SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Ahad, 12 Disember 2010

MENDUNG AKHIRNYA PERGI JUA





Annie dilahirkan dalam keluarga yang miskin... Setelah ibubapanya bercerai, Annie dititipkan di bawah penjagaan makciknya kerana ibunya terpaksa bekerja untuk menyara hidup mereka. Terlalu banyak kepayahan yang dilaluinya menjadikan dia seorang kanak-kanak yang sentiasa murung. Ketika menginjak usia remaja, dia telah ke bandar dan tinggal bersama ibunya setelah ibunya berkahwin lagi dengan bapa tirinya, En. Ambrose. Kesibukan ibu dan ayah tirinya menyebabkan Annie banyak menghabiskan masa bersendirian. Ketika di tingkatan 6 Atas, Annie telah berkenalan dengan seorang  pemuda. Ronnie, pemuda sino kadazan yang tinggi lampai dan berkulit sawo matang telah menambat hati Annie. 

Sejak berkenalan dengan Ronnie, sikap Annie mula berubah. Dia sering keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya. Annie menghabiskan masa melepak bersama Ronnie dan rakan-rakannya yang lain. Selepas waktu sekolah, dia tidak terus balik ke rumah tapi berlegar-legar di pusat membeli-belah atau menonton wayang bersama Ronnie dan kawan-kawannya yang lain. Malahan, Annie mula liat menghadiri kelas tambahan. Cara berpakaian Annie juga semakin mencolok mata.... 

Sebagai seorang ibu, Pn. Reetha sangat risau dengan perubahan Annie. Pn. Reetha juga malu kerana dia sudah kerap dipanggil ke sekolah. Jiran-jiran dan rakan-rakannya juga selalu bercerita tentang Annie. Bila ibunya menasihatkannya.... Annie akan mengamuk dan menghempas semua barang yang mampu dicapainya. Pernah beberapa kali Annie mengugut ibunya untuk lari dari rumah kerana ibunya menegur caranya berpakaian. Annie juga sering ponteng sekolah. Ibu  amat risau kerana Annie bakal menduduki peperiksaan STPM. Pn. Reetha sering menangis mengenangkan sikap Annie. Adakala tanpa segan silu Annie akan menengkingnya walaupun di hadapan orang ramai. Annie seakan-akan membenci ibu dan ayah tirinya, pantang ditegur... dia akan mengamuk dan keluar rumah, entah kemana... 

Langit tidak selalu cerah.... Suatu petang, ketika Annie pulang dari bandar bersama-sama Ronnie dan rakan-rakannya, mereka telah terlibat dalam  satu kemalangan.  Kemalangan itu menyebabkan Annie kehilangan kaki kirinya sehingga ke lutut dan terpaksa berkerusi roda. Ronnie dan teman-temannya cuma cedera ringan. Sejak berkerusi roda, Ronnie dan teman-temannya mula menjauhkan diri darinya. Umpama jatuh ditimpa tangga... Annie menerima sepucuk surat buang sekolah sedangkan peperiksaan STPM hanya tinggal 3 bulan lagi. Annie menangis penuh penyesalan...

Keadaan semakin rumit apabila En. Ambrose diistiharkan muflis kerana rakan kongsinya telah menggelapkan wang syarikat menyebabkan syarikat mereka tidak mampu membayar hutang bank. Mereka kehilangan semua harta benda.  Annie berkerusi roda dan En. Ambrose stroke kerana serangan jantung. Segalanya terpikul dibahu Pn. Reetha.... Annie meneruskan perjuangan dalam kepayahan. Akhirnya Annie berjaya ke menara gading dan berkenalan pula dengan Amran, bakal doktor... Ketika itu hidayah Allah tiba....


Sinopsis cerita ini ditulis untuk menyertai kontest anjuran salah seorang sahabat maya iaitu immukmin dalam Syoknya!! Berilusi, Bersama Immukmin'. Bagi memenuhi syarat yang dikehendaki maka dengan itu saya mengtag 3 orang rakan maya yang lain iaitu




7 ulasan:

immukmin berkata...

immukmin dah baca..menarik...sangat menarik.... tq=)

Fuziani JSR berkata...

Terima kasih.... hanya itu idea yang singgah di kepala....

kakyong berkata...

contest rupanya...

fuziani memang berbakat menulis pun... gud luck

Fuziani JSR berkata...

kakyong : saja2 je kakyong... hadiahnya menarik. Penganjur akan menulis semula cerita pemenang dalam bentuk cerita panjang... dan jadi hak milik kita 100%. Menarik tu....

::Cikgu Akim:: berkata...

maseh kak sudi tag..huh semput saya wat synopsis takut tak sempat..hehehhe..

Fuziani JSR berkata...

Akim : Maaflah.... akakpun baru ari ni berkesempatan menyiapkannya.... Apapun, gud luck!

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
jalan cerita yG menarik =)
GudLuck yer sis..

LIKE DISINI

Layout