SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 18 Oktober 2013

KELAM DI BALIK MENDUNG (part 2)

   Petang itu Iqbal meninggalkan rumah Zizie dengan sebaris ayat keramat.  "Gee... hatiku masih milikmu, dari dahulu sehingga ke hari ini dan aku tak pernah melupakanmu selama ini". Zizie terpaku tanpa bicara, hanya air mata yang bergenang. Ayat itu mengundang  kekeliruan buat Zizie. Jantung Zizie berdegup kencang setiap kali teringatkan kata-kata yang dilafazkan oleh Iqbal dan saat Iqbal menyentuh tangannya. Bagai ada satu kuasa yang menyelinap di setiap penjuru sendinya. Zizie cuba melupakan segalanya tapi semakin galak jantungnya berdegup. "Adakah aku masih menyayanginya?" Bisik hati Zizie.
    Malam itu Zizie menerima pesanan ringkas dari Iqbal. Iqbal cuba menyelak satu persatu lembaran kenangan mereka bersama. Zizie diam seribu bahasa, hanya air mata menemani Zizie saat itu. Barulah terbuka simpul misteri di sebalik kehilangan Iqbal. Rupanya ramai yang berusaha memisahkan mereka. Kenapa dan mengapa, menjadi persoalan baru di fikiran Zizie. Malah ada yang sanggup mengatakan Zizie sudah ditebuk tupai agar Iqbal membencinya. Hati Zizie terbakar tiba2....
   Hubungan Zizie dan Iqbal semakin rapat. Mereka berkongsi banyak cerita ttg kisah silam mereka. Mereka juga bercerita ttg kehidupan mrk sekarang. Iqbal telah berpisah dgn isterinya dan memilih untuk menyendiri sehingga sekarang. Dia berusaha menjadi ayah terbaik untuk 6 orang anaknya yang semakin dewasa. Dia juga mengadu pada Zizie yg dia sering kesunyian kerana anak-anak tidak bersamanya. Dia mula rasa bahagia dgn kehadiran Zizie dan sedikit demi sedikit kehadiran Zizie mengusir kesunyian itu. Zizie jadi serba salah.... dia tidak mampu menipu ttg perasaannya tapi dia juga sedar akan statusnya. Zizie sebenarnya lebih banyak mendengar daripada bersuara.
    "Ya Allah! Berilah kekuatan kepada hambaMu ini agar mampu mengharungi dugaanMu. Tutupkan pintu hati Iqbal untukku dan tutupkanlah pintu hatiku untuk Iqbal. Kasihanilah kami Ya Allah... " Zizie sering memanjatkan doa di hujung solatnya dengan linangan air mata. Selama dia di Malaysia, tidak sekalipun Amran menghubunginya. Hanya anak2 yang sering menelefon. Zizie rindu pada anak2nya dan bercadang memendekkan cuti tambahanya memandangkan ibunya sudah beransur sihat. Lagipun kak Jamilah juga sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk menjaga mak mereka. Zizie mahu lari dari kalibat Iqbal kerana dia seakan tidak mampu menampan cinta Iqbal. Biarlah dia kembali ke Australia.
   Zizie kuatkan hatinya menghubungi Iqbal. Dia memberitahu iqbal ttg keputusannya kembali ke Australia secepat mungkin. Iqbal terdiam di hujung talian dan tidak lama selepas itu Iqbal memutuskan talian. Zizie menghubunginya berulang kali tp tidak berjawab. Zizie pasti Iqbal terluka... Zizie pasti Iqbal kecewa... Zizie pasti Iqbal tidak dapat menerima keputusannya. Biarlah dia terluka sekarang ketika kasih baru bercambah kerana kasih yang disemai merupakan kasih yang terlarang. Zizie nekad biarpun dia sendiri juga terluka. "Maafkan aku Iqbal... aku isteri orang. Aku tidak mampu membalas kasihmu biarpun kasihku padamu masih bersisa." Bisik Zizie sendirian.
  

Tiada ulasan:

LIKE DISINI

Layout