SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..
Isnin, 13 Disember 2010
AWARD FOLLOWER TERHEBAT
SEGMEN PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ?
Seperti hari-hari yang lepas.... kalau ada free, selalunya saya berblogwalkinglah kerana saya memang suka membaca entry2 teman yang lain disamping menambah kenalan.... Ketika sampai ke blog popular milik Ben Ashaari ( bukan mengampu ye.... tengok follower die pun dah tahu blognya popular ), aku tertambat hati dengan segmen terbaru beliau. Nak tahu segmen apa??? Klik kat SINI. So, tanpa lengah-lengah.... sayapun joinlah...
- Header Ben Ashaari Blog - Dah letak dah... Klik je kat header tu... meluncurlah anda ke sana dalam sekelip mata...
Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke entri ini Dah letak tajuk tu dan dah linkkan seperti yang disyaratkan...
Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..Dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka....
Apakah maksud disebalik nama blog korang ..Entry dalam blog ni kebanyakannya tentang apa yang saya rasa, apa yang saya alami, apa yang saya dengar, apa yang saya lihat dan apa yang saya faham.. Jadi kalau ikut kamus tu, maka sesuailah saya menamakan blog ini dengan nama CETUSAN SEIKHLAS RASA
Siapa orang kuat blog korang tu ..Orang kuat....? Soalan bocor ni.... tentulah empunya blog, pengikut-pengikut setia dan juga mereka yang selalu terjah cbox dan shoutbox blog saya..
Angan angan terhadap blog tu ..Boleh jadi blog sehebat blogger2 popular seperti blog Ben Ashaari...hihihihi. Semoga satu hari nanti, trafficnya mencecah ratus-ratusan sehari... Amboi! Tingginya anganku....
Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..Setakat ni.... tak terfikir lagi tentang tu..... Tapi terfikir nak buat satu blog lagi dengan nama SINDING SUMANDAK SABAH...
Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana...Kat mana ye... ntahlah! Senang upah ribu2 kat En. Ben utk iklankan... ok tak?
Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer http://atasnamaaku.blogspot.com
Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..
Saya dapat meluahkan segala apa yang bersarang di hati di dada blog ini dan membacanya semula ketika ada masa free.... tepat 20 perkataan tu...
Ahad, 12 Disember 2010
BLOGWALKING TOOL VERSI BARU
Semasa berblog walking tiba-tiba terjumpa benda ni kat blog jiwakacau. Baca dua tiga kali.... tapi macam x faham gak... Tapi rasa-rasanya da kaitan jugak dengan blogwalking.... So, baik aku join jer... TQ bebanyak kat jiwakacau yang terbuka hatinya nak buat amal jariah macam ni... Kalau x masuk list pun tak pe.... tu namanya dah bukan rezeki...
MENDUNG AKHIRNYA PERGI JUA
Annie dilahirkan dalam keluarga yang miskin... Setelah ibubapanya bercerai, Annie dititipkan di bawah penjagaan makciknya kerana ibunya terpaksa bekerja untuk menyara hidup mereka. Terlalu banyak kepayahan yang dilaluinya menjadikan dia seorang kanak-kanak yang sentiasa murung. Ketika menginjak usia remaja, dia telah ke bandar dan tinggal bersama ibunya setelah ibunya berkahwin lagi dengan bapa tirinya, En. Ambrose. Kesibukan ibu dan ayah tirinya menyebabkan Annie banyak menghabiskan masa bersendirian. Ketika di tingkatan 6 Atas, Annie telah berkenalan dengan seorang pemuda. Ronnie, pemuda sino kadazan yang tinggi lampai dan berkulit sawo matang telah menambat hati Annie.
Sejak berkenalan dengan Ronnie, sikap Annie mula berubah. Dia sering keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya. Annie menghabiskan masa melepak bersama Ronnie dan rakan-rakannya yang lain. Selepas waktu sekolah, dia tidak terus balik ke rumah tapi berlegar-legar di pusat membeli-belah atau menonton wayang bersama Ronnie dan kawan-kawannya yang lain. Malahan, Annie mula liat menghadiri kelas tambahan. Cara berpakaian Annie juga semakin mencolok mata....
Sebagai seorang ibu, Pn. Reetha sangat risau dengan perubahan Annie. Pn. Reetha juga malu kerana dia sudah kerap dipanggil ke sekolah. Jiran-jiran dan rakan-rakannya juga selalu bercerita tentang Annie. Bila ibunya menasihatkannya.... Annie akan mengamuk dan menghempas semua barang yang mampu dicapainya. Pernah beberapa kali Annie mengugut ibunya untuk lari dari rumah kerana ibunya menegur caranya berpakaian. Annie juga sering ponteng sekolah. Ibu amat risau kerana Annie bakal menduduki peperiksaan STPM. Pn. Reetha sering menangis mengenangkan sikap Annie. Adakala tanpa segan silu Annie akan menengkingnya walaupun di hadapan orang ramai. Annie seakan-akan membenci ibu dan ayah tirinya, pantang ditegur... dia akan mengamuk dan keluar rumah, entah kemana...
Langit tidak selalu cerah.... Suatu petang, ketika Annie pulang dari bandar bersama-sama Ronnie dan rakan-rakannya, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan itu menyebabkan Annie kehilangan kaki kirinya sehingga ke lutut dan terpaksa berkerusi roda. Ronnie dan teman-temannya cuma cedera ringan. Sejak berkerusi roda, Ronnie dan teman-temannya mula menjauhkan diri darinya. Umpama jatuh ditimpa tangga... Annie menerima sepucuk surat buang sekolah sedangkan peperiksaan STPM hanya tinggal 3 bulan lagi. Annie menangis penuh penyesalan...
Keadaan semakin rumit apabila En. Ambrose diistiharkan muflis kerana rakan kongsinya telah menggelapkan wang syarikat menyebabkan syarikat mereka tidak mampu membayar hutang bank. Mereka kehilangan semua harta benda. Annie berkerusi roda dan En. Ambrose stroke kerana serangan jantung. Segalanya terpikul dibahu Pn. Reetha.... Annie meneruskan perjuangan dalam kepayahan. Akhirnya Annie berjaya ke menara gading dan berkenalan pula dengan Amran, bakal doktor... Ketika itu hidayah Allah tiba....
Sinopsis cerita ini ditulis untuk menyertai kontest anjuran salah seorang sahabat maya iaitu immukmin dalam Syoknya!! Berilusi, Bersama Immukmin'. Bagi memenuhi syarat yang dikehendaki maka dengan itu saya mengtag 3 orang rakan maya yang lain iaitu
Sabtu, 11 Disember 2010
“ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”
“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com &Gempak[Dot]Org”
Cerpen ini adalah hasil nukilan bersandarkan pengalaman penulis sendiri... Sekadar berkongsi kesedihan bersama mereka yang sudi membacanya. Pernah diterbitkan sebagai entry di dalam blog ini... Ketika berblogwalking ke blog-blog teman, bertemu dengan blog
http://www.suarapeople.com/ yang menganjurkan satu kontest yang amat menarik.... Jadi, saya pertaruhkan cerita ini. Ingin mengetahui lebih lanjut tetang kontes ini... sila klik kat SINI.... Jom kita meriahkan lagi pertandingan ini...
Hujan turun semakin lebat dan aku masih duduk di pondok kecil di tepi sawah.... semua kenangan silam singgah tanpa diundang dan seakan aku terlihat Ama sedang membajak sawah dengan kerbau kesayangannya... sedangkan aku duduk di atas kerbau dengan riang sekali.... Nun jauh di petak sana, Ina sedang terbongkok-bongkok menanam padi...sesekali Ina mengesat peluh di dahinya. Ketika itu aku masih terlalu kecil untuk memahami kepayahan... aku hanya tahu meminta dan bermain... Ama dan Ina membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan juga padi huma untuk meneruskan hidup karana Ibu tidak mampu menyediakan semua... tambahan ketiku itu bapa kandungku berada entah di mana... Ibu terpaksa menitipkan aku pada Ina dan Ama, berkerja untuk menyaraku dan membantu meringankan sedikit beban Ina dan Ama. Apa yang aku tahu ketika itu.... aku hanya tahu menangis bila aku sakit... aku hanya tahu menangis bila aku nakkan sesuatu.... aku hanya tahu menangis bila aku dimarah kerana nakal... hanya itu yang aku tahu...Ama dan Ina tidak pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa dilalui... Mereka sentiasa menyayangiku. Kasih sayang yang mereka berikan membuatkan aku lupa yang aku telah kehilangan seorang bapa... pergi tanpa sebarang jejak... Hujan semakin reda tapi kenangan-kenangan itu semakin galak datang silih berganti.. Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila suamiku menyentuh lembut bahuku... Rupa-rupanya sudah jam 10 pagi dan kami harus ke hospital menjenguk Ama. Aku mandi dan menyiapkan apa yang patut... bubur nasi kegemaran Ama. Sepanjang jalan aku mendiamkan diri... Semalam ketika meninggalkan Ama di wad, aku lihat garis-garis kesedihan di wajahnya walaupun dia cuba tersenyum ketika anak sulungku mencium dahinya. Kata-kata doktor semalam benar-benar meragut semangatnya yang tinggal. Dia seakan berserah.... Allah memanggil Ina setelah disahkan menghidapi kanser dan dia merasakan yang dia juga tidak lagi mampu bertahan dengan pembunuh itu!!!
Ketika sampai di wad... aku lihat katil Ama kosong. Dadaku berdebar. Aku bergegas ke kaunter pertanyaan... bertanya pada jururawat di sana. Rupanya Ama dibawa ke bilik pemeriksaan untuk mendapatkan tisu di paru-parunya. Hampir sejam kami menunggu, akhirnya Ama ditolak keluar dari bilik pemeriksaan. Ama kelihatan sangat lemah... jauh berbanding dengan keadaannya semalam. Setelah dipindahkan ke katilnya... Ama membuka sedikit kelopak matanya dan bertanya tentang Ina... Aku menangis... Dia berkata sambil berbisik yang dia baru berjumpa dengan Ina. Aku berlari ke taman... aku menangis sepuas-puas hatiku.
Ya Allah! janganlah ambil Ama dari kami ketika ini.... kami baru sahaja kehilangan Ina!! Setelah reda tangisku... aku teringat bubur nasi yang kubawa. Kebetulan suamiku memanggilku. Doktor ingin berjumpa denganku. Doktor memaklumkan yang Ama akan menjalani rawatan kemoterapi di SMC esok... Doktor juga menjelaskan, usia Ama memungkinkan rawatan ini menjadikannya lebih lemah dan tidak berdaya tapi hanya itu rawatan yang mampu diusahakan oleh pihak hospital.... Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku... Apa lagi yang mampu aku lakukan... Aku tidak punya pilihan yang lain... Aku mahu Ama sembuh seperti dahulu...
Hari itu Ama makan bubur nasi yang kubawa dengan berselara sekali. Hatiku sedikit berbunga... Semoga esok Ama akan lebih sihat dari hari ini... Namun itulah kali terakhir Ama menjamah bubur nasi yang kubawa kerana selepas itu selera makannya hilang terus.... Doktor kata.. itu adalah kesan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya. Sejak itu... Ama semakin lemah dan tidak berdaya... hendak ke tandas, harus ada orang yang memapahnya... Ama sudah tidak merokok lagi.... Ama sudah tidak mahu ketawa lagi.... Ama sudah tidak mahu makan lagi.... Ama sudah tidak mahu bercerita lagi.... Setiap kali kami datang... Ama cuma tersenyum dan berbisik yang ajalnya semakin hampir.... Luluh hatiku... kata2 semangat yang kami berikan sudah tidak bermakna lagi.... Ama sudah berserah pada takdirnya... Cuti berakhir dan kami terpaksa pulang. Aku mahu memohon cuti tanpa gaji tapi Ibu tidak bersetuju kerana siapa yang akan menguruskan anak-anaku yang bersekolah. Aku pulang ke Selangor dengan hati yang berat sekali.... Ama menangis... dan pertama kali aku melihat suamiku menangis. Ama dan suamiku memang rapat sekali... Ama juga nampaknya amat menyayangi suamiku... Aku bisikkan di telinga Ama yang kami akan kembali secepat mungkin sekiranya dia memerlukan kami di sisinya... " Baliklah... ko kan mo kerja... anak2 ko mo sikulah.. Ama nda apa2... janganlah kamu risau. Kalau ada apa2 nanti mummy ko kasi tau juga" Aku menangis.... aku tidak mampu menyembunyikan perasaanku...
Setiap hari aku menghubungi Ibu bertanyakan khabar Ama... Ibu tentu tertekan dan letih kerana berulang menjenguk Ama... Ayah ( bapa tiri ) pula masih belum sembuh sepenuhnya... setiap hari terpaksa menelan berpuluh biji ubat... makan juga harus dijaga kerana jantungnya masih lemah. Ibu lakukan semua itu berseorangan... Aku rasa amat bersalah... Aku cuba berbincang dengan Ibu untuk bercuti tanpa gaji tapi Ibu membantah dengan keras... Aku dan suami tidak mampu melakukan apa2... Suamiku minta aku bersabar.
Setelah tiga bulan di hospital, Ama dibenarkan balik... khabar yang Ibu sampaikan itu sedikit mengembirakan. Ibu kata Ama sudah mula mahu makan nasi... Aku gembira. Ama sudah mahu bercerita.... Aku gembira. Rasa tidak sabar menunggu cuti semester 1.... Rindu mahu berjumpa dengan Ama. Setiap kali menelefon... suara Ama tidak jelas kedengaran... adakala seperti semput!!
Cuti datang lagi.... Aku sekeluarga pulang ke Sabah. Ketika dalam perjalanan dari Airport, ayah memberitahuku perkara sebenarnya. Ama dibawa pulang kerana pihak hospital sudah tidak mampu melakukan apa2 lagi. Sebelah paru-paru Ama sudah dimamah si pembunuh dan paru2 yang sebelah lagi juga telah dijangkiti. Ama selalu batuk darah dan adakala juga darah itu keluar dari hidungnya.... Ayah juga beritahu, Ama sudah tidak mampu berjalan sendiri... hatta nak bangunpun perlu dibantu oleh orang lain. Ayah juga beritahu... adakala Ama tidak mampu mengenali orang di sekelilingnya. Ayah juga beritahu.... adakala Ama batuk tidak berhenti sehingga tidak boleh bernafas... Ayah juga beritahu, sebahagian daripada badan Ama iaitu dari bawah dada hingga ke kaki membengkak kebiru-biruan... Rupanya selama ini Ibu dan ayah menipuku kerana tidak mahu aku bersusah hati.... Aku rasa marah.... Aku rasa sedih.... Aku rasa kecewa.... tapi.... aku telan semuanya dalam tangis yang berpanjangan...
Ketika kami tiba di rumah... Ibu menerkamku dan memohon maaf kerana menipuku selama ini. Aku tahu niat Ibu baik.... Aku memeluknya dan kami menangis. Setelah aku mampu mengawal diriku... aku menjenguk Ama di biliknya. Ama sedang tidur... tubuhnya terlalu kurus... umpama rangka yang dibalut kulit. Matanya sudah terperosok jauh ke dalam... pipinya cengkung dan dia tidak lagi seperti Ama yang pernah kukenal... Tiba2 kakiku terasa kebas... aku seperti mahu pitam... Aku menyandar ke dinding dan duduk perlahan-lahan... Aku menangis... Tiba2 Ama tersedar... berpaling ke arahku. "Jenny... ko suda balik? Ama ingat ko nda balik... Ama ingat kita nda jumpa lagi..." Aku merangkak mendekati katilnya dan memeluknya... Dia menangis dan aku menangis.... Seisi keluarga menangis....

Keesokan harinya... aku ke pekan bersama suamiku. Aku membeli beberapa ketul gambir ( dimakan oleh orang2 tua bersama daun sirih dan kapur sirih ) dan sayur kegemarannya... sayur sawi cina. Aku membeli gambir kerana ibu mertuaku pernah memberitahuku yang gambir sangat mujarab untuk meredakan bengkak. Setiba sahaja di rumah... aku merendam sedikit gambir tersebut dengan air panas. Setelah larut... aku menyapunya kebahagian badan Ama yang membengkak... Ama diam sahaja tanpa bertanya apapun. Setelah itu... aku masak bubur nasi. Sayur sawi cina yang kubeli tadi... aku bersihkan dan potong halus2 lalu aku masukkan kedalam blender... Kemudian, aku menumis sayur sawi cina tersebut dan mencampurkannya kedalam mangkuk berisi bubur nasi... Ama makan dengan berselera sekali...Petang itu... Ama bangun sendiri dan berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Kami sangat terkejut... Ama menunjukkan bengkak di badannya sudah susut. Aku gembira.... dan kami bersembang sehingga jam 5.00 petang. Setelah Ama mandi... dia makan lagi... dan bersembang dengan suamiku sehingga jam 8.00 malam. Setelah minum ubat... Ama masuk ke biliknya dan tidur. Hampir jam 11.00... kami terkejut bila Ama tiba2 memanggil Ibu... Kami bergegas ke biliknya. Dia bercakap sambil berbisik yang Ina datang menjemputnya.... Ibu mula menangis.... Aku masih dapat mengawal perasaanku. Aku menyuruh Ama tidur... Aku beritahu Ama yang dia cuma mengigau dalam tidur... Ama tidur semula...
Jam 2.00 pagi... Ibu mengejutkan kami. Ama sesak nafas.... Aku naik ke katil dan memangkunya... Ama tidak boleh bernafas... jelas kelihatan urat-urat di lehernya menahan kesakitan... Ibu menangis dalam keadaan panik... " Ama... uda poh kumawo Ama... " ( Ama... jangan pergi ). Aku mengurut-ngurut dada Ama... air mataku deras mengalir. Tapi ketika itu aku pasrah sekiranya Ama pergi.... Aku tidak sampai hati melihat keadaannya. Keadaan Ama tiba2 reda... dia bernafas seperti biasa... Aku memanggilnya... Ibu memanggilnya... Ama buka matanya perlahan-lahan... memandangku... memandang Ibu.... memandang suamiku.... memandang ayah.... satu persatu dipandangnya. Ama kemudiannya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya... umpama merasa kelegaan. Ama kemudian perlahan-lahan menutup matanya... rapat-rapat!!! Ama pergi jua akhirnya dalam pangkuanku... ketika seisi keluarga kami yang kecil berada di sisinya. Aku kehilangan lagi.... Kami kehilangan lagi.... Keluarga kami semakin kecil...P/S... A million thanks... khas buat penganjur kontest yang pasti gempak ni!!!
Langgan:
Catatan (Atom)





