Alhamdulilah... akhirnya sampai jugak kat rumah. Letih usah dikenanglah.. dari sabak jam 10 pagi tadi... Selasa baru ni Tid call bagitau Mak Kecik sakit kat Hospital Taiping. Punyalah susah rasanya hati tapi nak buat mcm mana, tak kan nak cuti... apalah alasan nak bagi kat big boss. Tu yang gi jugak hari ini. Lyana pula ( anak yang sulung ) nak periksa PMR Selasa depan, yang no 2 dok sibuk nak g beraya ngan kawan-kawannya kat rumah Cikgu Bahar kat Sungai Besar, so aku gi ngan suami dan zaki ( anak yang bongsu ) je lah..
Keme ( kami ) ni sebenarnya mmg rapat ngan Mak Kecik. Setiap kali balik kampung, mesti g rumah dia. Kalau x pegi... merajuk panjang orang tua tu. Masa gi raya rumah dia ari tu, mmg dah nampak uzur dah.. mata pon da x nampak... badan tu usahlah kira... kurus melengking. Sian... nak jalan jauh mmg da x lalu. Mak Kecik ni adik arwah mak mertua yang paling bongsu sekali. Dah tinggal dia seorg pon, adik-beradik lain dah lama meninggal. Udah rapat sangat ngan dia... dah rasa macam mak sendiri.
Sampai Hospital Taiping dah dekat kul 2 dah, sepanjang jalan ujan lebat pulak tu... Tok ( kakak suami ) kata, Mak Kecik kat wad D5. Masa nak keluar dari lif, terserempak dengan Kak Esah ( anak Mak Kecik ). X sempat sembang pon sb dia dah nak balik dah, takut ujan lagi lebat. Cari-cari... jumpalah nama Puteh Saemah katil No 3. Ya Rabbi!!! punyalah terkejut nengokkan Mak Kecik... nampak kurus sangat-sangat.. gigi palsu x pakai pulak tu, tambahlah nampak tua nor.. Cik Mah ( anak Mak Kecik jugak ) dengan anaknya Ijah yang nunggu Mak Kecik. Nampak je keme.. mulalah orang tua tu merungut... katanya doktor nak bunuh dia... tebuk badannya merata-rata, cucuk badannya sesuka hati dan ambik darahnya banyak-banyak... Keme senyum ajelah.. Pas tu ngadu doktor keluarkan air dari badannya banyak nor... dekat 3 kilo... mak uiiii!!! memang banyak pon.
Pas tu ngadu lagi... doktor nak bawa g IJN 3hb ni... check jantung sebab doktor kata paru-paru dah berair, risau ada masalah pada jantung pulak... hmmmmmm... bila dah tua, memang banyaklah sakit yang datang. Deme kata Mak Kecik ni darah tinggi, kencing manis, paru-paru berair dan semput... kalau dah darah tinggi sampai bacaan 300 tu memang dah power rut... seriau mendengarnya. Tapi pada pandangan mata aku ni... Mak Kecik nampak lebih sihat berbanding masa kema beraya rumah dia ari tu... Raut pada wajahnya menampakkan yang Mak Kecik sihat... bengkak kat lehernya yang sebesar penumbuk orang dewasa juga dah x ada... Masalah Mak Kecik ni cuma satu.... x selera nak makan, kalau paksa gak... dia kata rasa nak muntah... cuma minum susu jer... yang sihat pon boleh sakit kalau tak makan... Masa nak balik suami berpesan..."Mak Kecik kalau suka duduk kat hospital lama-lama... tak payahlah makan..." Mak Kecik cuma senyum-senyum... faham dengan perangai suamiku.. Semoga Mak Kecik cepat sembuh...
2 ulasan:
kan main berbisa lagi pesanan terakhir tu..
brp dah umur mak kecik ni... tgk gambornya.. teringat kat arwah oyang..
ha.ha.ha. suami mmg jenis ckp berbisa tp selalunya berkesan.. Mak Kecik ni dah 73 tahun dah..
Catat Ulasan