SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 20 Ogos 2011

JOM KITA BERCUTI KE PULAU SAPI, SABAH.....


Tengahari tadi salah seorang teman semasa sekolah dahulu menghubungiku.... Mengajakku menyertainya bercuti ke Pulau Sapi di penghujung tahun ini. Pulau Sapi merupakan salah sebuah daripada lima buah pulau yang diletakkan dibawah seliaan  Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah. Pulau ini terkenal dengan kejernihan airnya dan keindahan pantainya yang bersih.




Pulau Sapi juga merupakan destinasi para pengemar aktiviti snorkeling. Walaupun hidupan laut di Pulau Sapi dikatakan tidak dapat menandingi yang terdapat di Pulau Manukan tetapi Pulai ini tetap menjadi pilihan para pengunjung kerana keindahan pantainya.....










Adakala pengunjung Pulau ini akan disapa tetamu yang tidak diundang. Sekali pandang.... pasti ada yang mengatakan binatang ini merupakan Komodo tetapi sebenarnya binatang ini hanyalah Biawak biasa yang kita lihat di kampung-kampung. Walau bagaimanapun.... Biawak di Pulau Sapi boleh membesar sehingga mencapai 6 kaki panjang.





Bagi mereka yang ingin maklumat lanjut berkenaan pulau ini bolehlah klik di SINI



@@@ Gambar diambil drp Google @@@





3 ulasan:

eeeda berkata...

Wah rupanya banyak tempat menarik di sabah nie... lepas nie boleh lah buat trip ke sanan pulak....

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eeeda : mmg bnyk tempat menarik kat Sabah cuma ada yang tidak dipromosikan menyebabkan tempat2 tu hanya pddk tmptn jer yg tahu...

tiefazatie berkata...

cantikkan..rindu!ble la dpt g lagi nie..hee

LIKE DISINI

Layout