SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 2 November 2010

ADAKAH MEREKA TELAH INSAF DAN MAHU BERUBAH????

Di penghujung tahun ni memang letih kat sekolah.... ulangkaji, gerak gempur, strategik planning, laporan, kemaskini fail, kemaskini Rekod Pelajar, kemaskini Kad 001, meeting dan macam-macam lagi yang perlu dibuat.... Adakala letihnya sehingga nak buka mata pun letih... ha.ha.ha... ni memang nak jumpa Mr. Bean... belajar tongkat mata dengan batang kayu mancis... 

Pagi ini aku menjaga kelas Gerak-Gempur.... Kelas kesayanganku... yang selalu membuatkan aku senyum, ketawa, termalu-malu, marah, geram, sakit hati.... dan macam-macam lagi..... Kelas ni cuma 21 orang jer tapi riuhnya mcm kenduri 3 pengantin... Kalau aku masuk kelas.... adakala disambut dengan ...Assalamualaikum teacher... adakala disambut dengan...Assalamualaikum puan... ( mcm aku pengetua pula!!!!! )...Adakala disambut dengan... Assalamualaikum cikgu.... Ikut suka mereka jer... yang bagi salam tu bukannya ketua kelas... tapi bertukar-tukar orang.... yang pak turutnya sporting pulak tu...!!!! Ikut jer... Hari ini, mereka menyambutku dgn.. Assalamualaikum Miss Fuziani.... tergelak besar aku dibuatnya!!!!  Saja jer mereka mengusikku...

Sebelum aku mengedarkan kertas soalan gerak gempur... aku meminta salah seorang daripada mereka membacakan doa... Penuh bersemangat mereka membaca doa terutama ketika mengAMINkannya... tiga bangunan tu rasanya bergegar dgn doa mereka... kelas sebelah menyebelah memandang dengan senyuman memandangkan kelas tu terletak di blok yang tengah sekali.... Aku hanya mampu tersenyum... sedikit terhibur dengan perangai mereka yang nakal.... Sebab itu aku mengelarkan mereka kanak-kanak riang walaupun dah tingkatan 5... Aku biarkan tanpa menegur kerana mungkin juga mereka stress dan tertekan.... biarlah mereka lepaskan semuanya....

Aku memandang jam di dinding... baru jam 7.40 pagi... gerak gempur bermula jam 8.00 pagi. Aku mengarahkan mereka mengosongkan meja dan meletakkan beg mereka di dalam loker yang terletak di belakang kelas... Semuanya bangun dengan patuh tanpa sebarang bantahan... Aku kehairanan sebentar kerana biasanya mereka akan buat bising.... biasalah semuanya pelajar lelaki... dah tu kelas nak hujung pula tu!!! Seperti biasa... aku mengambil masa dalam 5 minit utk set induksi yang adakala meleret-leret sampai 10 minit... cuma kali ini set induksiku berbau nasihat.... Mereka tunduk mendengar tanpa soalan-soalan nakal.... Aku kehairanan lagi.... Tiada lagi... teacher, baju teacher lawa hari ni. Taiada lagi.... teacher comel hari ni. Tiada lagi... apa no telefon anak teacher?. Tiada lagi dendangan lagu sentimental dari mereka.... Tiada lagi... teacher, kenapa teacher x pakai lipstik teacher? Semua senyap dan ada yang sibuk memastikan semua alat tulis telah diletakkan di atas meja...

Aku terasa bagai berada di kelas yang lain... bukan kelas yang sering menyebabkan cikgu-cikgu semput di hujung kelas kerana mengajar ala-ala tarzan melawan suasana riuh dalam kelas tu..... Dalam kehairanan aku mengedarkan kertas soalan.... Dan... hairan lagi... tidak seperti biasa.... mereka akan membelek-belek dan menyelak kertas soalan walaupun dilarang berbuat demikian. Kertas soalan terletak di atas meja tanpa diusik.....  Aku kemudiannya berdiri di hadapan kelas sambil memerhatikan mereka dengan pandangan yang kehairanan.... Satu persatu wajah mereka aku perhatikan... Tiba-tiba perasaan sayu merayap dan singgah di hatiku yang paling dalam sekali.... Air mataku bergenang!!! Salah seorang daripada mereka perasan dan kemudiannya bertanya... Kenapa teacher pandang kami macam tu? Kami buat salah lagi ke??? Aku cuma mampu mengelengkan kepalaku dan cuba mengukir senyuman...

Gerak gempur pun bermula. Salah seorang mengangkat tangan... " Teacher, rumusnya tak disertakan sekali ke?" Aku tak pasti lalu bertanya kepada salah seorang guru Matematik yang kebetulan lalu di situ. Guru tersebut meminta mereka menggunakan rumus yang telah diberikan semasa trial hari tu.... Dan aku betul-betul hairan apabila masing-masing berdiri, menyelongkar beg di belakang dan mengambil helaian rumus yang dimaksudkan.... Apakah mereka telah berubah???? Biasanya... " Ala teacher... lupa bawalah" atau " Teacher, saya tertinggal kat rumah" atau " Dah hilanglah teacher".... dan biasanya, berilah helaian kerja atau nota.... sudahnya lesap macam tu aje.... Tapi hari ni... semua bawa helaian rumus yang diberikan masa trial lebih kurang tiga minggu lepas!!!!  Bagaikan mimpi..

Dua masa aku berada dalam kelas tu... Semuanya tunduk dan tekun menyelesaikan satu persatu soalan dalam kertas tersebut.... Tiada lagi... "Teacher, nak ke tandas"... Tiada lagi... "Teacher, nak asah pensil kejap"... Tiada lagi... "Teacher, pen tak bawa"... Tiada lagi yang tertoleh-toleh kiri, kanan dan belakang. Tiada lagi yang menyanyi-nyanyi sambil ketuk meja. Tiada lagi yang nak jadi spesis zirafah, meneropong jawapan kawan.... Senyap dan sunyi, hanya kedengaran riuh di kelas sebelah.... Aku benar-benar hairan dan bersyukur.... Mungkin mereka mahu mula berubah kerana SPM semakin hampir. Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka...

Loceng berbunyi menandakan waktu kedua telah berakhir... aku berdiri perlahan-lahan kerana guru seterusnya telah berdiri di hadapan pintu.... mungkin juga kehairanan sepertiku... Ketika aku melangkah pergi, pelajar yang paling nakal dalam kelas tu dan juga pelajar yang sering menyakatku... mengangkat muka dan tersenyum kepadaku... Senyuman itu berbeza dari semalam dan yang sudah-sudah... Hati seorang guru tersentuh... aku bergegas pergi.... Biarpun mungkin mereka berubah untuk hari ini sahaja.... tapi aku tetap berbangga menjadi salah seorang guru yang mengajar di kelas itu. Aku akan terus menyayangi mereka dan mendoakan kejayaan mereka.... Semoga mereka mencipta keajaiban dalam Peperiksaan SPM nanti.... Semoga semua guru yang mengajar kelas ini meredhakan ilmu mereka.... Ya Allah! Berilah peluang kepada para pelajar ini untuk mengecapi indahnya nikmatMU....


p/s Semua gambar diambil dari web google

6 ulasan:

Oong-ong berkata...

hohoh..insaf lah kamu sebelum dikapaan kan...usatzah kat sekolah selalu ckp mcm ni =)

Asri Alam berkata...

biasa la camtu. igt pulak masa form six dulu selalu ngorat sorang cikgu bujang. walaupun kami kecoh, dia layan jgk :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Oong-ong : Alhamdulilah... hari ini mereka semakin baik...

Sasa : Bila menjadi guru... di sekolah, pelajar2 dianggap bagai anak-anak.... mengharap mereka menjadi yang terbaik dlm semua perkara... yg nakal dan suka mengusik cikgu biasanya pelajar yang menagih perhatian.... bila kita beri perhatian, mereka akan lebih mudah dibentuk.

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. sungguh mulia kerja sebagai seorang guru.. :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Hanz : Alhamdulilah... namun adakala kesabaran tercalar jua, semoga Allah mengampuni kami...

Unknown berkata...

semoga perubahan positif ini berkekalan..
tersentuh hati membaca tulisan ini..

LIKE DISINI

Layout