Dari web google |
Beberapa orang guru sudah bercerita kepadaku tentang pelajar ni... bukanlah mengata cuma bersarang seribu tanda tanya di hati mereka. Dia sering termenung di dalam kelas dan adakala kelihatan cemas tiba-tiba... bila ditanya, jawapannya..."Saya ni diganggu makhluk halus cikgu.. makhluk yang datang ganggu saya tu adakala berwarna hijau, adakala berwarna hitam, kuning, putih, merah..bla..bla..bla..." Dia menerangkan dengan penuh kesungguhan... guru-guru hilang kata-kata. Aku tersenyum bila mereka bercerita padaku... Aku kenal pelajar tu... pelajar di kelas sederhana, agak pendiam tapi tidak pernah menimbulkan masalah disiplin. Dia jarang datang ke sekolah dan bila ditanya... jawapan yang sama diberi... berulang-ulang kali sehingga menjadi gurauan kalangan guru-guru yang mengajar di kelasnya.
Dari web google |
Aku tidak mengajar pelajar ini... tapi kerana aku rapat dengan hampir semua pelajar.. aku tahu serba sedikit tentangnya. Dua bulan lepas, ketika aku menjadi guru bertugas mingguan, dia datang menemuiku dengan wajah yang amat lesu. Dia mengadu sakit gastrik... aku membawanya ke bilik kesihatan. Aku belikannya sebuku roti dan sekotak soya... aku juga menyuruhnya menyapu minyak panas di bahagian yang sakit. Memandangkan aku free ketika itu, aku mengambil sedikit masa menemaninya... Selepas makan.. dia kelihatan agak ceria sedikit. Dia bercerita... katanya..."Mak x masak sarapan, apa pun tak ada utk dimakan pagi tadi... mak masih tidur masa saya g sekolah" Dia mengadu. Aku simpati... Dia bercerita lagi..."Saya ni sebenarnya sakit cikgu. Saya diganggu makhluk halus... ayah dah bawa jumpa banyak bomoh tapi macam ni jugak.. Makhluk yang datang kacau saya tu mukanya buruk dan hodoh... kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna mereh...bla..bla..bla.." Aku senyum, dalam hati aku berkata.."Sah...budak ni x betul"
Dari web google |
Selang beberapa hari selepas itu, ketika aku sedang mengajar... tiba-tiba aku terdengar riuh di blok bawah. Aku meminta salah seorang pelajarku melihat kerana aku malas menapak turun naik tangga. Rupanya ada pelajar yang ter@#$%^ dalam seluar... @#$%^nya berjejeran dari tingkat 2 sehinggalah ke pintu tandas di tingkat bawah. Heboh satu blok... Aku menyibukkan diri bertanya siapakah pelajar malang yang mencipta sejarah hari itu... Ya Allah!!! rupanya pelajar yang diganggu makhluk warna-warni tersebut. Aku sekadar menggelengkan kepala... simpati pada dirinya. Tentu dia terasa amat malu sekali... Aku minta pelajar-pelajarku masuk semula ke dalam kelas dan aku meneruskan sesi PnP.. namun jauh di lubuk hatiku... aku tertanya-tanya apakah sebenarnya masalah pelajar tersebut...
Dari web google |
Dua minggu lepas... aku dikejutkan dengan satu berita. Semasa perhimpunan pagi, guru kebajikan membuat pengunguman akan mengutip derma kilat untuk si polan bin si polan kerana beliau akan menjalani pembedahan. Doktor mengesahkan pelajar tersebut mempunyai ketumbuhan yang serius di bahagian kiri kepalanya.... patutlah selama ini dia berperangai agak pelik!! Aku tidak dapat menahan air mataku daripada jatuh... dan aku pajatkan doa agar pelajar tersebut selamat menjalani pembedahannya. Berita pagi tadi... dia telah selamat menjalani pembedahan tapi masih tidak sedarkan diri... Ya Allah, lindungilah pelajar itu dan berilah kesempatan kepadanya untuk terus hidup dan ampunilah aku ya Allah kerana berburuk sangka padanya selama ini. Amin.....
8 ulasan:
semoga dia selamat ye cikgu..
sama sama berdoa untuk dia..
:))
sdeynyaa.... kisah benar ke nie? huhu..
NARD : Amin... dikhabarkan hari ini di masih berada di hospital utk rawatan lanjut selepas pembedahan..
Solihin : Cerita benar dan tersangaT benar... berlaku dalam tahun ini di sekolah kami...
sedihnya bila baca n3 nie..
simpati pd u nyer anak murid tu..
semoga dia cpt sembuh...
Annaz... Semoga dia cepat sembuh dgn doa kita semua...
sedihnya chekleen baca..
moga pelajar tu cepat sembuh..isyaAllah
siannya pelajar tu...
semoga dia cepat sihat.. & sambung belajar semula
Catat Ulasan