SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Khamis, 30 September 2010

BAHAR - BAH GAMAN MARI KITA SINGARUNG!!!!

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok yang serba guna kerana setiap inci pokok kelapa ada gunanya kepada manusia. Pada musim perayaan, terutamanya semasa Hari Raya Puasa... semua orang sibuk mencari daun kelapa muda untuk dibuat kelongsong ketupat, lidinya dibuat penyapu lidi, buahnya yang muda boleh dimakan dan airnya dijadikan minuman yang enak. Buah kelapa tua pula boleh dijadikan minyak. Batang kelapa pula boleh dibuat titi..  memang banyaklah kegunaannya!
Di Sabah, terutama di Daerah Tuaran... pokok kelapa menjadi sumber pendapatan yang agak lumayan. Bukan kerana daunnya, bukan kerana lidinya, bukan kerana buahnya dan bukan juga kerana batangnya. Pokok kelapa menjadi sumber pendapatan kerana menghasilkan air nira yang menjadi minuman kegemaran di Kelantan dan di beberapa buah negeri di Semenanjung. Tetapi... air nira yang dijual di Sabah bukan seperti air nira di Semenanjung. Air nira di Sabah ditambah dengan sejenis kulit kayu yang menukarkan warna air nira daripada kekuning-kuningan kepada warna merah. Kulit kayu atau dikenali sebagai 'sorok' dalam kalangan masyarakat Dusun Tuaran juga menukarkan air nira daripada sejenis minuman penghilang dahaga kepada sejenis minuman yang memabukkan yang dipanggil 'Bahar' oleh orang-orang Sabah.
Bahar ini akan dimasukkan ke dalam botol mineral water yang kecil dan akan dijual di pasar atau di tepi-tepi jalan. Sekiranya terlihat botol-botol berisi air berwarna kemerah-merahan di pasar ataupun di gerai-gerai tepi jalan di Sabah, jangan dibeli kerana itu pastinya 'bahar'. Biasanya mereka menjualnya RM3 sebotol ( beberapa tahun dahulu, sekarang ni penulis tak pasti berapa harganya ). Menurut mereka, rasa 'bahar' ni mengikut kualiti 'sorok' yang digunakan. Ada yang manis, ada yang masam dan ada juga yang masam-masam manis dan sedikit rasa pahit. 'Bahar' yang berkualiti dikatakan yang mempunyai warna merah yang cantik iaitu tidak terlalu merah dan tidak terlalu jernih. Rasanya pula, masam-masam manis dan sedikit rasa pahit - yang ni menjadi kegemaran ramai.

Tempat penyimpanan 'bahar' yang popular dalam kalangan masyarakat Dusun Tuaran ialah 'tukil'. 'Tukil' diperbuat daripada pokok   bambu             ( pokok buluh ) yang mempunyai ruas yang agak panjang dan bersaiz besar. Pokok bambu tersebut dipotong, dikeringkan dan diletakkan tali agar mudah untuk dibawa kemana sahaja terutama semasa perayaan tertentu.
Sesuai dengan peredaran zaman, ramai generasi muda sekarang yang sudah tidak tahu membuat 'bahar' walaupun masih ada sebahagiannya yang masih mencari 'bahar' ketika perayaan tertentu kerana menurut mereka, minum 'bahar' tidak menyebabkan mereka sakit kepala berbanding dengan minum 'tapai' atau minuman keras yang berlambak di pasaran.

Tiada ulasan:

LIKE DISINI

Layout