Pekan Tuaran tempat aku dibesarkan.... di sebuah kampung yang agak pedalaman, Kampung Mondou. Kebanyakan penduduknya berbangsa Dusun Lotud. Salah satu keistimewaan masyarakat di Pekan Tuaran ialah tariannya yang dikenali sebagai Tarian Sumayau atau Tarian Mongigol. Tarian ini ditarikan mengikut muzik yang agak perlahan dan lambat....
Tarian ini ditarikan semasa upacara atau keramaian tertentu seperti semasa Pesta Kaamatan, Upacara 'Rumaha' ( Upacara yang diadakan untuk memuja tengkorak kepala - akan dijadikan entry bila dah cukup maklumat nanti ) dan upacara 'Mangahau' ( Upacara pemujaan semangat Tajau. Tajau tu ala-ala tempayan gitu!!! ). Ada sesetengah keluarga yang berada juga mempersembahkan tarian ini semasa majlis perkahwinan untuk menghibur para tetamu yang datang.
Pada kebiasaannya, tarian ini ditarikan lebih daripada 3 pasangan yang berpakaian tradisional, berbaju lengan panjang berwarna hitam dan berselendang panjang di bahu. Penari perempuan memakai hiasan kepala berupa bulu burung yang digabungjalinkan dengan cantik dan kemas dan memakai 'gonob' ( kain pendek ). Penari lelaki pula memakai 'sigar' ( seakan-akan tengkolok dalam masyarakat Melayu di Semenanjung ), berseluar hitam atau berkain panjang. Selain itu, penari lelaki juga dipakaikan dengan 'giring' atau loceng kecil di pinggang mereka.
JOMLAH TENGOK VIDEONYA....ARAMAITIE!!!!!
2 ulasan:
Wahh nice info sis..
Sebelum ni penah tgk tarian ni tapi xtau nama nyer... hehehe
Thanks... sekurang-kurangnya masyarakat sini tahu sedikit ttg budaya kami yang mungkin kurang didedahkan ni... hi.hi.hi
Catat Ulasan