SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 16 Oktober 2010

AIR MATA SAUDARA BARU....

Semalam, tiba-tiba seorang kawan. Pn. y menghubungiku bertanyakan aktiviti Jawatankuasa Muallaf Daerah Sabak Bernam.... dan kamipun bersembang kerana dah lama kami tak jumpa sejak Pertandingan Tilawah Saudara Baru Daerah Sabak Bernam bulan Jun lepas...

Sok...sek....sok....sek.... bukan mengumpat tau!!!!Hi.hi.hi... Diapun bercerita tentang salah seorang saudara baru di daerah kami. Aku mengenalinya... agak rapat tapi dah lama dia tak menghubungku. Rupanya dia telah diceraikan oleh suaminya... Suaminya berkahwin lagi... yang sedihnya tu, Si xxx ni merayu agar tidak diceraikan dan bersetuju bermadu tapi suaminya berkeras menceraikannya.. Zalim!!!! Si xxx ni orang Sabah, berkahwin dgn suaminya tanpa rela keluarga menyebabkan dia dibuang jauh-jauh dan keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya. Umpama jatuh ditimpa  tangga,  dia dihalau ibu mertuanya ( sebelum ni dia duduk dgn ibu mertuanya ). Merayu-rayu si xxx kerana tak tahu kemana nak dituju, tambahan pula dia x pernah berkerja dan duit sesen pun tak ada... 

Bagaimana dia nak menyara kedua-dua anak perempuannya, tambahan pula yang bongsu mengalami masalah down sindrom... menangislah si xxx... Ibu mertuanya tetap berkeras menyuruhnya pergi... maki hamun usahlah cerita. Berjalan kakilah dia kerumah  Pn.y yang terletak lebih kurang 10km dari rumah mak mertuanya bersama anak bongsunya ( yang sulung bersekolah... sekolah agama petang ). Pn. y bersedia menyediakan tempat utknya... Petang tu Pn.y dan si xxx gi lah ke rumah mak mertua si xxx utk mengambil anaknya yang sulung... tapi sekali lagi Allah menduga keimanan dan kesabarannya...hancur hati seorang ibu  bila mendengar mak mertuanya telah menghantar anaknya ke Klang, jauh darinya dan entah di mana, di rumah siapa ... menangislah dia merayu-rayu sehingga dipautnya kaki mak mertuanya... tapi.. mak mertuanya buat dek jer dan ditutupnya pintu rumah... dari dalam kedengaran orang tua tu menyumpah-nyumpah dan memaki hamun si xxx...



Bergenang air mataku mendengar cerita Pn y.... begitu hina seorang saudara baru... ditinggalkan segala-galanya tapi akhirnya dibuang umpama sampah yang tidak berguna. At least.. fikirkanlah akidahnya... sekiranya dikembali ke agama asalnya, siapakah yang bersalah???? Sudahkah suami dan mak mertuanya memberi didikan agama yang sempurna kepadanya selama ini???? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga dan buat tak tahu jer..... Kenapa masih ada manusia sekejam itu di muka bumi ini???? Semoga Allah kuatkan hati dan melindungi si xxx dan anak-anaknya... Dan aku akan berusaha untuk melakukan sesuatu untuknya.... siapa lagi yang boleh membela nasibnya selain sahabat dan kawan-kawan...

6 ulasan:

Asri Alam berkata...

kesian la. dah ada anak dua, sampai hati lagi buat gitu

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Betul tu sasa... kasihan sangat. Kawan akak ni lawa orgnya, rajin dan lemah-lembut.... entah apa lagi yg tak cukup.

nurul huda jumri berkata...

kejam nya diorg tu, kak.
tkpe kak, setiap perbuatan jahat, Allah akan bg balasannye kak..cepat atau lambat je.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Nurul Huda : mmg kejam... tapi Allah tu Maha Pengasih kepada hambaNYA yg dianiaya

Unknown berkata...

sayunya hati baca kesah ni... tak seharusnya diperlakukan begitu, hatta bukan saudara baru sekalipun.. tapi bila saudara baru, harus lah lebih diambil perhatian...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Betul tu kakyong... tapi biasalah, dugaan Allah pelbagai bentuk

LIKE DISINI

Layout