SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Khamis, 30 September 2010

BAHAR - BAH GAMAN MARI KITA SINGARUNG!!!!

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok yang serba guna kerana setiap inci pokok kelapa ada gunanya kepada manusia. Pada musim perayaan, terutamanya semasa Hari Raya Puasa... semua orang sibuk mencari daun kelapa muda untuk dibuat kelongsong ketupat, lidinya dibuat penyapu lidi, buahnya yang muda boleh dimakan dan airnya dijadikan minuman yang enak. Buah kelapa tua pula boleh dijadikan minyak. Batang kelapa pula boleh dibuat titi..  memang banyaklah kegunaannya!
Di Sabah, terutama di Daerah Tuaran... pokok kelapa menjadi sumber pendapatan yang agak lumayan. Bukan kerana daunnya, bukan kerana lidinya, bukan kerana buahnya dan bukan juga kerana batangnya. Pokok kelapa menjadi sumber pendapatan kerana menghasilkan air nira yang menjadi minuman kegemaran di Kelantan dan di beberapa buah negeri di Semenanjung. Tetapi... air nira yang dijual di Sabah bukan seperti air nira di Semenanjung. Air nira di Sabah ditambah dengan sejenis kulit kayu yang menukarkan warna air nira daripada kekuning-kuningan kepada warna merah. Kulit kayu atau dikenali sebagai 'sorok' dalam kalangan masyarakat Dusun Tuaran juga menukarkan air nira daripada sejenis minuman penghilang dahaga kepada sejenis minuman yang memabukkan yang dipanggil 'Bahar' oleh orang-orang Sabah.
Bahar ini akan dimasukkan ke dalam botol mineral water yang kecil dan akan dijual di pasar atau di tepi-tepi jalan. Sekiranya terlihat botol-botol berisi air berwarna kemerah-merahan di pasar ataupun di gerai-gerai tepi jalan di Sabah, jangan dibeli kerana itu pastinya 'bahar'. Biasanya mereka menjualnya RM3 sebotol ( beberapa tahun dahulu, sekarang ni penulis tak pasti berapa harganya ). Menurut mereka, rasa 'bahar' ni mengikut kualiti 'sorok' yang digunakan. Ada yang manis, ada yang masam dan ada juga yang masam-masam manis dan sedikit rasa pahit. 'Bahar' yang berkualiti dikatakan yang mempunyai warna merah yang cantik iaitu tidak terlalu merah dan tidak terlalu jernih. Rasanya pula, masam-masam manis dan sedikit rasa pahit - yang ni menjadi kegemaran ramai.

Tempat penyimpanan 'bahar' yang popular dalam kalangan masyarakat Dusun Tuaran ialah 'tukil'. 'Tukil' diperbuat daripada pokok   bambu             ( pokok buluh ) yang mempunyai ruas yang agak panjang dan bersaiz besar. Pokok bambu tersebut dipotong, dikeringkan dan diletakkan tali agar mudah untuk dibawa kemana sahaja terutama semasa perayaan tertentu.
Sesuai dengan peredaran zaman, ramai generasi muda sekarang yang sudah tidak tahu membuat 'bahar' walaupun masih ada sebahagiannya yang masih mencari 'bahar' ketika perayaan tertentu kerana menurut mereka, minum 'bahar' tidak menyebabkan mereka sakit kepala berbanding dengan minum 'tapai' atau minuman keras yang berlambak di pasaran.

BUAH BAMBANGAN

Negeri Sabah menyajikan pelbagai jenis buah-buahan yang mungkin tidak pernah dilihat dimana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia seperti buah bambangan. Buah Bambangan merupakan sejenis buah yang berwarna cokelat berbentuk hampir bulat dan buah bambangan merupakan salah satu spesis mangga liar. Isinya berwarna kuning dan mempunyai urat-urat halus seperti buah machang yang terkenal di semenanjung.  Adakala buah ini manis dan ada juga yang masam. Buah ini boleh dimakan apabila telah masak seperti buah mangga yang lain.  Apabila masak, ia mengeluarkan bau yang kuat dan mungkin tidak disenangi  sebahagian orang.
Walaubagaimanapun, mereka yang bercadang mahu mencuba buat pertama kali haruslah berhati-hati kerana kulit luarnya yang bergetah haruslah dibuang terlebih dahulu bagi mengelakkan getahnya yang boleh menyebabkan kulit akan luka seperti kesan melecur.
Buah bambangan bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, buah ini juga boleh dijeruk dan dimakan bersama nasi. Buah bambangan yang telah masak, dikupas kulit luarnya. Setelah dibersihkan, dipotong mengikut saiz yang dikehendaki tapi pada kebiasaannya, dipotong sebesar dua jari supaya senang untuk dihidang. Bijinya dibelah untuk mengambil bahagian dalamnya yang lembut kemudian diparut. Isi dan juga biji yang diparut tadi disatukan dan digaulkan bersama garam. Setelah digaul rata, dimasukkan ke dalam bekas kedap udara bagi memastikan jeruk ini tidak busuk. Ada sesetangah orang menambahkan cili padi terutama kepada mereka yang gemar makanan pedas.

Selasa, 28 September 2010

AKU DAN FADHILAT MEMBACA AL-QURAN

Aku memeluk Islam ketika di usia yang masih muda. Semasa di tingkatan 5, aku masih tidak boleh membaca al-Quran menyebabkan aku mengambil subjek seni untuk menggantikan subjek Pendidikan Islam. Aku teringin untuk belajar tapi ustaz dan ustazah yang silih berganti di sekolahku, sebuah sekolah jenis kebangsaan tidak pernah memahami masalahku.
Ketika aku di tahun 1 di UKM, aku berkenalan dengan seorang pemuda yang kini telahpun menjadi suamiku. Ibunya... iaitu mertuaku, memahami masalahku dan tanpa lengah dia mengajar aku bermula dengan Muqadam pada usia 22 tahun.... Murid tua. Alhamdulila, aku hanya mengambil masa 2 minggu menghabiskan Muqaddam tersebut dan aku mula mengaji Quran. Selama 3 bulan cuti semesterku aku habiskan belajar mengaji dengannya dan alhamdulilah, aku khatam akhirnya. 
Mak Mertua aku pernah berkata bahawa membaca Quran itu banyak fadhilatnya... Rasulullah s.a.w., pernah berkisah tentang seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Lelaki itu kemudiannya bertanya kepada makhluk tersebut "Siapa kamu?"
"Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam" makhluk itu menjawab. Setelah berfikir sejenak barulah lelaki tersebut menyedari yang makhluk tersebut adalah al-Quran yang dibacanya setiap hari. Kemudian makhluk tersebut memimpinnya untuk bertemu dengan Allah.. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci.
 Lelaki itu bertambah terkejut apabila Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepadanya. Perhiasan-perhiasan syurga itu turut diberikan kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.
"Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?" tanya kedua ibubapa lelaki tersebut kepada malaikat dan malaikat menjawab "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah besar sungguh ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada kita. Pahala membaca al-Quran itu  tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita. Oleh kerana itu, arwahnya ibu mertuaku sempat berpesan kepadaku sebelum menghembuskan nafas terakhirnya  agar aku terus membaca al-Quran dan memastikan semua anak-anakku celik al-Quran. Dia turut berpesan  supaya membacanya tiap hari walaupun stakat sepotong ayat sahaja. Semoga hendaknya kita akan tergolong di dalam golongan mereka yang beringat dan diberkati Allah. InsyaAllah!!!

Sabtu, 25 September 2010

Hari Raya di Sabak Bernam

Tidak pernah merancang untuk tinggal di Sabak Bernam tapi akhirnya aku dan suami sependapat membeli rumah di sini. Suasana dan juga keselesaan di sini telah menambat hati kami untuk tinggal lebih lama dan mungkin lebih lama berbanding dengan apa yang telah kami bincangkan sebelum ini.... Jauh berbeza dengan kehidupan kami di Kajang selama 4 tahun. Walaupun kami hanya pendatang yang menumpang mencari rezeki tapi kami diterima dengan baik seperti saudara-mara. Jauh daripada kesibukan dan keegoan bandar besar, rakan sekerja dan jiran-jiran di sini amat mengambil berat. Traffic jam juga jarang-jarang berlaku... kalau adapun, hanya ketika perayaan tertentu. Setiap hari kita berpeluang membeli ikan yang masih segar, tidaklah membeli ikan yang perutnya dah terburai dan matanya semerah biji saga. Barang keperluan yang lain juga murah... Syukur alhamdulilah.
Satu lagi perkara yang menyebabkan aku jatuh cinta pada tanah ini... Masyarakat di sini menyambut Hari Raya selama sebulan. Di awal dulu, aku bagai terkena kejutan elektrik apabila rumahku masih dikunjungi tetamu biarpun sudah 3 minggu berada di bulan Syawal. Bermakna kehadiran bulan Syawal itu diraihkan sepenuhnya tidak seperti di tanah kelahiranku... Kg. Mondou, Tuaran, Sabah.. Syawal hanya disambut pada hari pertama dan kedua sahaja... memandangkan hanya keluargaku satu-satunya keluarga yang beragama Islam di kampung tersebut maka setiap tahun rumah kami menjadi medan... Aku tetap bersyukur kerana mereka masih sudi untuk memeriahkan Hari Raya... Aku juga tidak punya saudara-mara dekat yang beragama Islam. Kawan-kawan juga rata-rata tidak seagama denganku walau kami sebangsa.. Jadi setakat itu kemeriahan Hari Raya yang dapat akun rasakan.
Satu istilah yang sinonim dengan bulan Syawal di sini ialah 'Baraan". Maksudnya... lebih kuranglah.. Semangat kunjung-mengunjung dalam bentuk berkumpulan. Baraan tempat kerja, baraan kampung, baraan taman dan banyak jenis baraan lagi. Bagiku, baraan seumpama ini banyak kebaikannya. Menerusi baraan seumpama ini, kita dapat mengeratkan silaturahim, berkenal-kenalan, kunjung-mengunjung dan sebagainya. Kalau dulu, aku hanya mengenali beberapa orang jiranku semasa aku tinggal di Kajang kerana masing-masing sibuk mengejar dunia tapi di sini.... ramainya yang mengenaliku dan aku juga mengenali ramai jiran-jiranku... Semuanya jasa...BARAAN.. Semoga budaya ini akan terus dipelihara dan diwarisi oleh anak-anak kita...

Rabu, 22 September 2010

SJAM SMK UNGKU AZIZ

Saturday, August 14, 2010

Selamat Datang Ke Blog St.John Ambulance SMK Ungku Aziz

ST.JOHN AMBULANS MALAYSIA
 SMK UNGKU AZIZ


SJAMSUA telah ditubuhkan sejak tahun 2000 lagi tetapi mula aktif pada tahun 2007 dan keahlian SJAMSUA mula bertambah. Pada tahun 2010, keahlian SJAMSUA telah bertambah kepada 205 orang dengan 185 ahli berdaftar dan lebih daripada 60 orang ahli aktif. Pada tahun 2008, seramai 124 orang ahli SJAMSUA telah menduduki Peperiksaan Pertolongan Cemas yang diadakan di Dewan SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan di Dewan SMK Ungku Aziz. Pada tahu 2008, SJAMSUA telah menempah satu lagi kejayaan besar dengan menghantar 10 rang ahli mengikuti Perkhemahan Antarabangsa yang diadakan di Tampler Park, Rawang. Perkhemahan ini dihadiri oleh ahli2 SJAM dari seluruh dunia termasuklah Hong Kong, Taiwan, Australia, India dan lain-lain negara.
 Pada tahun berikutnya, SJAMSUA menapak satu langkah ke hadapan bila berjaya menubuhkan satu platun kawad kaki. Pasukan ini telah berlatih selama 3 bulan sebelum menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah. Pasukan kawad kaki SJAMSUA telah berjaya menududki tempat Ketiga. Pada tahun ini juga, seramai 10 orang ahli telah meyertai Perkhemahan Kadet Negeri Selangor dan menduduki peperiksaan untuk mendapatkan 6 lencana. Pasukan Sabak Bernam ( termasuklah ahli SJAMSUA ) telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan kebudayaan.
Pada tahun 2010, pasukan Kawad Kaki SJAMSUA sekali lagi menyertai Pertandingan Kawad Kaki Daerah dan menduduki tempat yang Ketiga. SJAMSUA terus maju kehadapan apabila 2 orang ahli dewasa telah dianugerahkan pangkat Kopral dan dua orang ahli Kadet dianugerahkan pangkat Ketua Kadet.


SEORANG KAWAN .... PELIK TAPI BENAR

Dimanapun kita berada, kita akan bertemu dengan ramai orang dan dalam kalangan mereka ni, ada yang menjadi kawan dan sahabat.... begitu juga dengan aku. Dalam ramai-ramai kawan tu... ada seorang kawan ni yang agak pelik perangainya dan adakala menyebabkan aku jadi serbah-salah... apa tidaknya... dia selalu bercerita tentang peribadinya... peribadi tu pada pandangan aku, cerita yang hanya dikongsi dgn kawan-kawan tertentu dan bersifat 'secret'. Sebagai kawan, aku cuba menjadi pendengar yang baik.. adakala tu dia bercerita dengan penuh perasaan... sedih sampai menangis-nangis. Sudahnya.... akupun menangis sama. Simpati pada dirinya yang sentiasa dirundung malang dan kesedihan. Aku mungkin pendengar yang baik tapi hakikatnya aku lemah dalam hal-hal berkaitan dengan emosi orang lain... aku kelu bila ditanya pandangan aku terhadap masalahnya. Aku sekadar memintanya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah... biasalah... dan selalunya, diakhir perbualan kami... dia akan mengatakan...  KO JANGAN CERITA PADA ORANG LAIN TAU SEBAB AKU CERITA PADA KO SEORANG JE... KALAU ADA ORANG LAIN BERCAKAP, MAKSUDNYA... KO LAH YANG SAMPAIKAN.... dan akupun mengunci mulut...
Tapi yang peliknya tu.... selalunya aku akan dengar kawan-kawan lain bercerita tentang perkara yang sama yang telah diceritakan kepada aku... mulalah aku pening... dulu masa dia bercerita dengan aku, dia kata dia cerita kat aku je tapi hampir semua kawan-kawan yang lain tahu cerita tu... sudahnya, ada sekali tu aku bertanya kawan-kawan yang sedang bercerita tu... siapa yang bagitau mereka... Terkejut ungka aku bila mereka kata kawan tu sendiri yang cerita kat diorang. Sebijik sama pula story line cerita tu... pening ++++++ pelik pula aku. Masa bercerita kat aku, bukan main rahsia lagaknya tapi.... dah jadi cerita sensasi kalangan kawan-kawan... dah tu.. dia pula yang sendiri bercerita. Nak jadi lawak... ayat yang sama juga dia cakap kat setiap orang... KO JANGAN CERITA PADA ORANG LAIN SEBAB AKU CERITA PADA KO SEORANG JE... KALAU ORANG LAIN BERCAKAP  MAKSUDNYA... KO LAH YANG SAMPAIKAN... Apalah agknya maksud kawanku yang seorang ni cakap macam tu... yang menyebabkan aku jadi tambah pelik tu... dah jadi macam tabiat dia pula... hi.hi.hi....

LIKE DISINI

Layout