SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 28 September 2010

AKU DAN FADHILAT MEMBACA AL-QURAN

Aku memeluk Islam ketika di usia yang masih muda. Semasa di tingkatan 5, aku masih tidak boleh membaca al-Quran menyebabkan aku mengambil subjek seni untuk menggantikan subjek Pendidikan Islam. Aku teringin untuk belajar tapi ustaz dan ustazah yang silih berganti di sekolahku, sebuah sekolah jenis kebangsaan tidak pernah memahami masalahku.
Ketika aku di tahun 1 di UKM, aku berkenalan dengan seorang pemuda yang kini telahpun menjadi suamiku. Ibunya... iaitu mertuaku, memahami masalahku dan tanpa lengah dia mengajar aku bermula dengan Muqadam pada usia 22 tahun.... Murid tua. Alhamdulila, aku hanya mengambil masa 2 minggu menghabiskan Muqaddam tersebut dan aku mula mengaji Quran. Selama 3 bulan cuti semesterku aku habiskan belajar mengaji dengannya dan alhamdulilah, aku khatam akhirnya. 
Mak Mertua aku pernah berkata bahawa membaca Quran itu banyak fadhilatnya... Rasulullah s.a.w., pernah berkisah tentang seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Lelaki itu kemudiannya bertanya kepada makhluk tersebut "Siapa kamu?"
"Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam" makhluk itu menjawab. Setelah berfikir sejenak barulah lelaki tersebut menyedari yang makhluk tersebut adalah al-Quran yang dibacanya setiap hari. Kemudian makhluk tersebut memimpinnya untuk bertemu dengan Allah.. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci.
 Lelaki itu bertambah terkejut apabila Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepadanya. Perhiasan-perhiasan syurga itu turut diberikan kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.
"Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?" tanya kedua ibubapa lelaki tersebut kepada malaikat dan malaikat menjawab "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah besar sungguh ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada kita. Pahala membaca al-Quran itu  tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita. Oleh kerana itu, arwahnya ibu mertuaku sempat berpesan kepadaku sebelum menghembuskan nafas terakhirnya  agar aku terus membaca al-Quran dan memastikan semua anak-anakku celik al-Quran. Dia turut berpesan  supaya membacanya tiap hari walaupun stakat sepotong ayat sahaja. Semoga hendaknya kita akan tergolong di dalam golongan mereka yang beringat dan diberkati Allah. InsyaAllah!!!

Tiada ulasan:

LIKE DISINI

Layout