SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 19 Oktober 2010

PENGKID DIBUANG... BEDEBUK..APA SUDAHNYA??????

Semalam aku mendapat surat cinta dari PPD, menghadiri satu taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah ari ni.... Pagi ni aku pergi dgn  HEM sekolahku ( Seorang wanita yang aku kagumi... sangat berkeyakinan dan berketrampilan sebagai pentadbir ). Seperti biasa.. dlm surat kata taklimatnya jam 9 tapi dekat jam 10 barulah mula.... sabar je lah...

Bilik gerakan tu tak lah besar sangat... 50 org muatlah kut... Aku belek fail pink yang diberi setiap seorang... baca...baca...baca... aku mengeluh kecil, bertambah lagilah kerjaku tahun hadapan... hi.hi.hi...malas .. tapi memang dlm zon itu pun. Maka bermulalah sesi taklimat... si pemberi-pemberi taklimat semuanya org2 penting... aku keluarkan diary, kononnya nak mencatatlah tu... bla..bla..bla.. si pemberi taklimat memberi taklimat tapi sayup dan ayu je suaranya... sekejap dengar, sekejap dah macam membebel je...tanpa aku pasti apa biji butirnya... mulalah mata berat... banyak dot.dot.dot bergayut!!

Sesekali aku menjeling HEM kat sebelahku... risau nanti dia tersedar sengguk-sengguk berirama rock aku... Dia tekun mendengar... Agaknya telinga aku yang bermasalah... aku toleh belakang... dah terlentok beberapa kawanku... sah! telinga aku berfungsi dengan baik cuma suara si pemberi taklimat tu yang tak kuat. Tiba2 HEM mencuit lenganku... syukur aku tak melatah yang tidak-tidak.. rupanya diapun complaint.. Ha... apa lagi, sesi bertaklimat sesama kamilah pula... Maka berceritalah HEM tentang seorang pelajar yang baru-baru ni dibuang sekolah... aku kenal sangat kat budak tu.. jenis PENGKID... bertudung kat sekolah tapi kat luar megah memperaga rambut perang ala-ala punk dgn seluar jeans londeh.

Aku pernah merisik-risik pelajar lain tentangnya... minta mereka menasihatkannya tapi semua kata " Nak mampus teacher... dia tu ganasnya nak makan penampar dia.. bolehlah tegur" Mak Uiii!!!! rupanya dia ni suka debuk kawan! Guru-guru sentiasa memerhatikan tingkahnya... tapi di sekolah dia seayu gadis-gadis lain... masih ada sopan seorang gadis!!! Cuma yang memeningkan kepala, dia rapat dengan seorang budak perempuan tulin yang cun melecun... informer kata tu GIRLFRIEND dia... Siapa kacau girlfriendnya... lebamah jawabnya...ke tandas bersama dan berlama-lamaan pula dalam tandas... Bila ditanya atau ditegur... " G tandas pun salah ke teacher, bukan saya g tandas budak lelaki..." Nak jawab ape???? Aku pun dah malas nak layan... tup..tup.. dengar dah kena buang sekolah... kerana ketidakhadiran melebihi 60 hari...

Aku tiba2 terfikir... apalah pengakhir cerita pelajar tersebut??? Sebagai guru dan juga seorang ibu... aku rasa sedih dan terkilan kerana tidak mampu menyedarkan pelajar tersebut bahawa jalan yang dipilih itu merupakan jalan yang teramat-amat salah... Aku pernah berusaha menegur dan menasihati... mungkin usaha aku tidak mencukupi... Semoga Allah mengampuniku dan memberikan hidayah kepada pelajar tersebut agar kembali ke pangkal jalan.... Mungkin aku tak dapat apa2 dari sesi taklimat tersebut tapi sekurang-kurangnya aku teringatkan pelajar itu dan menyedari betapa dunia sekarang semakin mencabar utk anak-anak...

13 ulasan:

Asri Alam berkata...

apa boleh buat.. kdg2 kita teringin sangat mengubah keadaan & baiki kesilapan. tapi alih2 kita pulak yg jadi mangsa kegilaan dorang. padahal niat tadi mau membantu dorang

Unknown berkata...

memang sgt mencabar bila mendidik anak2 remaja skrg ni....

agaknya apa tindakan kerajaan/kementerian utk anak2 yg dibuang sekolah ni.. x kan x de sekolah harapan..!!!??

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa : Betul tu Sasa.. menangani mslh seumpama ni haruslah secara bersepadu... dari semua pihak, kerajaan, sekolah, ibubapa, guru, masyarakat dan remaja .. Merekalah generasi yg bakal menjadi nahkoda pada masa akan dtg... mereka harus diselamatkan dan disedarkan sebelum ianya menjadi kudis

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Kakyong... mmg patut ada tempat utk mereka tapi mahukah mereka???? Kita buat sesuatu utk kebaikan mrk tapi sudahnya kita akan jadi musuh bagi mereka...

Tanpa Nama berkata...

apalah guna dibuang? jika mereka tetap begitu masi? adakh ini jalan terbaik?
ehehe.. sekolah harapan untuk pelajar pengkid akan dibuka nnt?

Cik Su Life Cycle berkata...

memang susah nak didik kalu dah jadi orang..kalu tak jadi orang lagi tak pe..hehe..peranan mak bapak memang la penting dalam hal ni...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

GamatriA : Sifu.. kalau nda dibuang nanti ramai pula follower dia.. klu berblog bnyk follower nda lah apa...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Ci Su : Betul... kembali ke didikan di rumah... melentur buluh biar dari rebung... kalau dah jadi buluh... buat lemang ajelah namanya...

Eye_nee berkata...

salam...
Rasa takut betul berada kan zaman ni..dgn anak2 yg semakin dewasa kat rumah tu menambahkan ketakutan lagi....akk cuba sedaya mungkin mendidik mereka..selebihnya atas tindakan mereka sendiri..harap2 mereka tidak jd pengkid dan gilfren si pengkid....

Tanpa Nama berkata...

Fuziani: tp jika dibuang? lg nnt teruk pl diaurang! mcm mana lh masa dpan mereka? mmg utk membentuk anak2 skrg sgt susah. walaupun itu semua harus dilakukan oleh ibubapa mereka, para cikgu perlu membantu mereka jua.


sa perna jadi guru sandaran dlu jua. tp akibat kurang minat, terus ja sa jd jurugambar. huhuhuhu. nasib baik bukan guru lg kini. ish..mo asik gaduh ja sama anak murid. hahahaha

Wawa~* berkata...

pd saya, kna buang skool mmg x patut... bdk2 nakal ni, lg suka x skolah... dia mmg x fikir msa depan sgt msa umur2 mcm ni.. pd pndapat sy jg. lg elok dijatuhi hukuman spt public servis ker.. or apa2 jnis hukuman... so dia bole buat bnda yg elok, bgaul dgn org yg lbih elok... but then.. itu pndapat sy je, hehe... ;)

nice entry awk ni... :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Wawa... terima kasih atas pendapat. Akak bersetuju, seharusnya mereka yg seperti ini dihantar ke pusat-pusat pemulihan akhlak... Masalahnya.. pihak berwajib tidak pernah memikirkan tentang itu. Mereka juga manusia yang adakala terlanjur perbuatan kerana pengaruh... well, kita berdoa agar satu hari nanti, remaja seperti mereka dapat diselamatkan...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Eye nee : Kita hanya mampu memberi didikan asas dan berdoa... yang lain kita serahkan pada ketentuan Allah

LIKE DISINI

Layout