SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 18 Oktober 2013

CERPEN : KELAM DI BALIK MENDUNG

Pic dari wall salah seorang rakan fb
"Kenapa masih mengharap Gee, kan aku dah kata.... dia cuma nak permainkan perasaan kau. Semua org kampung tahu dia tu mata keranjang. Habis anak gadis kampung disapunya. Lupakan je... ramai lagi lelaki lain yang jauh lebih baik kat kuar sana"
      Kata2 itulah yang akhirnya menyebabkan Zizie Mazliyana nekad melupakan Iqbal Muzaimme. Jejaka pertama yang mencuri hatinya. Sesekali balik ke kampung, Zizie tetap mencari kalibat Iqbal tetapi Iqbal seakan-akan lenyap dari muka bumi. Keegoan Zizie menyebabkan dia tidak pernah bertanya sesiapa tentang Iqbal biarpun hatinya merintih.
    Lima tahun selepas itu, Zizie menyambung pengajiannya ke Australia. Sesekali kembali ke tanah air, Zizie masih mengharap terserempak dengan Iqbal. Harapan Zizie tinggal harapan. Akhirnya Zizie memecahkan tembok keegoannya ketika bertembung dengan Maisarah semasa balik dari kedai Pak Ali.
     Maisarah, adik Iqbal semakin kurus berbanding dahulu. Ibu ada memberitahu Zizie yang Maisarah berkahwin dengan Johan, pemuda yang menjadi kegilaan gadis-gadis dikampung kerana ketampanannya.
"Mai, lama tak dengar khabar Iqbal. Iqbal kat mana sekarang?" Zizie bertanya setelah hampir setengah jam dia bersembang dengan Maisarah di bus stop kampung mereka.
    Barulah Zizie mengetahui yang Iqbal sudah lama meninggalkan kampung dan sendiri Maisarah tak tahu kenapa Iqbal mengambil keputusan senekad itu.Mereka juga tidak tahu kemana Iqbal selama ini. Puas mereka mencari tapi mereka tidak dapat menjejakinya. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, air mata Zizie mengalir lesu. Sejak itu, Zizie nekad untuk memadamkan nama Iqbal dalam diary hidupnya.
    Masa berlalu dan akhirnya Zizie memilih jejaka Australia sebagai suaminya. Zizie juga mengambil keputusan untuk bermastautin di bumi Australia biarpun ditegah oleh kedua orang tuanya. Sesekali Zizie pulang menjenguk keluarganya di Malaysia. Zizie juga jarang bertandang ke rumah jiran-jiran bila di kampung... segan katanya.Setiap kali pulang ke kampung, banyak masa Zizie habiskan di rumah sahaja.
      Lazimnya lautan pasti bergelora, begitu juga dengan rumah tangga Zizie. Hubungan mereka semakin renggang dengan kehadiran orang ketiga. Berkali-kali Zizie menyuruh suaminya berkahwin dan menceraikannya tapi setiap kali menyuarakan perasaannya, suami Zizie akan meninggalkan teman wanitanya. Alasannya... dia sayangkan Zizie dan tak sanggup kehilangan Zizie. Zizie jadi serba salah... bingung dan tertekan tapi Zizie tidak pernah berkongsi masalah itu dengan sesiapa. Mereka dilihat sebagai pasangan yang sangat sempurna.
    Zizie pasrah dengan takdir dirinya. Menerima segalanya biarpun hatinya sering terluka. Biarpun jauh dari tanah air tapi Zizie tetap mengikuti perkembangan teman2 menerusi laman facebook. Ditakdirkan akhirnya Zizie terjumpa gambar Iqbal di wall salah seorang teman. Zizie teringat semula kenangan zaman remajanya di kampung. Hati Zizie terusik kembali. Namun Zizie pendamkan segalanya.
     "Gee, semalam I jumpa Amran dengan seorang perempuan, bukan main mesranya. Muda sangat perempuannya.... agaknya pelajar Malaysia kut. Free hair budaknya". Bagai halilintar menyambar hati Zizie. Patutlah sejak kebelakangan ni Amran sering tidur lewat, rupanya berchatting dengan buah hati. Zizie pendam semuanya.... Zizie telan semuanya... zizie redha segalanya. Penyesalan sering memburu Zizie sejak kebelakangan ini. Zizie menyesal kerana degil.... Zizie menyesal kerana membelakangi perasaan orang tuanya ketika memutuskan untuk berkahwin dengan Amran, anak Datuk Kamarul yang menetap di Australia.Zizie rindukan ibu.... Zizie rindukan kampung. Zizie rindukan kehidupan yang sederhana di kampung. Air mata Zizie tumpah kesekian kalinya. Zizie mahu pulang tapi Amran tidak mengizinkan. 
     Setelah beberapa bulan, Zizie terperanjat bila Iqbal tiba-tiba menyapanya di laman fb. Zizie terkedu..... Zizie terdiam... segalanya di luar jangkaan. Zizie membiarkan sahaja sapaan itu tidak berjawab. Zizie takut bermain dengan perasaannya terutama ketika hatinya begitu terluka dengan sikap Amran. Namun Zizie tidak mampu bertahan. Jauh di sudut hatinya, masih ada rindu pada insan bernama Iqbal. Akhirnya Zizie menerima sapaan itu biarpun rasa serba salah. Iqbal masih ramah dan nakal seperti dahulu.Zizie cuba bertanya kenapa Iqbal menghilangkan diri namun Iqbal seperti cuba mengelak daripada memberikan jawapan. Sebagai seorang sahabat, Zizie akur dan tidak pernah bertanya lagi selepas itu. Mereka hanya bercerita kisah kehidupan mereka sekarang dan Zizie banyak menipu Iqbal tentang kehidupannya. Zizie mahu Iqbal menyangka yang dia hidup bahagia. Dia tidak mahu Iqbal tahu tentang masalah rumahtangganya. Dia tidak mahu nanti Iqbal salah sangka tentang dirinya.
    Beberapa bulan selepas itu, Zizie menerima panggilan dari kakaknya. Ibu mereka disahkan mengidap kanser payudara stage 2 dan perlu pembedahan secepat mungkin. Zizie bergegas pulang ke Malaysia. Zizie mengambil cuti sebulan kerana mahu menjaga ibunya. Amran agak keberatan melepaskan Zizie namun Zizie berkeras juga mahu pulang. Akhirnya Amran beralah. Amran dan anak-anak tidak balik bersama Zizie. Setelah sepuluh hari Pn. Arpah berada di hospital, dia dibenarkan balik  Zizie gembira sekali. Dari sehari ke sehari, kesihatan Pn. Arpah semakin baik. Zizie mengambil kesempatan itu untuk bertemu kawan-kawannya.
     Suatu petang, telefon bimbit Zizie berdering.
"Assalamualaikum Gee. Ni Iqbal... dengar cerita you balik kampung?" Lembut suara Iqbal di hujung talian.
"Ha ah! Mak sakit jadi Gee balik jaga mak. Iqbal tak balik kampung?"
"Ni kat rumah maklah ni. Jemputlah datang rumah. Esok ada kenduri arwah kat rumah mak."
"InshaaAllah". Jawab Zizie pendek. Zizie tersenyum sendiri. Akhirnya Iqbal mendengar nasihatnya. Akhirnya Iqbal pulang juga ke kampung. Semalaman Zizie memikirkan perlukah dia hadir ke kenduri di rumah Iqbal esok. Apa nanti pandangan orang kampung? Zizie tidak mahu cerita lama diungkit semula. Zizie tidak mahu cerita tentangnya dijaja sekali lagi. Zizie akhirnya memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu.
    Petang itu Iqbal datang ke rumah Zizie. Zizie terperanjat dan sedikit menggelabah. Iqbal hanya tersenyum melihat gelagat Zizie. Semasa menghidang minuman, jelas kelihatan tangan Zizie menggeletar. Tanpa disangka... Iqbal memegang tangannya. Terbelalak mata Zizie memandang Iqbal. Syukurlah ketika itu ibu Zizie di dapur. Sepantas kilat Zizie menarik tangannya. Iqbal tersenyum nakal.
(Bersambung)

Tiada ulasan:

LIKE DISINI

Layout