SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 30 November 2010

MISTERI KEMATIAN DUA BERADIK : MENINGGAL DUNIA SAMA SEHARI


KASIHMU... JIWAKU


Pak Tengah duduk termenung di serambi rumah.... merenung jauh tanpa memperdulikan jiran-jiran yang lalu-lalang. Sesekali dia mengesat air matanya yang berlinangan. Ibu.. wanita tua tempatnya bergantung selama ini akhirnya pergi dan tak akan kembali lagi. Wanita tua yang sering memujuknya supaya mandi.... Wanita tua yang menyediakan gulai nangka kegemarannya.... Wanita tua yang sering membelai rambutnya... Kini, wanita tua itu terbujur kaku di tengah rumah... Pak Tengah sedih.... Pak Tengah hiba.... Pak Tengah rasa kehilangan. Tetamu mungkin tidak tahu kesedihannya. Jiran-jiran mungkin tidak tahu betapa hiba hatinya... Adik-beradik juga mungkin tidak tahu betapa dia rasa kehilangan. Mereka hanya melihat Pak Tengah dengan pandangan kosong kerana Pak Tengah terencat akal sejak dari kecil lagi. Jauh di lubuk hati Pak Tengah.... masih tersimpan perasaan.

Selepas pemergian Ibu, Pak Tengah asyik termenung... sesekali air matanya akan berlinang. Petang itu, selepas jenazah Ibu disemadikan...Mak Usu memerhati Pak Tengah yang sedang termenung. Dari semalam Pak Tengah tidak menjamah walau sesuap nasi. Mak Usu mendekatinya... Air mata Pak Tengah deras mengalir membasahi pipi kerepotnya. Tersentuh hati Mak Usu... dirangkulnya tubuh kurus melidi Pak Tengah dan dalam esak tangis, Mak Usu memujuk abangnya. Hati seorang adik tersentuh.... Hati adik-beradik yang lain turut tersentuh. Masing-masing mengalirkan air mata.... Mereka baru menyedari yang Pak Tengah bersedih..... Pak tengah hiba.... Pak Tengah rasa kehilangan. Malam itu mereka bermesyuarat.... siapa bakal menjaga Pak Tengah. Adik-beradik Pak Tengah memang baik.... masing-masing bersedia menjaganya tapi Pak Tengah memilih untuk tinggal bersama Mak Usu iaitu adik mereka yang bongsu sekali.

Mak Usu tidak bersuami... Mak Usu juga tidak mempunyai anak...  Selama ini Mak Usu yang berkerja sebagai seorang guru tinggal seorang diri. Keputusan Pak Tengah untuk tinggal bersamanya diterima dengan gembira sekali. Dia tidak akan keseorangan lagi. Dia tidak kesunyian lagi seperti hari-hari kelmarin yang berlalu. Kebetulan pula, dia memang rapat dengan Pak Tengah sejak dari kecil berbanding adik-beradik yang lain. Dia berjanji akan menjaga Pak Tengah sebagaimana Ibu menjaganya dahulu. Seperti yang dijanjikan, Mak Usu menjaga Pak Tengah dengan penuh kasih sayang. Dia tidak pernah mengabaikan Pak Tengah walaupun adakala Mak Usu sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Makan dan pakai Pak Tengah dijaganya sebaik mungkin. Sekiranya Pak Tengah berdegil tidak mahu mandi.... Mak Usu akan memujuknya dengan lembut. Jika Pak Tengah enggan menjamah makanan, Mak Usu memujuknya dengan menyuapkan nasi ke mulut Pak Tengah.   

Disangka panas hingga ke petang, rupnya hujan di tengah hari.... Mak Usu diserang penyakit lelah. Dari sehari ke sehari penyakit lelah Mak Usu semakin teruk. Pun begitu... Mak Usu tetap juga menjaga Pak Tengah tanpa sedikitpun mengeluh. Sakit Mak Usu semakin teruk.... Mak Usu terpaksa bersara awal. Setelah sekian lama menghidapi lelah, tiba-tiba Mak Usu tidak boleh berjalan dan doktor mengesahkan Mak Usu lumpuh. Sejak itu Mak Usu terpaksa berkerusi roda. Dalam keadaan sakit begitupun, Mak Usu tetap menjaga abangnya dengan penuh kasih sayang. Mak Usu tidak pernah marah, apatah lagi menengking Pak Tengah walaupun adakalanya Pak Tengah meragam. Mak Usu benar-benar sayangkan abangnya.... Adik-beradik lain ingin menjaga Pak Tengah tapi Pak Tengah berkeras mahu tinggal bersama Mak Usu.

Tidak berapa lama selepas itu, Allah telah menjemput Mak Usu. Pak Tengah sekadar mendiamkan diri ketika adik-beradik dan jiran-jiran menguruskan jenazah Mak Usu. Walau bagaimanapun, mereka sedar... Pak Tengah berkeadaan murung selepas mengetahui Mak Usu meninggal. Ketika orang membaca Quran di sisi jenazah, Pak Tengah duduk di serambi tetapi sentiasa memandang ke arah jenazah. Dia juga memerhatikan dari jauh ketika jenazah Mak Usu dimandikan dan dikafankan. Dari raut wajahnya.... Pak Tengah sangat sedih.... Pak Tengah sangat hiba.... Pak Tengah merasa sangat kehilangan. Dia tidak berkata walau sepatah.... Dia tidak makan walau sebutir nasi.... Dia hanya memandang dari jauh dengan linangan air mata yang seakan tidak mahu berhenti.... Hati adik-beradik yang lain begitu tersentuh.... Hati jiran-jiran juga begitu... Berlinang air mata mereka melihat perlakuan Pak Tengah.

Ketika jenazah Mak Usu dimasukkan kedalam usungan, tiba-tiba Pak Usu bingkas bangun dar berlari menuruni anak tangga di serambi rumah. Pak Tengah menjerit-jerit memberitahu mahu ikut sama ke kubur.
"Usu.... abang nak ikut. Jangan tinggalkan abang Usu.... Abang nak ikut Usu.. Abang nak ikut Usu.... " Berkali-kali dia ungkapkan mahu ikut sama dikebumikan bersama adiknya yang memeliharanya sekian lama. Adik-beradik yang lain cuba memujuknya tapi rontaan Pak Tengah semakin kuat.... jeritan Pak Usu juga semakin lantang.. " Usu.... jangan tinggalkan abang.... Usu tak kasihan kat abang ke?? Nak ikut Usu... Nak ikut Usu..." Pak Tengah merayu.... Bimbang akan keadaan Pak Tengah, adiknya Talib memeluknya erat-erat.... Talib memujuk Pak Tengah.... Air mata Talib tidak tertahan lagi. Hatinya benar-benar hiba... Beberapa orang jiran juga mengalirkan air mata...



Mungkin kerana terlalu hiba hatinya, Pak Tengah rebah tidak sedarkan diri dalam pelukan adiknya, Talib. Suasana jagi kelam kabut.... Talib menangis dan menjerit meminta bantuan. Dalam masa mereka cuba memulihkan keadaannya inilah Pak Tengah menghembuskan nafas sebelum jenazah Mak Usu sampai ke tanah perkuburan. Talib menangis di sisi abangnya.... Bila mendengar berita ini, adik-beradik Pak Tengah di tanah perkuburan bertangis-tangisan.... mereka kehilangan dua insan yang mereka kasihi... jiran-jiran turut bersedih. Kasih dan sayang Pak Tengah pada Mak Usu terlalu dalam.... Sejak kecil dia memang rapat dengan Mak Usu dan dia juga mudah menerima teguran Mak Usu berbanding adik-beradik yang lain. Walaupun Pak Tengah dilahirkan terencat akal.... tapi hati dan perasaannya juga seperti insan yang normal...

p/s Cerita ini saya jadikan cerpen bersandarkan cerita benar yang ditulis oleh Idham Khalil. INTISARI, PP.58/6/2000. Sedikit tokok-tambah untuk menjadikan jalan ceritanya lebih berkesan.  
Gambar dalam cerita ini ikhsan dari web google...                           

13 ulasan:

gunsirit berkata...

Sedih juga cerita dia..

Sasa Al-Sharif berkata...

kesian cerita ni.. teringat muvi pensil. sebak betul tgk

Fuziani JSR berkata...

gunsirit : Mimang sedih bah....

Fuziani JSR berkata...

Sasa : Betul tu.... masih dlm koleksi akak. Cerita yg sangat menarik....

a.samad jaafar berkata...

pandei..pandei.. bagus mike menulih ghopenye hihihi..pstt..lomen secaghe rahsie..

Pencari Qurratuaini berkata...

untuk renungan bersama

MOH KEMBARA berkata...

Salam Fuzjee, buleh buat drama atau filem nih.

shameel Iskandar berkata...

sedih cerita ni, alangkah indahnya jka kasih sayang antara adik beradik sentiasa mekar mcm dlm cerita ni.

Fuziani JSR berkata...

Pencari Qurratuaini : Semoga cerita ini mendewasakan kita dlm mengenal erti adik-beradik...

Fuziani JSR berkata...

Kak Halimah : TQ...

Fuziani JSR berkata...

shameel : Betul tu.... yg kita lihat skrg, adik-beradik dok bertekak...

Cik Su berkata...

adui.. kecian nye.. kalau cik su pun tak tau la ape yang jadi.. akrab nye hubungan adik beradik kan..

::Cikgu Akim:: berkata...

saya suka baca cerpen!
citer ni sedih..tapi lau ending dia betui2 beremosi mesti bleh nages..heheh..pendapat je..

kalau tak keberatan komen la cerpen pertama saya~

http://loqkimagri.blogspot.com/2010/09/cinta-jasminum-sambac.html

LIKE DISINI

Layout