SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 9 Oktober 2010

... Wang... orang akan mula jadi tamak...

Ni kira2 nak mengata seorang hamba Allah yang agak rapat juga dgn keluargaku... Merantau ke Semenanjung seawal usia 16 tahun... Kes liat kat sekolahlah ni... Sebagai jiran sekampung dan teman sepermainannya semasa kecil, aku agak masak dgn perangainya... 

Nasibnya mmg baik kerana akhirnya menjadi orang yang agak berduit kerana kebun limau yang diusahakan bersama isteri di kampung isterinya sangat berhasil...pendapatan sehari dianggarkan RM 700-RM800. Ada masanya mereka tidak mampu memenuhi setiap permintaan.. Duit mmg banyak... belanja sehari utk dirinya sahaja mencecah ratus ringgit... 

Ke kebun semakin jarang... semua kerja diupahkan pada orang kampung. Kedai kopi mula menjadi stesyen... time kerja pun adakala melepak kat kedai kopi, kononnya mencari peluang perniagaan yang lain pulak. Ye lah.... duit dah banyak. Kawan mmg ramai... tumpang tui kalau2 dapat belanja dari kawan ni. 

Dipendekkan cerita, satu hari tu ada kawannya  offer tanah kosong seluas 5 ekar untuk dipajak selama 5 tahun.. Alangkah seronok hamba Allah ni kerana dia mmg sedang mencari tanah yang lebih luas untuk menambahkan tanaman limaunya. Kebun limaunya yang sedia ada agak kecil  dan tak mampu lagi menampung permintaan yang semakin rancak. Setelah segala urusan selesai, maka tanah itu menjadi miliknya utk tempoh pajakan selama 5 tahun.... berpindahlah duit ke akaun si pemajak. Duit susut lagi... upah membersih, benih, menanam dan sebagainya.

Selang 2 bulan, kawan offer bisness sebagai pembekal barang-barang pasar ke restoran-restoran di pekan. Hamba Allah tu semakin seronok.... Modalpun keluar.... Duit dlm akaun susut lagi... dan semakin sedikit tapi hamba Allah ni confident!! Bercadang pula nak berhenti kerja... konon senang nak pantau perjalanan bisness. Aku dan suami menasihatkannya agar terus berkerja sehingga bisnessnya kukuh...  sb bisness ni ada pasang surutnya...

Selang sebulan... kawannya offer lagi tanah rezab utk dibahagi-bahagikan.... tapi kena keluar modal juga... ribu-ribu lagi keluar... duit dlm akaun dah tak cukup... kerana confident... berhutang pula dengan kawan... dgn harapan pinjamannya di bank akan lulus.. kabel kuat katanya..

April 2010... hamba Allah ni terduduk. Pinjaman RM150,000.000 tidak diluluskan... Kebun limaunya diserang serangga perosak kerana kurang perhatian... Benih limau di kebun yang baru juga banyak yang mati... juga kerana kekurangan perhatian... Orang yang diupah tidak amanah... Dia pula sibuk di kedai kopi.. Restoran2 banyak yang tidak puashati dengan barang-barang yang dibekalkan... tak berkualiti tapi harga mahal.. Kawan-kawan mula macam nampak tak nampak kalau hamba Allah ni lalu... Pemiutang pula semakin kerap mencari... kereta tak berbayar... Tanah rezab tu rupa-rupanya satu penipuan... Hutang bank yang sedia ada mula tertunggak... Akhirnya... Wang tlh menyebabkan hamba Allah ni turun naik mahkamah!!! Sehingga kini masih tidak selesai... kerana tamak, hamba Allah ini kini hampir papa.... Semoga Allah menunjukkan jalan terbaik untuknya..

11 ulasan:

nurul huda jumri berkata...

semoga hamba Allah tu sedar dgn kesilapannya dan ambik pengajaran serta iktibar t'hdp ape yg dh menimpa...

donny berkata...

bia papa asal bergaya bogia hehe

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Semoga dia sedar dan tidak akan mengulanginya.. juga pengajaran pada kita yang lain.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

donny : ba.. kalu suda duit tiada..isai gia monulung.. hi.hi.hi

shameel Iskandar berkata...

Org tua2 pernah bercerita kpd anak2nya. " org tamak selalu rugi mcm anjing dan bayang2."

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Shameel : Maka benarlah kata orang tua2 tu.. bersifat tamak membawa padah di kemudian hari.. Biarlah kita bersederhana dalam semua hal

donny berkata...

minta sama sumandak buli kaitu haha

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

donny... sumandak pun lari bah kalau nda da duit.. duit tiada abang melayang kan d sumandak..

blogsharih.com berkata...

ya lah tu, kalau duit banyak jadi tamak, tapi kalau papa kedana lak tu pun bahaya gak. maka sederhana jelah baru ok. buat ibadat betul-betul ingat tuhan maka selamat.

amalhaj berkata...

salam ziarah dari teman.....

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

amalhaj... terima kasih kerana sudi singgah...

LIKE DISINI

Layout