SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 26 Oktober 2010

JOM KE PULAU MANUKAN, SABAH

Setiap tahun... saya akan pulang ke Sabah bersama keluarga, bah... dapat tiket free kan!!!! Sayang kalau nda digunakan. Biasanya, antara aktiviti kami selama di sana ialah..jalan-jalan..hi.hi.hi... Sabah tu luas bah... banyak tempat boleh dilawati... Entry kali ini... Pulau Manukan.... tempat yang mesti dikunjungi setiap kali ke sana.

Pulau Manukan merupakan salah sebuah pulau yang tercantik di Sabah. Pulau ini menjadi daya tarikan, bukan sahaja kepada pelancong dalam negeri malahan antara distinasi pilihan pelancong-pelancong luar negara. Pulau Manukan terletak di perairan Kota Kinabalu. Sekiranya menginap di Hotel Hyatt Regency, pelancong boleh berjalan kaki ke jeti menuju ke Pulau Manukan dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Bah... exercise tu kan bagus,,, lagipun kalau naik kereta cuma 2 minit perjalanan... membazir minyak tu... minyak mahal sekarang. Kalau naik bas mini... sebut jak jeti ke Pulau Manukan... taulah diorg mau kasi turun di mana..

Di jeti ni ada  beberapa pondok agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan menyewa bot untuk ke pulau Manukan. Sewa sebuah boat dalam lingkungan RM100 yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja... Kebanyakan pelancong datang ke Pulau Manukan untuk menyelam kerana di dasar airnya yang jernih biru ke hijau-hijauan itu tersimpan pelbagai kehidupan laut yang menakjubkan.. Pemandangan di pulau Manukan juga merupakan salah satu tarikan pelancong ke pulau ini... Cantik dan mendamaikan... Penat berkerja, stress... inilah antara tempat yang sesuai untu dikunjungi..

P/S Semua gambar diambil dari web google. 






29 ulasan:

Miracles Of Life berkata...

wah... bestnya.. cantik !!
sy suka bercuti di pulau. cadang2 pun nk pegi bercuti ke sabah. pulau sipadan cntik x sis?

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Solehah : Akak pun belum sampai ke sana... Bercadang utk adakan family day kat sana hujung tahun ni... Terletak kat daerah Semporna... Selain tu leh lawat floating marketnya yg terkenal... Nanti akak cari maklumat dan jadikan entry akak...

Cik Su Life Cycle berkata...

wow..cantek..mungkin boleh bulan madu kat sini

Hana Soffelia berkata...

Wah..cantiknya pulau n pantai kat sabah.. teringin nak pergi.. nanti if sy g sana, blh la akak jadi guide tourist ye.. hehe

btw, tq for ur advice. Balik keje nanti nak g klinik.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Cik Su : Kalau nak berbulan madu... akak syorkan kat Karambunai Resort... sesuai sangat.. cantik, damai dan romantik...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Lady : Boleh je... pakej murah pon boleh diusahakan tapi kenalah g hujung tahun, time cuti sekolah...

Fantastic Ajane berkata...

aduii lama da x dtg sini ooo..:)

shameel Iskandar berkata...

Salam.

Sabah memang indah dan menawan. Dulu hampir 6 tahun saya menetap di sabah, kerja sebagai guru di SM Sains lahad Datu. Tika cuti semester sy sering ke Tamparuli dan Tuaran dan lain2 tempat di pantai barat Sabah. Tapi sayang saya tak pernah ke pulau manukan, cuma pernah ke Gayana Island eco resort. Paling menawan ialah Tanjung simpang mengayau kt kudat. paling tak dapat dilupakan ialah mendaki gunung kinabalu.

insya-Allah, bulan 6 tahun depan saya ke sabah lagi untuk menadki gunung kinabalu buat kali kedua.

Seri Bahasa berkata...

seri kalau air laut allergik betul lagi pon tak pandai berenang.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

shameel : Pengalaman di rantau orang banyak mengajar kita... pertembungan dua budaya yang berbeza adakala menjadikan saat itu terlalu berharga walaupun bertahun telah berlalu. Sabah sebenarnya mmg sebuah negeri yang cantik cuma banyak tempat yang masih tidak dipromosi sebagai tempat pelancongan... Tahniah kerana bakal mendaki Guning Kinabalu utk kali kedua. Alhamdulilah, saya berjaya mendaki 3 kali... pengalaman yang berharga dan pemandangannya mmg amat menakjubkan....Hanya mereka yang pernah mendaki sahaja tahu...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Seri : Kalau gitu... jom g membeli-belah kat pasar filipin di Kota Kinabalu atau pasar terapung di Semporna... tamu besar kat Kota Belud pun boleh...

Unknown berkata...

akak pulak tak suke cuti kat pantai/pulau..
takut kulit itamm'
tapi pelik kan nape orang yang duduk kat pantai kulitnye tak itam pun..
tengok orang tengganu..pompuan2 nye putih2..comel2 saje..kan??

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Diana : Kalau x suka bercuti tepi pantai/pulau... jom bercuti di Kundasang... Kwsn tanah tinggi yang udaranya sejuk dan pemandangan kaki gunung kinabalu yang cantik..

Shino berkata...

wow..cantiknye tempat ni..leh jd destinasi pelancongan ak nti ni...hehehe...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Shino : Silalah dtg Shino... bnyk lagi yang menarik di sana..

DenBaGas berkata...

Salam
Menyapa kawan dihari Sumpah Pemuda...
Mohon berpartisipasi dan dukungannya kawan...

Salam Kawan

Kuih Gunting berkata...

wow..sungguh cantik

Sophie Al-Yahya berkata...

Saya wajib ke sana nanti.
Saya suka sangat2 pergi pulau.. =) =) =)

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

DenBaGas : Terima kasih atas kunjungan...

Kuih Gunting : Bila berada di sana... lagi cantik!!!

Sophie : Jom... jangan segan-segan. Kalau pergi, jangan lupa ke Pulau Memutik dan Pulau Sapi ye...

H.A berkata...

cantiknye...ya allah..subhanallah...bilela dapat g sabah niy..hehe

shahrilhakime berkata...

uuuiiiii....lawo nye Pulau Manukan cikguu...awok kalo ke Sabah tu....baghu sampei Kota kinabalu jeee.....tempat lain tak peghenah le jejak lagiii....tak sabo nunggu bile lagi la dapat peluang ke Sabah lagiii

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Hafizah : Memang cantik... antara pulau yg tercantik di sabah selain Pulau Memutik..

D-08 : Keme balik tiap taun... tu pun banyok lagi tempat keme tok sampei... jenuh sb jauh nak travel dari satu tempat ke satu tempat... patoh pinggang naik keghete..

eas dudul berkata...

indah sangat nih pulau ya. mau pergi tapi tak ada uang. hehehee

tiefazatie berkata...

mmg best sis!sgt2 cantik!pastu dekat ja bha ngn kk..ok la tue..hihi..dah pg dh ..hihi..nk gi lagi la nt!hihi

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

tiefazatie : pegi masa belajar kat Labuan dulu ye??? Cantik dan dekat dgn bandaraya KK... betul!

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eas dudul : wangnya boleh disimpan... udah cukup nanti... ya boleh datang..

eeeda berkata...

Insya Allah hujung bulan 9 nie saya ingin ke Sabah... sudah pasti pulau nie dalam tentatif.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eeeda : Hujung bulan 9 ni akak pun balik.... jom kita ke Pulau Manukan.. Akak pun dah lama tidak ke sana.

Tanpa Nama berkata...

kak kalo tak menginap kat resort dya takpa kah???dtang g mandi di pantai jak pastu blek kk semula...

LIKE DISINI

Layout