Dua minggu lepas.. aku sekeluarga balik kampung.. saja menjenguk aboh yang semakin uzur. Sudah beberapa kali dia menelefon.... asyik ada je aralnya. Kebetulan, 2 orang abang suami juga balik dengan keluarga. Maka aku berkesempatan bertemu dengan salah seorang anak buahku yang menuntut di Darul Quran. Dulu dia selalu lepak-lepak kat rumah ketika outing asrama... Maka bersembang panjanglah kami hari tu... dia ni memang peramah orangnya..
Aku sekadar bertanya kenapa dia ke Darul Quran dan tidak meneruskan pengajiannya di peringkat STAM ( Sijil Tinggi Agama ) sedangkan sebelum itu dia menolak beberapa tawaran hanya kerana mahu menduduki peperiksaan STAM... Maka berceritalah dia... rupanya dia tidak tertahan dengan karenah beberapa orang pelajar senior sepertinya... Kenapa??? Apa yang mereka buat??? Diorang buli ke??? Sekolah agama tak kan ada kes seperti itu... lagipun anak buah ni perempuan!
Berceritalah dia lebih lanjut setelah memperkemaskan silanya di atas katil... Rupanya ada juga pelajar perempuan sekolah agama yang daring dan terlampau.. Anak buah ni kata... kawan-kawannya membawa handset secara gelap ke asrama. Mereka mengambil gambar dengan aksi-aksi panas... daripada berkemban sehingga tiada seurat benang pun membaluti badan... maka terdedahlah b@#$ d@#$ dan ke%$^#@$ mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka menghantar gambar-gambar tersebut kepada pak we-pak wi mereka... BUKAN SEMUA BEGITU!!! Jangan salah faham ye..... hanya satu dua orang sahaja..tapi anak buah kata, pengaruh mereka semakin berkembang...
Adakala mereka mengambil gambar kawan-kawan mereka ketika sedang nyenyak tidur... terutama ketika kain terselak tinggi, kadang-kadang tu...mereka sendiri yang menyelaknya...dan adakala mereka juga snap..snap.. snap ketika pelajar lain sedang sibuk mandi... ( tentulah berkemban...seksi tu!!! ) Maka berlegarlah gambar-gambar tersebut ke serata asrama perempuan...
"Cuba mak su bayangkan kalau ecah ( bukan nama sebenar ) yang terkena... malu besar mak su.., mana nak letak muka nanti. Tambahan lagi kalau sampai pula ke block asrama lelaki. Jadi sebelum kena pada ecah, lebih baik ecah keluar dari asrama" Tegas anak buahku yang baru 4 bulan belajar di Darul Quran. "Kenapa tak sampaikan saja kepada pihak pentadbir sekolah?" Aku bertanya dengan nada kurang berpuashati... "Tiada bukti kukuh mak su kerana mereka pandai menutup sikap jahat mereka. Selain itu... pelajar2 juga takut nanti mereka menjadi mangsa candid camera handphone..
"Kerana itu.... kami cuma diamkan sahaja perkara ini Mak Su. Kawan ecah yang masih kat situ cakap kat ecah yang group ini semakin merajakan diri.. dah berani keluar asrama curi-curi, mak su" Jelas anak buahku dan aku iringi dengan gelengan yang perlahan. Sebenarnya yang berkelakuan sebegini hanya sedikit... ( lebih sesuai kalau saya katakan terlalu sedikit jumlahnya ). Namun perkara seumpama ini seharusnya dipangkas awal-awal sebelum ianya menjadi sopak...
Pemberitahuan : Semua gambar diambil daripada web google
9 ulasan:
ish... naya btol sapa yg jd mangsa...
Solihin : Memang naya sangat... bayangkan gambar berkemban tiba-tiba tersebar tanpa kerelaan... nak jadi cerita, sampai pula ke handphone mak bapa.. nak jawab ape????
Jika benar2 berlaku, ia adalah satu fenomena yang amat membimbangkan.Mudah-mudahan anak2 kita takkan terjebak sama.
Scarlett : Cerita ni kuperoleh dari anak buahku... rasanya dia tidak menipu.. Memang membimbangkan... Semoga anak2 kita tidak tergolong dlm golongan ini dan bukan juga mangsa kepada golongan ini..
ish ish.. melampau sgt tu.. setuju dgn fuziani, yg sikit ni la yg harus dipangkas sebleum menjadi gejala yg semakin menjadi2..
mak aii,mcm tu pon ade???risau btol la ngan anak2 skrg..huhuuu
eii...bahayaaa bahaya.... kena bhati2...
Kakyong : Kita nak membesarkan anak pada zaman ni mmg bnyk cabaran... gejala negatif spt ini x boleh dibiarkan begitu shj tanpa langkah mengatasinya... cuma, siapalah kita... yg berwajiblah harus menyelesaikannya..
suichi : mmg bahaya... cuba bayangkan kalau kena batang idung kita... mau x kuar rumah setahun..
Catat Ulasan