SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Rabu, 6 Oktober 2010

SAMBAL TUHAU



Sambal tuhau merupakan makanan tradisi yang polular dalam kalangan suku kaum Dusun/kadazan di Sabah.Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang mudah diperoleh di hutan-hutan Sabah.Pokok tuhau mempunyai daun yang berwarna hijau dan sederhana lebar.Cara-cara untuk membuat sambal tuhau ialah: 



BAHAN-BAHANNYA 
    1.    Tuhau     (suka ati,klu mau banyak buli juga.. agak2 lah bah) 
    2.   Udang kering     ( pun agak-agak juga, kalau bnyk tu tuhau, banyaklah  juga bah )
    3.   Jus limau kapas ( hi.hi.hi. org semenanjung panggil limau nipis )
    4.   Garam dan ajino moto secukup rasa ( jgn banyak2, nanti gundul (botak ) kepala )
    5.   Lada padi (kalau mau padas, bah tarulah banyak bah)
   

Caranya:
Cuci tu batang tuhau bersih2. Pas tu, hirislah halus2. Bah kalau malas mau hiris, takut nanti tangan kasar, bah.. kasi blender ja bah... senang. Blender tuhau tu dgn udang kering... Bila sudah hancur.. tarulah garam dgn ajino moto sama tu lada padi. Last sekali, campur dengan air limau kapas ( Ingat... jangan sampai tercampur tu biji  limau kapas sb nanti tu sambal tuhau ada rasa pait ( pahit ). Masukkan dalam mangkuk , kasi biar dlm 20 minit sebelum buli dimakan... 






 **** Sedap kalau dihidangkan masa makan tengahari dengan ikan pangal ( Ikan Haruan )atau gimbui  ( Ikan Keli ) yang dibakar. Kira macam sambal belacan juga bah!!!!!


4 ulasan:

Nurul Huda Jumri berkata...

hi, salam perkenalan.
thx follow saye..i follow u back. =)

kakyong berkata...

nak makan ni kena pergi sabah la ya...
mana nak cari tuhau kat perak ni.... ;)
tgk gambo pun tak gitu clear... masih tak dpt kena apa itu tuhau...

Fuziani JSR berkata...

Nurul... thanks. Semoga kita boleh berkongsi cerita di blog..

Fuziani JSR berkata...

Kak Yong... tu je gambo yg jumpa.. payoh nor nak carik.. jom le g sabah..

LIKE DISINI

Layout