SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Ahad, 11 Disember 2011

MATI ITU SATU KEMESTIAN....



"Mati itu Satu Kemestian". Tajuk ceramah Ustaz Shukri bin Mat semalam semasa menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah. Dan.... dalam jam 10 pagi tadi, aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang kenalanku dan suami semasa di UKM dahulu. Perginya secara mengejut.... bagai disentap, direntap dari pangkuan keluarganya. Aku seperti tidak percaya ketika suami menghubungiku kerana baru Jumaat lepas dia dan suamiku ber'sms'...... berbincang, bercerita  tentang rancangan mereka untuk mengadakan percutian keluarga di Bukit Merah, Perak bersama beberapa rakan suami semasa di UKM dahulu. Menurut cerita yg didengar, selapas itulah dia rebah dan kemudiannya dihantar ke hospital. Namun malaikat Izrail telah mengambil rohnya semasa dalam perjalanan.

Tanpa aku sedar.... air mata ini hadir lagi. Betapa Allah itu Maha Mengetahui segalanya, betapa Allah Maha Penyayang kepada umatnya..... Aku yang terlupa bahawa aku cuma meminjam nyawa yang berharga ini dari Allah ketika mana aku dilahirkan ke dunia dahulu. Allah telah memberikan aku hidayahNya dengan memilih jalan yang benar 24 tahun yang lalu tapi aku mensia-siakankan semuanya demi mengejar duniawi. Ternyata aku umatnya yang tamak.... Ya Allah! Terima kasih kerana hidayahMu.... Syukurku atas kasih dan sayang yang KAU limpahkan kepadaku selama ini.

Kesedihan hari ini.... atas pemergian seorang teman memberikan aku sedikit kesedaran. Namun aku insanMu yang lemah Ya Allah.... Pimpinlah aku! Berikanlah aku hidayahMu... Berilah hidayahMu kepada umatMu yang semakin lalai mengejar asyiknya duniawi. Aku tidak mampu mengharungi lautan kehidupan yang bergelora tanpa pelampung iman. Aku tidak berdaya merentasi gurun kehidupan yang sering dilanda ribut dugaan tanpa manisnya agamaMu. Dan.... aku tidak mampu mendiami dunia kehidupan yang penuh dengan arus kelekaan tanpa petunjukMu... Amin.

Semoga roh kenalanku yang telah menerima jemputan Allah itu ditempatkan dalam kalangan mereka yang diampuni. Al-Fatihah...

14 ulasan:

Panglima Muda berkata...

salam... orang sabak bernam ke..? ayah saya orang sabak bernam, ibu saya orang orang hulu selangor

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Penglima Muda : Saya merantau dari Negeri Dibawah Bayu tapi sudah lama menetap di Sabak Bernam.

eMMe berkata...

Kak Fuzee.....maafla, lame tak singgah, coz lame tak buka blog, mood blogging baru ade ni..jap ada jap takde...cam biskot,...


pst: moga hari indah buat kak fuzee dan famili..cuti skolah tak mo jalan Putrajaya ke? heeee...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Adikku emme... xpe, akak faham. Mcm akak jga... tengah ada mood... rajinlah intai blog ni... Kalau mood terbang, alamat berhantu blog akak. Ada cadang bawa anak2 ke I city... kalau jadi, boleh juga singgah jenguk emme.

ghost writer berkata...

semoga rohnya dirahmati Tuhan...

abuikhwan berkata...

Salam takziah, semoga tabah...

blog-tips-kurus berkata...

*Allah > menyayanginya..
*Allah juga > menyayangi kawan saya.

Abu Luqman berkata...

salam ziarah pagi

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum Yong Fuzjee,
Pe kabor? Sihat? Mak Fuzjee dah makin pulih? Semoga semua sihat. Memang mengingati mati seharus jadi amalan kita supaya tak lupa diri, sedor akan kelemahan kita, bersyukur akan nikmatNya dan bersiap diri dan mempertingkatkan ibadat utk bekalan.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

ghost writer : Amin...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

abuikhwan : Terima kasih.... Semoga keluarganya arwah diberikan ketabahan dan kekuatan...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

blog-tips-kurus : Semoga Allah menyayangi kita setiap saat...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Abu Luqman : Terima kasih kerana sudi datang bertandang ke blog CSR yang lama tidak berpenghuni ni...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

MOH KEMBARA : Wa'alaikum salam kak. Alhamdulilah... mak semakin sembuh cuma masih menjalani pemeriksaan lanjutan. Terima kasih kak... Semoga menjadi renungan kepad kita semua...

LIKE DISINI

Layout