SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Khamis, 27 Januari 2011

KUPOHON DOA TEMAN-TEMAN...

Sejak kebelakangan ini, ada masa-masanya aku termenung tanpa disedari.... Terlalu banyak perasaan yang bersarang di hati. Biarpun di wajah ini sentiasa terukir senyuman namun tiada siapa yang tahu betapa sesaknya perasaan yang ditanggung. Esok kami sekeluarga akan menginjakkan kaki lagi ke Hospital Ipoh setelah meninggalkan wad 2C 33 hari yang lalu... Bermulalah siri kunjungan yang entah bila akan berakhir.... Esok ibu dikehendaki menjalani ujian darah dan pada hari Isnin depan, Ibu akan menjalani rawatan kemoterapinya yang pertama.... Aku takut menghadapi kesan sampingan rawatan tersebut terhadap ibu di usia emasnya... Cerita dan pengalaman mereka yang pernah melalui rawatan ini menjadikan aku begitu risau.


Namun..... sebagaimana yang pernah aku janjikan kepada ibu.... aku akan mencari kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari-hari itu kerana aku tahu.... ibu memerlukan kami sekeluarga.... memerlukan sokongan kami.... Aku tidak akan membiarkan ibu melalui segalanya itu berseorangan..... Sebagai satu-satunya anak ibu.... aku tahu, ibu juga takut sepertiku.... ibu juga risau sepertiku.... Kalaulah ibu terpaksa menangis, aku mahu sentiasa berada di sisinya..... "Ya Allah, berilah aku kekuatan dan ketabahan. Sembuhkanlah ibu.... izinkan kami membahagiakan ibu...."

Kepada teman-teman blogger yang singgah ke blog CSR, blog ini bercuti rehat utk beberapa hari kerana aku akan menemani ibu di hospital sehingga rawatannya berakhir...Doakan kesihatan ibuku. Semoga doa itu nanti dapat meringankan beban perasaan yang ditanggung oleh ibu...




p/s Gambar ehsan pakcik google

9 ulasan:

Asri Alam berkata...

Semoga ibu kak fuzjee cepat sembuh. Amin

Areyoudys berkata...

as salam..
nama penuh ibu saudara, apa ya? dan apa nama penuh saudara.
jangan takut kepada semua itu, semuanya ada hikmah di sisi-Nya..kita sebagai hamba-Nya, hanya perlu berserah setelah kita berusaha..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa : Terima kasih banyak-banyak sasa.... Ibu akak masih di wad sehinggah keputusan darahnya ok utk menjalani rawatan kimoterapi tapi ibu semakin sihat sejak kebelakangan ini.... cuma adakala bermenung, mungkin sesekali ibu rasa bimbang akan kesihatannya selepas rawatan kimoterapi...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

timeless : Terima kasih.... ye, tentu ada hikmah yang besar di sebalik segala yang sedang kami lalui ini. Kami merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik utk kami... Nama penuh ibu Lucia bte Simiun @ Fauziah Abdullah dan nama penuh saya Jenny Sabastian Robert @ Fuziani Abdullah

eMMe berkata...

Salam Kak Ani, mE sihat, Alhamdulillah..tu yg tak sabar2 nak update blog tu, hope kak ani n famili senantiasa dlm lindungan Allah swt, Kak Ani sihat ke? Tabahkan hati mu kak Ani, kami doakan kesihatan ibu mu...mudah2an Allah mendengar doa kita semua.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe : AMIN....Terima kasih adik.... kak ani hargai perhatian dan sokongan teman-teman.

atoyissan berkata...

doakan yg terbaik buat ibu amin

Unknown berkata...

fuziani,
kakyong doakan semoga dipermudahkan & ibu fuziani kuat melalui detik ini...

MOH KEMBARA berkata...

Salam Fuzjee, akak doakan kesejahteraan pd ibu Fuzjee dan juga pd Fuzjee sendiri. Semoga beban diringankanNya dan diberi ketabahan pd Fuzjee dan Yob Samad.Semoga semua selamat!

LIKE DISINI

Layout