SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Khamis, 30 September 2010

BUAH BAMBANGAN

Negeri Sabah menyajikan pelbagai jenis buah-buahan yang mungkin tidak pernah dilihat dimana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia seperti buah bambangan. Buah Bambangan merupakan sejenis buah yang berwarna cokelat berbentuk hampir bulat dan buah bambangan merupakan salah satu spesis mangga liar. Isinya berwarna kuning dan mempunyai urat-urat halus seperti buah machang yang terkenal di semenanjung.  Adakala buah ini manis dan ada juga yang masam. Buah ini boleh dimakan apabila telah masak seperti buah mangga yang lain.  Apabila masak, ia mengeluarkan bau yang kuat dan mungkin tidak disenangi  sebahagian orang.
Walaubagaimanapun, mereka yang bercadang mahu mencuba buat pertama kali haruslah berhati-hati kerana kulit luarnya yang bergetah haruslah dibuang terlebih dahulu bagi mengelakkan getahnya yang boleh menyebabkan kulit akan luka seperti kesan melecur.
Buah bambangan bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, buah ini juga boleh dijeruk dan dimakan bersama nasi. Buah bambangan yang telah masak, dikupas kulit luarnya. Setelah dibersihkan, dipotong mengikut saiz yang dikehendaki tapi pada kebiasaannya, dipotong sebesar dua jari supaya senang untuk dihidang. Bijinya dibelah untuk mengambil bahagian dalamnya yang lembut kemudian diparut. Isi dan juga biji yang diparut tadi disatukan dan digaulkan bersama garam. Setelah digaul rata, dimasukkan ke dalam bekas kedap udara bagi memastikan jeruk ini tidak busuk. Ada sesetangah orang menambahkan cili padi terutama kepada mereka yang gemar makanan pedas.

1 ulasan:

a.samad jaafar berkata...

selamat menulis.. mewakili org sabah ye..

LIKE DISINI

Layout