SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 21 Januari 2011

SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENYAYANGI UMATNYA....

Setelah sekian lama menyepi.... terasa rindu pula untuk menulis. Sebenarnya dua bulan kebelakangan ini kami menempuh pelbagai dugaan tapi alhamdulilah.....Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kami.....  sanak-saudara dan para sahabat juga sentiasa memberi sokongan.....

Mulanya ibu disahkan mengidap Kanser dan terpaksa menjalani pembedahan membuang keseluruhan rahimnya.... Ketika ibu ditolak keluar dari bilik pembedahan.... hanya Allah yang tahu betapa hati anak ini remuk.... tapi segalanya ditelan kerana ibu perlukan kekuatan kami untuk mencantumkan semula serpihan-serpihan kekuatannya yang berserakan.... Menjaga ibu di hospital begitu menguji kekuatan diri memandangkan diri sendiri juga bergantung kepada ubat-ubatan... dan ketika itu pula perlu menanda skrip-skrip jawapan pelajar. Beberapa kali hampir pitam..... mujurlah jururawat di wad 1c amat memahami....
Ketika ibu dibenarkan pulang, ibu masih terlalu lemah tapi ibu sudah menemui kekuatannya yang hilang...... Dugaan Allah tiba lagi, suami yang mungkin keletihan berulang-alik 2 kali sehari dari KK ke Hospital Ipoh muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.... Hati isteri ini kerisauan kerana dia lah satu-satunya insan di muka bumi ini yang sentiasa meminjamkan bahunya untukku kerana aku anak tunggal... Ketika di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar, aku hampir meraung..... air mata berderai tanpa segan silu... "Abang, kuatkanlah semangat abang.... kasihanlah kat ani dan anak-anak...." Hanya itu yang mampu aku bisikkan di telinganya kerana ketika itu seluruh badannya kejang seperti menahan sakit yang amat sangat dan matanya merah menyala.... Kalaulah boleh kukongsi kesakitan itu.... Aku rela! Namun alhamdulilah.... suamiku beransur pulih dan dibenarkan pulang tanpa perlu ditahan di wad..... Doktor tak pasti apa puncanya....

Kembali ke Sabak Bernam.... anak yang bongsu pula sakit... Nanah keluar tiba-tiba dari hidungnya. Kami panik kerana dia memang menghadapi masalah dengan hidungnya. Pakar ENT mengatakan, hidungnya di bahagian dalam tidak mempunyai tisu menyebabkan kapilari darahnya terdedah. Kami membawanya ke klinik namun sakitnya tidak juga beransur kurang.... Selepas itu, kami membawanya ke sebuah lagi klinik..... alhamdulilah, nanah berkurangan.....

Akhir sekali..... aku sendiri sudah tidak mampu bertahan..... ubat-ubat yang kutelan sudah tidak mampu mengurangkan kesakitan yang kutanggung... Aku cuba bertahan tapi aku tidak berdaya.... cuba berubat cara tradisional tapi bagai tidak menjadi.... Suamiku tidak senang duduk... Ibu meminta aku merujuk ke pakar.... sehingga hari ini.... adakala sakit itu datang juga tapi tidaklah seteruk minggu lalu.

Walaubagaimanapun.... aku pelajari banyak perkara sepanjang 2 bulan ini... dan yang pastinya, ikatan kekeluargaan kami semakin erat kerana kami saling memerlukan dalam hidup ini. Aku juga mengerti betapa Allah memberi terlalu banyak kenikmatan sepanjang hidupku.... sedangkan aku adakala terlupa untuk bersyukur. Allah Maha Pengasih..... masih memberi kesempatan kepada kami setelah memberi peringatan.... Teman-teman di luar sana.... hargailah setiap nikmat yang Allah beri sebelum terlambat... Hargai jua insan-insan yang sentiasa menyayangi diri kita dan pastikan mereka tahu yang kita amat menyayangi mereka.... 

10 ulasan:

eMMe berkata...

Salam Kak Ani dan keluarga, sedih sgt mE baca citer kak ani, blog abg Samad pun mE selalu terjah, mE baca stiap perkembangan Abg Samad cerita di blog, sungguh berat ujian dan dugaan Allah swt, mE harap same2 la kita berdoa dan sentiasa mengingati Allah, kerana kesenangan di dunia hanya sementara, bile2 msa je kite akan diuji ditimpa kesusahan, kak ani camner skrg? sihat ke? ur mum cenne lak? harap semuanya sihat sejahtera, InsyaAllah...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe : Terima kasih atas keperihatinan... Mak semakin bersemangat tapi perlu melalui rawatan kimo dan jumaat depan ke hospital lagi utk ambil darah dan Isninnya masuk wad utk kimo yg pertama... Semoga ibu tetap sihat... Akak masih mampu bertahan dan sedang memikirkan utk rawatan susulan selepas urusan ibu selesai...

eMMe berkata...

kak ani~ semoga Allah sentiasa melindungi dan kurniakan kesihatan buat kak ani sekeluarga...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.....kak ani sakit ape yea?tekanan darah rendah ke?

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe : Akak ni mengalami ulser usus yg agak serius. Dah buat endoscopic dan sekarang masih bergantung kepada ubat dan berpantang makan....

eMMe berkata...

ulser kak? Ya Allah kak ani....beratnya dugaan yg Allah bagi.....moga cepat sembuh....sayang kak ani...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe... terima kasih. Doa teman-teman adalah sebahagian kekuatan akak...

Asri Alam berkata...

tak berhenti2 dugaan hidup kak ni. semoga kak mampu harungi dgn tabah

SINGALAUTMETRO berkata...

semoga Allah memelihara vahayamata ini dengan diberikanNya perlindungan dan diberikanNya kesihatan amat baik sepanjang masa..insyaAllah...semoga sabar

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa : Dugaan yang datang itu adakala membawa rahmat disebaliknya dan menjadikan kita lebih kuat... Terima kasih atas doamu wahai teman...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

SINGALAUTMETRO : Alhamdulilah.... Allah kirimkan para sahabat yang sentiasa mendoakan kami... Terima kasih....

LIKE DISINI

Layout