SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 25 September 2010

Hari Raya di Sabak Bernam

Tidak pernah merancang untuk tinggal di Sabak Bernam tapi akhirnya aku dan suami sependapat membeli rumah di sini. Suasana dan juga keselesaan di sini telah menambat hati kami untuk tinggal lebih lama dan mungkin lebih lama berbanding dengan apa yang telah kami bincangkan sebelum ini.... Jauh berbeza dengan kehidupan kami di Kajang selama 4 tahun. Walaupun kami hanya pendatang yang menumpang mencari rezeki tapi kami diterima dengan baik seperti saudara-mara. Jauh daripada kesibukan dan keegoan bandar besar, rakan sekerja dan jiran-jiran di sini amat mengambil berat. Traffic jam juga jarang-jarang berlaku... kalau adapun, hanya ketika perayaan tertentu. Setiap hari kita berpeluang membeli ikan yang masih segar, tidaklah membeli ikan yang perutnya dah terburai dan matanya semerah biji saga. Barang keperluan yang lain juga murah... Syukur alhamdulilah.
Satu lagi perkara yang menyebabkan aku jatuh cinta pada tanah ini... Masyarakat di sini menyambut Hari Raya selama sebulan. Di awal dulu, aku bagai terkena kejutan elektrik apabila rumahku masih dikunjungi tetamu biarpun sudah 3 minggu berada di bulan Syawal. Bermakna kehadiran bulan Syawal itu diraihkan sepenuhnya tidak seperti di tanah kelahiranku... Kg. Mondou, Tuaran, Sabah.. Syawal hanya disambut pada hari pertama dan kedua sahaja... memandangkan hanya keluargaku satu-satunya keluarga yang beragama Islam di kampung tersebut maka setiap tahun rumah kami menjadi medan... Aku tetap bersyukur kerana mereka masih sudi untuk memeriahkan Hari Raya... Aku juga tidak punya saudara-mara dekat yang beragama Islam. Kawan-kawan juga rata-rata tidak seagama denganku walau kami sebangsa.. Jadi setakat itu kemeriahan Hari Raya yang dapat akun rasakan.
Satu istilah yang sinonim dengan bulan Syawal di sini ialah 'Baraan". Maksudnya... lebih kuranglah.. Semangat kunjung-mengunjung dalam bentuk berkumpulan. Baraan tempat kerja, baraan kampung, baraan taman dan banyak jenis baraan lagi. Bagiku, baraan seumpama ini banyak kebaikannya. Menerusi baraan seumpama ini, kita dapat mengeratkan silaturahim, berkenal-kenalan, kunjung-mengunjung dan sebagainya. Kalau dulu, aku hanya mengenali beberapa orang jiranku semasa aku tinggal di Kajang kerana masing-masing sibuk mengejar dunia tapi di sini.... ramainya yang mengenaliku dan aku juga mengenali ramai jiran-jiranku... Semuanya jasa...BARAAN.. Semoga budaya ini akan terus dipelihara dan diwarisi oleh anak-anak kita...

Tiada ulasan:

LIKE DISINI

Layout