SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 13 Disember 2011

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN....

Semalam yang kutinggalkan..
Aku mengawas STPM  bagi menggantikan kawan yang tidak dapat hadir menjalankan tugas kerana hal yang tidak dapat dielakkan. 
Huh! Mengantuknya!!!!!

Nak hilangkan rasa ngantuk yang dah tahap gorila... Akupun keluar ke balkoni... Sambil memerhati gelagat sekumpulan pelajar yang sedang leka bermain bola tampar. Teringat zaman persekolahanku - 1986 - SMK Badin Tuaran, Sabah - Tingkatan 2 Melur. Tiba2 rindu bersarang... Mereka teman2 yg hebat....


Jejak kasut ( istilah yang dipinjamkan daripada Tuty Ismail Ahoi ) menerusi FB sejak April, 2011 dan akhirnya... reunion berjaya diadakan pada 26hb. November, 2011. Waaaaaaaaaaaaa!!!!! aku pula x dapat hadir.





Walaupun tidak hadir bersama... Sekurang-kurangnya usaha menjejaki mereka berjaya!!!
Tahniah kepada barisan AJK Reunion yang diketuai oleh:

En. Ramli Maderaman ( Pengerusi )


dan Madam Lebiah Tang ( Setiausaha )


Tahniah! Tahniah! Semoga 2nd reunion dapat dilaksanakan.

LEMBAYUNG SENJA

Semilir berlalu membawa khabar..
Katanya hari sudah semakin tua
Lembayung jua sudah merangkak pergi
perlahan...
dan di situ aku temui kamu
berdiri dipucuk angsana
melihat ombak yang berlari
seakan menghala ke lautan luas
melihat jauh ke dasar kenangan
kau menyapaku..
kau memimpin tanganku..
kita terbang di balik masa
menyudahkan lakaran jiwa..
antara kau dan aku
kini kita bahagia...
bisa tersenyum menyapa kenangan

10 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yong Fuzjee,

Oh gambar reunion. Sayang Fuzjee tak de, tentu sonok jumpa kawan2 lama.

aemynadira berkata...

bestnya reunion....sy pun rindu kwn2 zaman sekolah, xtau lg bila mau buat reunion dgn dorg..huhu..

MulutPayau berkata...

Reunion mmng mnyeronokkan....dapat jmpa kawan2 lama dan Fb jugak yg mnemukan kami...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

MOH KEMBARA : Sedih kak x dpt bersama mereka ari tu tapi nak buat cam ne... mmg x de rezeki le gamok nye.. Terlalu bnyk cerita yg boleh dikongsi setelah berpuluh tahun x bertemu.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Aemy Shamy : Mmg best! X dapat hadir masa dinner tu tp sblm tu dapat juga jumpa masa meeting... Riuh-randah suasana.... ( Aemy.. kenapa akak x leh masuk blog Aemy ye? )

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

MulutPayau : Ya... alhamdulilah, FB telah menemukan kami semua.. hampir semua. Seronok mengetahui semua mereka sudahpun berjaya...

eMMe berkata...

kalo teringat kisah lama time muda2 dulu, mesti tak jadi ngantok, hehehe..akak fuzee jgn, nnt budak2 ni meniru lak, awasi mereka dgn mata yg segar, hehehehe....

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe : Tak pe... kalau niru, akak karate tengkuk bebudak tu!! hihihihi Bila nengok muka akak yg garang ni... tak berani bebudak tu... Pakai jeling jer!

sekamar rindu berkata...

salam....

bestnya dapat berjumpa dengan rakan2 lama...mesti byk yg diborakkan tu kan.??

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sekamar Rindu... terlalu banyak yg diborakkan... Tapi rasanya kalau timbang kati... gelak lagi banyak kot. Sampai keluar air mata gelak bila masing2 mengenangkan kenakalan zaman persekolahan.

LIKE DISINI

Layout