Dati web google |
Hujan renyai-renyai di luar tiba-tiba mengundang rindu pada seseorang yang aku sayangi... yang telah meninggalkan ku hampir 8 tahun yang lalu... Insan yang bersusah payah membesarkan aku tatkala ibu berpergian mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga... Insan yang bercerita kisah-kisah menariknya sementara menunggu aku tidur sambil mengipaskan aku kerana ketika itu kampung ku masih belum ada kemudahan elektrik, hanya berteman lampu nyonya setiap malam.... Insan yang menyikat dan menguruskan rambut lebatku yang panjang mencecah lutut.... Insan yang mendukungku ketika kakiku terpijak kaca.... Insan yang berjaga sehingga pagi bila aku demam...dan banyak lagi perkara yang dilakukannya untukku...
Ina' ( nenek ) seorang wanita bertubuh kecil yang sangat rajin dan berjiwa kental... jarangku lihat dia berehat-rehat tanpa melakukan sesuatu. Bila tidak ke sawah, dia menjenguk padi humanya, atau ke sungai mencari ikan, atau ke hutan mencari rotan, atau ke kebun melihat sayur-sayurannya atau menjenguk kandang kambingnya.... Adakala aku melihat dia menganyam tikar sehingga larut malam.... Pendek kata... Ina insan yang terlalu rajin dan setiap kali aku ingin membantu.... dia akan menyuruhku membaca buku atau menyiapkan kerja rumah yang cikguku beri...Dia tidak pernah bersekolah tapi amat mementingkan pelajaranku. Sehinggalah aku dewasa...dia masih sihat dan rajin seperti dulu...
Ketika aku mendapat surat panggilan ke UKM, dia adalah insan yang paling bahagia. Dia memeluku dan mencium dahiku... aku keberatan meninggalkannya namun dia berkeras menyuruh kupergi... Dia mahu melihatku mendapat segulung ijazah. Masa berlalu pantas... aku telahpun menamatkan pengajianku dan berkahwin. Ina mengambil keputusan tinggal denganku di Kajang...jauh dari ama' ( atuk ) ...jauh dari sawahnya, jauh dari humanya, jauh dari kebun sayurnya, jauh dari kandang kambingnya dan jauh dari rumah usangnya di kampung. Dia tidak mahu cicitnya dijaga pembantu rumah... Terima kasih Ina...
Dari web google |
Ina semakin uzur, ibu menyuruhnya kembali ke Sabah. Ina berkeras tidak mahu berpisah dengan kami tapi aku memujuknya... aku mahu Ina berehat, ibu juga mahu Ina berehat... Ibu boleh menjaga Ina sepenuh masa kerana ibu tidak berkerja... Walaupun berat hati... akhirnya dia pulang ke Sabah. Selang beberapa bulan, aku terduduk mendengar berita dari ibu melalui corong telefon... Ina disahkan mengidapi Kanser tahap 3... aku tidak lagi mampu menahan air mataku... aku meraung dalam dakapan suami... Aku bergegas terbang ke Sabah... Ina terbaring lesu di katil Hospital Queen Elezabeth... Aku seakan mahu pitam menahan sebak ketika itu. Dia tersenyum melihatku dan aku sudah tidak mampu menahan sebak di dada... Aku memeluknya dan menangis sepuas hatiku...."Siow unga.. uda' pongihad... " ( Maaf sayang... jangan menangis )
Sepanjang masa aku berada di sana, aku menemaninya di hospital...Syukurlah, rumah ibu ( Taman Kepayan Ridge ) hanya 10 minit berjalan kaki dari hospital tersebut. Kerana panggilan kerja... aku hanya dapat menemaninya selama 2 minggu... aku kembali semula ke Selangor dengan berat hati.. Aku bercadang untuk mengambil cuti tanpa gaji tapi ibu tidak bersetuju... Maka ibulah yang menjaga ina berseorangan memandangkan ibulah satu-satunya anak ina... Setiap kali cuti sekolah, aku akan pulang menjenguk ina...
Tiba-tiba... pada suatu hari selepas 3 tahun... sekali lagi aku dikejutkan... ina nazak di hospital.. Syukurlah kerana ketika itu tinggal 2 hari lagi sekolah akan bercuti akhir tahun... Aku terbang tergesa-gesa... Ketika tiba di Sabah... aku diberitahu ina telah dibawa balik ke rumah atas nasihat doktor kerana ina sudah terlalu tenat. Sepanjang jalan dari airport aku menangis... perjalanan seakan terlalu jauh... lambatnya... Ketika tiba di rumah... aku meluru mencari ina tanpa sempat bersalaman dengan ibu dan ayah. Aku lihat ama' duduk di sisi ina sambil menangis.... ina tidak sedarkan diri. Kucium dahinya dan berbisik di telinganya yang aku sudah pulang.... ina diam... tiada sebarang tindakbalas.... Aku menangis dan terus menangis... Ya Allah! berilah kesempatan kepadaku untuk melihat ina sedar semula.... aku berdoa pada Allah..
Keesokan harinya, ina tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan dan memanggil namaku... aku menangis lagi tapi kali ini menangis gembira... Setelah beberapa hari... ina sudah boleh bersembang perlahan-lahan... Hati kami berbunga-bunga... Satu pagi, ina memanggilku dan menyatakan hasratnya ingin memeluk islam tapi dengan syarat aku membawanya kembali ke Selangor. Puas kami memujuk agar hasratnya itu jangan ditangguh tapi dia tetap berkeras... Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat doktor, kami sekeluarga sepakat untuk membawanya pulang ke Selangor. Tiketpun ditempah... seminggu dari tarikh tempahan. Dari sehari ke sehari ina nampak semakin sihat... dia sudah boleh makan nasi lembik yang kumasak bersama sayur dan isi ikan.
Sehari sebelum kami bertolak pulang ke Selangor... tiba-tiba ina sekali lagi tidak sedarkan diri. Kami sekeluarga jadi panik... kami membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan sel kenser sudah merebak ke bahagian otak... ibu meraung... ama terduduk dan aku pitam selepas mendengar pengesahan doktor. Malam itu ina masih juga tidak sedarkan diri.... aku menangguhkan penerbanganku. Pada hari yang ke-3 barulah ina mula membuka mata tapi dia terlalu lemah... akulah yang mendukungnya setiap kali dia mahu ke tandas kerana dia tidak mahu menggunakan lampin yang kami beli... Cuti sekolah akhirnya berakhir. Aku pujuk ina supaya mahu kupanggil ustaz bagi memenuhi hajatnya tapi dia tetap berkeras mahu memeluk islam di rumahku di Kajang... Dia minta aku pulang dulu, bila dia dah sihat sedikit... dia minta ibu menghantarnya ke sana...
Dari web google |
Aku pulang dengan hati yang terlalu berat.... Aku bimbang kiranya aku tidak mampu bertemu dengan ina lagi dan hajatnya utk memeluk Islam tidak kesampaian. Aku berpesan pada ibu dan ayah agar terus memujuk ina.... Kami tiba di rumah lewat malam... Keesokan harinya... aku dan suami pulang ke kampungnya di Perak kerana cuti berbaki lagi 4 hari... kami pulang menjenguk atuk suamiku yang juga sakit tenat. Malam pertama di kampung... atuk suamiku tiba2 nazak. Suami bergegas ke rumah atuknya, aku ditinggalkan kerana kebetulan aku demam panas... baru beberapa minit suamiku pergi, telefon berdering... Aku menggeletar, hatiku berdebar-debar.. Telefon terus berdering.... Ibu mertuaku sedang solat... tiada siapa mengangkatnya kerana hanya aku dan ibu mertuaku di rumah.. Aku mencapai gangang telefon dengan perasaan yang sangat cemas... Sayup-sayup kudengar suara ayah, "Ani, ina sudah pergi meninggalkan kita." Ganggang telefon terlepas.
Dunia terasa gelap tiba-tiba... aku terbayang wajah ina... aku meraung sekuat hatiku... anak buahku yang baru balik dari pekan bergegas memanggil suamiku. Ketika suamiku tiba... aku sudah terkulai tidak bermaya. Suamiku memelukku seerat mungkin... aku menangis sepuasnya.. air mata suami ku jatuh di atas pipiku... Tiba2 pakcik suamiku memberi salam... satu lagi berita buruk kami terima...atuk suamiku juga pergi menigglkan kami.... Ya Allah! besarnya dugaan yang kau berikan kepada kami. Berilah kami kekuatan untuk mengharungi segalanya ini.....
Dunia terasa gelap tiba-tiba... aku terbayang wajah ina... aku meraung sekuat hatiku... anak buahku yang baru balik dari pekan bergegas memanggil suamiku. Ketika suamiku tiba... aku sudah terkulai tidak bermaya. Suamiku memelukku seerat mungkin... aku menangis sepuasnya.. air mata suami ku jatuh di atas pipiku... Tiba2 pakcik suamiku memberi salam... satu lagi berita buruk kami terima...atuk suamiku juga pergi menigglkan kami.... Ya Allah! besarnya dugaan yang kau berikan kepada kami. Berilah kami kekuatan untuk mengharungi segalanya ini.....
19 ulasan:
Akakkkk... sedihhhh... :(
Asma : Ketika itu hanya Allah yang tahu perasaan akak... bertahun akak mengcovernya... sangat sedih kerana dia tidak sempat mengucap walaupun niatnya ada... sebenarnya cerita tu panjang... aka dah serah kepada seorg kawan utk dijadikan novel...
Ya Allah.. Sebak saya baca nie...
Solihin... terima kasih kerana sudi membacanya...
sedih mendengar cerita nie...
Annaz : Terima kasih kerana sudi membacanya... inilah antara tujuan akak berblog.. berkongsi cerita dlm hidup akak...
sedihh.
:(
Nard : Bila dikenang semula kisah itu, saya akan menangis.... Semoga roh ini ditempatkan kalangan mereka yang diampuni...
sedihnya cerita kak ni. aku paham sgt perasaan tu, dulu aku masih kecik lg, serta merta keluarga jd suram sunyi. abah pergi mengejut
Sasa : Kehilangan itu amat menyakitkan tapi setiap kita akan merasa kehilangan sepanjang hidup kita jadi kita harus tabah menghadapinya walaupun sakit ketika kenangan datang bertandang...
Terharu baca cerita awak...Kita Mampu Merancang Tuhan Yang Menentukan Segalanya....
Tabah dengan dugaanNya...
hanya Allah yang tahu isi hati setiap hambanya. semoga rohnya di cucuri rahmat.
sedih2..Allah lebih sayangkan mereka
United Minds : Alhamdulilah... dlm kedukaan ada juga hikmahnya... nantikan entry terbaru nanti
Seri : Amin. Semoga dimakbulkan doa seri.. Terima kasih
Cik Su : Kita juga akan kembali kepadaNYA
kak..sedihnye..menangis ifa bca bha..huhu..moga akak kuat ya..moga roh mereka dirahmati oleh nya..
tiefazatie : Itulah yg akak harapkan... mereka tenang dan damai di sisiNYA
Catat Ulasan