SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Khamis, 16 Disember 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

السلام عليكم
بسم الله  الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wahai semua tetamu yang terbuka hati untuk membaca entry ini. COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT ini dianjurkan oleh asyfiqaz... Nak tahu lebih lanjut ttg kempen ni...klik jer banner lawa kat atas tu dan anda akan terbang ke blognya. Siapa yang memberi maklumat tentang kempen ni pada saya....???? Seorang penulis yang berbakat dan juga merupakan salah seorang sahabat maya blog CETUSAN SEIKHLAS RASA iaitu immukmin dan saya rasa berbesar hati kerana setidak-tidaknya insan kerdil seperti saya mampu juga menyumbang   walaupun setakat menyokong kempen ini...

Sebelum jari ini mengetuk butang-butang magik di dada keyboard ni dengan lebih pantas... ketahuilah bahawa saya masih lagi merangkak mengejar ilmuNYA.... masih terlalu hijau dalam banyak perkara berkaitan Islam tapi terpanggil utk menyokong kempen ini sebagai peringatan kepada diri sendiri. Ketika awal memeluk Islam, saya agak keliru berkaitan menutup aurat dan saya hanya menjadi pak turut. Saya hanya menjadi pemerhati dan mengikut cara orang lain berpakaian. Kebetulan ibu saya juga seorang saudara baru.... Jadi tiada siapa yang memberikan teguran dan panduan.. Menurut pemahaman saya pada ketika itu,  pakaian cara Islam ialah bertudung, berbaju lengan panjang dan berkain atau berseluar labuh menutupi buku lali. Bila berpakaian demikian.... saya berfikiran yang saya sudahpun dikatakan menutup aurat... 


Diambil dari web google

Tapi.... rupanya saya tersilap kerana bila mengikuti kelas Fardu Ain  anjuran Pejabat Agama Islam, Daerah Sabak Bernam... Ustazah Normah Naumah binti Abdullah ketika itu menegaskan kepada kami saudara-saudara baru yang berpakaian menutup aurat menurut Islam bukan setakat menutup kulit dan rambut tapi lebih terperinci daripada itu. Menurut beliau sepatutnya tudung yang dipakai haruslah dilabuhkan agar mampu menutupi bahagian dada. Baju yang dipakai haruslah longgar iaitu tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan serta bukan daripada fabrik yang jarang. Kain atau seluar juga haruslah labuh dan longgar. Juga kenalah bersarung kaki. 

Diambil dari web google

Mungkin ada yang mengatakan yang saya setakat mengulang perkara yang orang lain lebih tahu tapi itulah yang saya terfikir ketika menerima tag ini. Menulis perkara yang lebih terperinci rasanya diluar kemampuan ilmu yang saya ada ketika ini kerana seperti yang telah saya katakan.... Saya masih belajar. Kerana kempen ini.... saya buka banyak laman web dan blog berkaitan dengn aurat wanita dan alhamdulilah.... banyak juga yang saya pelajari yang selama ini saya tidak pernah memikirkannya atau lebih tepat.... saya buat tak kisah sedangkan sepatutnya saya wajib ambil tahu....

Biasalah......manusia sentiasa meremehkan hukum Allah dan saya sendiri termasuk dalam kalangan mereka-mereka ini... Jom kita sokong kempen ini dan berhijrahlah kita ke arah yang lebih baik dari semalam. Semoga Allah akan terus memberi hidayah dan petunjukNya kepada kita. Semoga nanti... kita ditempatkan dalam kalangan mereka yang diampuni dan di kasihi ALLAH... Berhijrah dari kejahilan adalah satu perkara yang sangat-sangat mencabar kekuatan diri tapi kita dijanjikan nikmat yang tidak mampu kita bayangkan di sana nanti....

Saya tag kepada sesiapa yang rasa nak sokong kempen ni.....

BLOG CETUSAN SEIKHLAS RASA AKAN BEREHAT SEBENTAR BERMULA ESOK SEHINGGA IBU MENJALANI OPERATION. YA ALLAH! BERILAH KEKUATAN DAN KESIHATAN KEPADA IBU....

6 ulasan:

immukmin berkata...

salam..kak..terima kasih dengan..apa yg akak lakukakan ini..insyaAllah...ganjaran daripada Allah kita tak nampak akak..sbb Allah nak kasi suprise kat kita...kalu manusia..ni kan dia suke suprise..hhooh...btw. insyaAllah...immukmin doakan ibu akak..selmat dalam operation..insyaAllah

Kei Hiroki berkata...

thanks for supporting!
semoga usaha kecil kita ni diberkati Allah =)

Asri Alam berkata...

bagus entri ni kak. boleh aku kongsi di fb?

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

immukmin : Terima kasih juga kerana tag akak... kerana tag itu, banyak yang lupa teringat semula dan yang tak tahu jadi tahu.... Terima kasih juga kerana mendoakan ibu akak...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

asyfiqah : TQ juga kerana terfikir nak buat kempen seperti ini....

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa : Bulih bah share2 tapi cuma tu jak lah yg bulih ditulis... nda tau banyak jadi nda berani bah mo tulis sembarangan...

LIKE DISINI

Layout