGANDUNGI ADEGAN PANAS MEMBARA-BARA ).. memotong rambut pelajar yang panjang melebihi paras bahu kerana termaktub dalam peraturan sekolah... menegur dan membuka jahitan seluar mereka yang "CIKANG" ( mendapat jolokan seluar lembu di sekolah ku kerana bentuknya yang ketat/kecil di bawah tapi besar di bahagian peha... macam bentuk kaki lembu )...Guru merotan pelajar yang bergaduh, merokok dan berdating di kawasan sekolah kerana semua ini ada dalam peraturan sekolah... Itulah antara sebab yang mereka beri sehingga mereka menghina seorang guru... SALAHKAH GURU-GURU TERSEBUT????? Adakah mereka layak dipanggil guru sekiranya membiarkan sahaja perkara negetif seperti ini berlegaran dalam kalangan pelajar????

Dari web google
Terasa sebak, marah, sedih dan macam-macam lagi perasaan yang silih berganti datang kepadaku. Siapalah yang tergamak mencipta laman facebook sedemikian rupa???? Berkatkah ilmu yang mereka tuntut setelah mereka menghina insan yang berusaha menjadikan mereka manusia berguna??? Aman dan senangkah hidup mereka pada masa akan datang setelah mereka memaki hamun insan yang cuba menjadikan mereka manusia yang berilmu???? Ya Allah... lontarkan keinsafan pada hati-hati mereka ini agar mereka tidak terus hanyut kerana merekalah yang bakal memimpin dunia ini pada masa akan datang...

12 ulasan:

kisah abu nawas berkata...

semoga mereka insyaf sobat ya

Kisah Abu Nawas berkata...

semoga mereka semua diberi keinsyafan

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Kisah abu nawas : ye.. semoga Allah bukakan pintu hati mereka utk insaf dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan..

Asri Alam berkata...

sis, apa nama page tu? aku dah mula geram ni.. dorang tak tau betapa sukar mengajar ABC123, wlupun otak dorang degil, guru tetap tegas nak dorang tau baca ABC123. camtu la guru mendidik & membetulkan diorang :)

MJ berkata...

darah muda, bergelora..tak fikir panjang.. sabar la, nnt dah besar, tahu la depa ni nak rasa malu.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa : Kalau sasa buka page ni... lagi terbakar!!! Sampai x tahu nak kata apa... Semoga mereka jadi insan yang lebih berguna pada masa akan datang...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Mardhiah : Harap mereka tidak terlalu lewat menyedarinya kerana dosa sesama manusia ni hanya insan yang disakiti itu yang mampu memaafkan kesalahan mereka....

zirconia berkata...

sedihnya ada orang yg tak mengenang jasa guru.

Solihin Zubir berkata...

pelajar2 zaman sekarang mmg biadap..
makin lama makin kurg hajar.. lgsung xde hormat lg kt guru..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

zirconia : Memang sedih... bagaimana perasaan guru-guru yang disebut namanya dalam page tu??? Semoga pelaku2 ini insaf...

DenBaGas berkata...

Salam
Berkunjung dan silaturahmi kawan sekalian menambah ilmu dan pertemanan. Semoga mereka diberi kesadaran..

Salam kawan

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah.. berani btl pelajar zaman skrg. tambahan dgn teknologi yang disalahguna ini pl. ish, maw ja pelempang seorang2 kalu jumpa budak2 ni.

LIKE DISINI

Layout