SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Isnin, 19 Disember 2011

Nasi, ubi dan ambuyat... dalam kenangan.




"Unga... kanapa juga ko nda mo makan ni? Tadi bilang lapar.." Seorang atuk bertanya pada cucunya yang sedang merenung nasi di dalam pinggan.

"Ntah... macam nda lapar pula. Sia makanlah nanti kalau sia lapar" Si cucu memberi dalih.

"Ko nda lapar atau ko nda mo makan tu nasi abis dikasi campur sama ubi?" Si atuk menyindir. Cucu kesayangan atuk hanya mengangkat bahu tanpa memberikan jawapan. Sebenarnya dia sudah bosan makan nasi yang ditanak bersama ubi bagi menjimatkan beras memandangkan kehidupan mereka yang agak kesempitan.

"Bha.. apa bulih buat kalau ko nda mo makan. Kalau perang, ko lah yang mati kalau ko memilih makan mcm ni" Si atuk berleter. 

"Ko sikullah tinggi-tinggi... cari karaja yang bagus supaya ko banyak duit. Ndalahlah ko makan nasi yang dikasi campur ubi macam ni" Si atuk menyambung dan hari itu si cucu nekad tidak mahu makan kerana tekaknya sudah tidak boleh menerima nasi yang ditanak bersama ubi.

 Hidup ketika itu bergelumang dengan kesempitan... Hanya satu pot nasi yang digunakan kemudian dicampur dengan ubi keledek, ubi keladi dan ubi kayu... tujuannya untuk berjimat memandangkan padi yang banyak akan dijual untuk membeli keperluan yang lain.... itupun adakala tidak mencukupi... dan terpaksalah mereka makan ambuyat. Lagilah tekak si cucu tidak boleh menerimanya.



----------------------------#################----------------------------

Ama.... Kini aku sudah berkerjaya dan alhamdulilah.... aku sudah tidak perlu makan nasi yang dicampur dengan ubi atau makan ambuyat lagi tapi........... Ama dan Ina sudah pergi sebelum sempat melihat aku berdiri...... Sebelum sempat melihat aku mengapai impian..... Sebelum sempat aku menjaga Ama dan Ina sebagaimana Ama dan Ina menjagaku..... Ampunilah cucu Ama dan Ina ini yang dahulu tidak pernah mengerti..... aku rindu pada Ama dan Ina... pada rasa nasi yang dicampur ubi dan ambuyat.... Semoga Allah pelihara kalian di sana.


17 ulasan:

Jurnal Murahan berkata...

ambik masa jugak saya nak paham karangan ni hahaha

al-lavendari berkata...

doakan roh mereka berada didalam golongan roh2 mukhlisin dan buatlah sedekah dan niatkan pahalanya kepada mereka.

terima kasih kerana sudi singgah, komen dan follow blog saya.

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yong Fuzjee,

Akak penah makan ambuyat kwn dr Sarawak bawak. It's an acquired taste, tapi sampai kenyang gak akak makan sbb dia siap bawak sayur pucuk paku dan gulai asam!

eMMe berkata...

kak Fuzjee, ape rasa gluey poridge tu kak...tawar ke manis, cam gam kanji, lain kan kak.....

MulutPayau berkata...

memang kenangan itu sukar utk dilupakan....saya juga sprti CSR..sllu membrontak ketika makan......mngkin masa tu kita tak faham erti kehidupan..erti kesusahan.....
Alhmdulillah...bersyukur dgn apa yg ada sekarang...

Panglima Muda berkata...

salam.....sedaptu

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

JM : Hahahahaha.... Saya baru belajar menulis tambah kucar-kacir bila menggunakan bahasa melayu Sabah... Next time saya akan cuba sertakan dengan terjemahannya sekali...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

al-lavendari : Terima kasih atas kunjungan balas. Sentiasa memanjatkan doa buat mereka biarpun mereka pergi ketika belum sempat mengucapkan syahadah.... Biarlah segalanya Allah yang tentukan.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

MK : Kalau di kampung tu biasanya dimakan dengan ikan cerut masak pindang ( kat sana panggil ikan masak rebus jer ) yang dimasak dalam periuk tanah liat. Pantang sungguh masa kecil-kecil dahulu... mesti muncung panjang sejengkal tapi sekarang ni... tekak mau je.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe : Itulah ambuyat namanya. Antara makanan tradisi Sabah yang terkenal. Diperbuat daripada sagu rembia. Tawar jer rasanya.... Makan kena guna penyepit ala-ala chopstick.... putar2 kemudian celup dalam kuah ikan.... Sedap! Cuma masa kecik dulu Kak Ani pantang sekali.... tak suka! Sampai merajuk

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

MulutPayau : Ya... Selalu jadikan cerita pada anak-anak.... biar mereka tahu menghargai setiap yang telah Allah beri.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

PM : Memang sedap tapi adatnya... anak-anak kecil tak suka makan makanan ni.... Anak-anak saya kata "Mcm mana nak makan tu Umi... macam gam jer... " hihihihihi.

sekamar rindu berkata...

salam...

setiap insan di dunia pasti akan rasa "kesempitan hidup" walaupun sekaya mana pun seseorang itu..

Norgadis Labuan berkata...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

sekamar rindu berkata...

salam..

selamat menyambut tahun baru 2012..

Norgadis Labuan berkata...

Terima kasih atas segala-galanya...

http://norgadis.blogspot.com/2012/01/27-award-2011-dari-sahabat-blogger.html

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sekamar rindu & Norgadis : Selamat tahun baru biarpun dah 20 hari di tahun 2012...

LIKE DISINI

Layout