SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 8 Januari 2011

SEORANG ISTERI CEDERA KERANA CEMBURU....

Cemburu??
Sebenarnya setakat mana kita tahu makna disebalik perkataan tersebut.... Kalau menurut Kamus Dewan, cemburu tu maksudnya ada perasaan iri hati, kurang percaya atau syak wasangka terhadap seseorang. Tapi dalam masyarakat kita, cemburu ini selalunya dikaitkan dengan mereka yang bercinta atau yang telah berumahtangga.... Maka lahirlah ayat yang sering kita dengar... "Ala... cemburu tu tandanya sayang..." Perasaan cemburu ni ada pada sesiapa sahaja, cuma yang membezakannya ialah macam mana seseorang itu menangani rasa cemburunya... 


Melayan perasaan cemburu ni kadang-kadang menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan bertindak di luar dugaan.... Tiba-tiba terfikir menulis tentang ni setelah membaca berita utama my Metro hari ini.... Berita tentang seorang isteri muda menyerang isteri tua yang dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu menyebabkan isteri tua tersebut mengalami kecederaan di muka dan di kepala kerana ditetak oleh isteri muda. Bukan setaka itu sahaja, anak kepada mangsa yang cuba membantu ibunya juga turut mengalami kecederaan di kaki kanannya.... Semoga kita menjadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran dalam hidup kita....  Kepada suami-suami di luar sana yang berpoligami dan berangan-angan untuk berbuat demikian....  elakkan daripada membawa isteri2 tuan duduk serumah terutama bila hubungan mereka kurang baik kerana banyak yang buruk berbanding yang baiknya.... melainkan.....melainkan mereka telah dididik sesempurna mungkin dalam menangani perasaan cemburu.... 

Gambar - ehsan google

5 ulasan:

Asri Alam berkata...

berpoligami tapi tidak mampu. tu la yg jadi

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Betul tu Sasa.... kalau bijak tarbiyah isteri, insyALLAH mereka boleh menerima tapi pastikanlah kewangan, keimanan, ketakwaan dll berada pada tahap sepatutnya.

zirconia berkata...

cemburu memang perlu tapi kalau dah melampau macam2 boleh jadi.

HaN WarreN berkata...

cemburu buta sangat2 bahaya..

Dea Bianglala berkata...

jatuh cinta boleh banyak kali... tp menikah...seharusnya hanya sekali saja..agar tidak muncul problema..
kcian kan klu sampai bergelimang darah..hikz

LIKE DISINI

Layout