Suami memecut kereta dengan laju membelah hujan yang turun dengan lebatnya.... Kami terpaksa sampai ke Klinik Pakar Rajindar di Teluk Intan sebelum jam 5.00 petang. Esok umat Islam di negara kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.... Maka hari ini merupakan hari persekolahan yang terakhir bagi kami, Hari Rabu.... Cuti umum, Hari Khamis.... Cuti peristiwa dan Hari Jumaat... Cuti Khas. Pagi tadi... kami menyambut Hari Kualiti dan seperti biasa.... mungkin juga tetap dan berpencen... sekali lagi aku memikul tanggujawab untuk menjadi pengacara majlis walaupun aku berusaha menolak pada awalnya... kerja yang nampak mudah tapi amat berat sebenarnya bagiku pada saat ini.... Sepanjang majlis berjalan.... sesekali aku kehilang fokus.... entah mengapa hati ini berdebar dan mata kananku asyik bergerak-gerak... Ya Allah!!! Hindarilah perkara buruk dalam hidupku....
Tiba-tiba lamunanku terhenti.... suami terpaksa memberhentikan kereta untuk mengelakkan sebuah motor yang keluar dari simpang. Syukurlah suamiku perasan... Sepanjang jalan aku menyepi, aku kehilangan kata-kata... suamiku juga berdiam diri.... mungkin bimbang kehilangan fokus semasa memandu dalam hujan lebat.... anak-anak pula tidur dengan nyenyak. Ibu juga diam seribu bahasa.... Aku akui... aku sebenarnya takut.... bimbang.... dan macam-macam lagi perasaan yang kurasakan ketika itu... Tiba-tiba aku teringatkan arwah ayah ( ayah tiri ) yang pergi meninggalkan kami pada 11hb. Mac yang baru lalu.. Aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.... walaupun dia sekadar bapa tiriku tapi kasih dan sayangnyalah yang telah membesarkan aku..... titik peluhnyalah yang telah menjadikan aku manusia dan pengorbanannyalah yang telah mendewasakan aku.... Namun... kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik... Mataku terasa panas dan air jernih mula mengalir di pipiku.... Suamiku mungkin perasan aku menangis dan dia menggenggam erat tanganku.... Aku menarik nafas dalam-dalam dan menyapu air mataku kerana bimbang Ibu perasan aku menangis.....
Pada 7hb. November.... ibu mengadu sakit perut dan kata Ibu ada sedikit pendarahan. Aku bergegas membawa Ibu ke klinik dan doktor mengesahkan rahim Ibu membengkak.... Doktor telah memberikan sepucuk surat dan Ibu dirujukkan ke klinik pakar Rajindar di Teluk Intan. Pada keesokan harinya, kami membawa Ibu ke klinik tersebut.... doktor mengesahkan rahim Ibu membengkak dan perlu menjalani DNC.... Aku mula diburu kebimbangan.... keputusan DNC tersebut akan diketahui hari ini. Aku memohon kepada Allah.... jangan lagi menguji diriku lagi kerana aku sudah tidak mampu.... aku tidak mahu menangis lagi.... aku tidak mahu kehilangan lagi.... Ina, Ama dan ayah telah meninggalkanku.... yang tinggal hanyalah Ibu..... Aku, suami dan anak-anak masih dambakan kasih dan sayang Ibu...... Ya Allah! berilah ruang dan masa bagiku untuk berbakti dan mengembirakan Ibu....
Tepat jam 5.00 petang kami tiba di hadapan klinik tersebut.... Hanya Allah yang tahu betapa kencangnya debaran yang kutanggung ketika itu. Ketika aku dan Ibu masuk ke dalam.... jururawat yang berada di kaunter mengarahkan kami terus ke bilik doktor.... Aku gengam tangan Ibu erat-erat dan aku memeluknya kerana aku tahu Ibu juga takut dan bimbang sepertiku.... "Ibu... apapun yang bakal doktor katakan.... Ibu harus kuat dan kita akan harunginya bersama-sama" Aku berbisik pada Ibu..... Ibu memandangku dan mencium dahiku.... " Ibu sayangkan ani.... dan cucu2 Ibu" Senyuman ibu memberikan aku sedikit kekuatan.
Ketika kami masuk ke bilik doktor.... doktor mengarahkan jururawatnya mengambil fail keputusan DNC Ibu... Aku seakan tidak boleh bernafas.... Setelah doktor membelek fail tersebut.... Dia memandangku dan Ibu.... dia seakan mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara..... Aku tarik nafas sedalam mungkin untuk mencari sedikit kekuatan. Aku sempat menjeling ke arah Ibu dan Ibu kelihatan begitu tenang sekali. Sesungguhnya Allah telah mengirimkan seorang Ibu yang begitu tabah kepadaku..... Ibulah yang menjadi sumber kekuatanku selama ini. "Hasil ujian menunjukkan ada ketumbuhan dalam rahim puan dan telah dikenalpasti bahawa ketumbuhan itu sejenis KANSER". Kaki dan tanganku menggeletar.... Ya Allah!!! Beratnya dugaanMU ini..... Ibu nampak tenang dan aku berusaha untuk tidak menangis....Doktor meminta kami menunggu di bilik menunggu sementara beliau menyiapkan sepucuk surat untuk tindakan kami yang selanjutnya....
Ketika berada di bilik menunggu, aku perasan wajah ibu berubah dan ada air yang bergenang di kelopak matanya.... tiba-tiba.... air jernih itu mengalir perlahan-lahan membasahi pipinya. Aku memeluk Ibu seerat-eratnya.... "Ibu... sabarlah... kita akan harungi segalanya bersama. Ibu harus kuat....." Hanya itu yang mampu aku bisikkan. Aku cuba menahan air mataku daripada jatuh..... tapi aku hanyalah insan yang lemah..... Setelah tangis Ibu semakin reda.... aku bergegas keluar untuk memberitahu suami dan anak-anakku..... Keluar sahaja aku bilik menunggu.... air mataku sudah tidak mampuku tahan lagi... air matakubercucuran selebat hujan yang turun. Remuk hatiku melihat Ibu menangis..... hancur hatiku melihat kekuatan Ibu hilang.... Aku membiarkan hujan membasahi diriku dan suamiku seakan faham.... mendekati diriku dan memeluk diriku.... " Doktor mengesahkan Ibu menghidapi KANSER RAHIM " Hanya itu yang mampu aku katakan. Anak perempuan sulungku menyusul keluar bertanyakan keadaan neneknya..... aku kehilangan kata-kata.... Ya Allah!!!! Berilah hambaMU ini kekuatan untuk mengharungi segala ujian dariMU....."........
p/s Ibu akan menjalani ujian darah dan juga CT Scan di Hospital Ipoh pada 23hb. November ini bagi menentukan setakat mana seriusnya masalah Ibu. Aku mohon agar teman-teman mendoakan Ibu dan Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kami......
16 ulasan:
YA ALLAH... berlinangan air mata saya kak... Semoga akak tabah mhadapi dugaan ini krn in membuktikan ALLAH sayangkan akak dgn memberi dugaan ini untuk menguji keimanan dn kesabaran akak...
Insya ALLAH, ibu akak akan selamat... doa saya akan mengiringi akak dn ibu akak... akak jaga diri ya... =(
Asma : Terima kasih Asma... Doa teman-teman adalah sebahagian kekuatan akak saat ini. Akak yakin... di sebalik setiap ujian itu ada hikmahnya.... Akak juga yakin... Allah telah merancang yang terbaik untuk kami...
banyak cabaran dan dugaan. akak penah dengar jin penyebab kanser. ada yang tahu mengubati penyakit ni dengan cara alternatif lain
merawat jin barah
Sasa : Pernah dengar dan akak sedang berusaha mencari mereka yang berkemahiran dalam jin2 ni...
saba ye kak...
ordinary : TQ... alhamdulilah, sokongan teman2 memberikan sedikit kekuatan...
air mata oh airmata..kau selalu menjadi saksi dalam kenangan
salam
sabar byk2 ye,kak..semoga akak tabah dan semoga ibu akak akan kembali sehat..amin.
ya allah..sedih ifa sis..menangis ifa baca n3 nie..sis..moga sis kuat yaa..allah hnya menguji hambanya yg kuat sis..
sedih membaca catatan ini.. semoga fuziani tabah & menjadi tunggak kekuatan ibu...
Salam, be strong Fuzjee. Bila ahli keluarga sakit, yg lain pun rasa sakit, memang menanggung sama. Akak teringat penah masuk mesin CT Scan dulu, Alhamdulillah takder apa.
Arif : Sesungguhnya hanya air mata yang mampu meredakan sedikit kesedihan yang membeku...
Huda : Teroma kasih.... Amin.
Ifa : TQ.... akak akan terus tabah dan redha dgn dugaan ALLAH...
kakyong : TQ dan ani akan terus tabah dan kuat kerana ani tahu ketabahan dan kekuatan kami adalah ketabahan dan kekuatan ibu...
kak halima : TQ... hari ini ibu menjalani CT Scan utk mengetahui setakat mana seriusnya sakit ibu...
Catat Ulasan