SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 18 Disember 2010

Ya Allah... Apa tu????? HANTU BUNGKUS!!!!!!!

Salmah sedang bermain batu seremban dengan Jamilah di serambi rumah ketika ibunya memanggil... Salmah bergegas ke dapur tanpa menyahut panggilan ibunya. 
" Kenapa mak panggil mah " Salmah bertanya pada ibunya yang sedang sibuk menggoreng pisang.
" Ayah suruh Mah mandi sebab dah nak dekat Maghrib ni. Lepas Maghrib nanti kita nak ke rumah Pak Anjang kat kampung sebelah sebab ada kenduri arwah selepas Isyak " Panjang lebar ibunya menerangkan.
" Yeh! Yeh! Seronok.. dapat naik... basikal " Salmah menari-nari keriangan. 
Mah gi mandi dulu ye bu." Salmah mencapai tuala yang tersidai dan berlari ke perigi di belakang rumah. Salmah memang suka kalau dapat ikut ayahnya naik basikal. Salmah akan duduk di palang hadapan basikal ayahnya... Ketika menuruni anak tangga, Salmah sempat memberitahu Jamilah yang dia akan pergi ke kampung sebelah malam tu untuk menghadiri kenduri arwah di rumah Pak Anjang. Jamilah tiada pilihan lain.... hatinya masih mahu bermain dengan Salmah tapi.... Salmah dah ke belakang rumah, mandi dan nanti akan ke kampung sebelah bersama ayah dan ibunya. Dengan langkah yang longlai... Jamilah berjalan balik ke rumahnya yang terletak hanya sepelaung dari rumah Salmah.

Selepas solat Maghrib, mereka bergegas bertolak ke Kampung Bakri. Rumah Salmah tidaklah jauh dari rumah Pak Anjang walaupun di kampung yang berlainan. Perjalanan berbasikal hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja cuma Kampung Bakri terletak jauh sedikit ke dalam.... lebih kurang satu kilometer dari jalanraya. Jalan masuk ke kampung itu pula dikelilingi oleh hutan dan kebun pisang. Sepanjang jalan sempit dicelah-celah semak-samun, pepohon getah dan pisang itu.... adakala amat mengerikan terutama bagi mereka yang jarang lalu di kawasan tersebut. Rasa seram... takut... adakala mencengkam hati mereka yang menggunakan jalan itu terutama apabila melalui satu selekoh tajam yang dihujungnya merupakan tanah perkuburan bagi penduduk kampung tersebut.

Ketika Salmah dan keluarganya melalui selekoh itu, suasana masih terang... Jadi mereka tidaklah rasa takut... Sebagai seorang anak kecil... Salmah sedikitpun tidak merasa seram malah dia begitu seronok menikmati angin dingin yang menyentuh pipi gebunya. Sesekali kedengaran suara Salmah menyanyi-nyanyi... "Air pasang pagi... Surut pukul lima... adik bangun pagi, siram pokok bunga..." Ibu dan ayah Salmah hanya tersenyum mendengar Salmah menyanyi. Anak kesayangan mereka itu sememangnya sangat manja, tambahan pula... Salmah hanya satu-satunya anak mereka. Salmah sudah berusia 6 tahun tapi masih belum ada rezekinya mendapat seorang adik.... dan jauh dilubuk hati Salmah, dia memang tak nak ada adik kecil kerana dia risau nanti ayah dan ibunya tidak lagi menyayanginya seperti sekarang.

Ketika mereka tiba dirumah Pak Anjang.... Mak Anjang dan beberapa orang jiran sedang sibuk menyiapkan hidangan. Ayah bergegas ke surau yang terletak tidak jauh dari rumah Pak Anjang manakala ibu Salmah bergegas ke dapur membantu yang lain. Salmah menjerit-jerit memanggil sepupunya Fatimah... Salmah dan Fatimah sebaya cuma badan Fatimah agak gempal berbanding dengan Salmah. Mereka bermain tanpa memperdulikan keadaan riuh-rendah di dapur. Selepas Isyak, rumah Pak Anjang dipenuhi penduduk kampung. Gulai nangka ikan masin dan ikan keli masak merah yang dihidangkan membuka selera mereka yang datang. Mereka makan sambil bersembang. Salmah dan Fatimah masih leka bermain. Mereka dipanggil berulang-kali tetapi mereka tidak mengendahkan. Bermain menyebabkan mereka tidak merasa lapar walau sedikitpun.

Kira-kira jam 10.00 malam... jiran-jiran mula beredar. Kelihatan ibu Salmah, Mak Anjang dan beberapa orang jiran sedang sibuk berkemas di dapur. Ayah Salmah dan Pak Anjang sedang bersembang di serambi rumah sambil menghisap rokok daun. Salmah dan Fatimah masih juga bermain. Mereka jarang berjumpa jadi mereka mengambil kesempatan yang ada untuk bermain sepuas-puasnya. Ketika jam di dinding menunjukkan jam 11.00 malam, ayah dan ibu Salmah memanggilnya... mengajak Salmah balik. Salmah masih belum puas bermain.... Salmah masih belum puas berkawan dengan Fatimah.... Salmah belum puas menghabiskan masanya dengan Fatimah... Salmah memujuk ayahnya dan ibunya agar tidur semalam di rumah Pak Anjang tapi ayah berkeras mahu pulang kerana keesokan harinya, ayah ada kerja penting yang ingin diselesaikan.

Malam itu malam Jumaat dan kebetulan suasana malam gelap gelita tanpa sebijipun bintang menghiasi dada langit. Ketika melalui jalan sempit dicelah-celah semak samun, pepohon getah dan pisang... sesekali kedengaran bunyi burung hantu dan cengkerik. Suasana malam itu terasa lain macam... kedinginan mula menggigit tulang. Salmah duduk di palang hadapan manakala ibunya duduk dibelakang sambil memegang mangkuk tingkat yang berisi gulai nangka dan ikan keli masak merah. Lampu basikal ayah Salmah tidak mampu menerangi jalan yang berlopak-lopak. Ayah Salmah tiba-tiba berhenti. Dia mengeluarkan lampu picit yang dimasukkannya ke dalam sebuah beg buruk yang disangkutkan pada handle basikalnya. Ayah Salmah menyuluh ke sekeliling.... Sesekali cahaya lampu picit itu terpadam... mungkin kerana ayah Salmah sudah lama tidak menukarkan baterinya.

"Abang... yah macam terpandang sesuatu di balik pokok pisang depan sana tu ketika abang menyuluh ke sana tadi " Bisik ibu Salmah perlahan-lahan, takut nanti Salmah terdengar. " Shhhhhh... abang juga nampak " Rahman bersuara. Kedengaran ayah Salmah membaca beberapa potong ayat al-Quran dan kemudiannya menyuruh Salmah memegang lampu picit dan menyuluh jalan.... Ayah Salmah berpesan kepadanya agar tidak menyuluh ke tempat lain. Salmah mengangguk patuh. Ketika Rahman mula mengayuh basikalnya, dia dapat mendengar dengan jelas bunyi benda melompat-lompat di celah-celah semak-samun.... Hati lelakinya mula kecut. Ibu Salmah dibelakang juga ketakutan. Sebelah tangannya memeluk erat pinggang suaminya. Adakala kedengaran seperti bunyi nafas kencang... umpama keletihan mengejar sesuatu.... Bunyi burung hantu juga masih kedengaran.... Sayup-sayup juga terdengar lolongan anjing hutan yang panjang dan amat menyeramkan.....


P/S... Panjang sangat ceritanya... akan disambung....
Semua gambar diambil dari web google.... harap maklum


"GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"

Satu lagi tag... kali ini dari si comel aemy. TQ kerana sudi tag blog CSR. Banyak lagi tag yg belum dilangsaikan ( macam riak jer bunyinya... maaf ye, x maksud gitu..hihihihi) tapi yg ni kena buat dulu sebab tarikh tutupnya ari ni... Fuh! terkial-kial gak ni...
Nak tahu lebih lanjut... 


1. Bannernya yg kat bawah tu... 
( Jangan lupa letak benner kat entry sb wajib kena buat entry tau... )



2. Pemilik blog : THE BEAUTY IN UGLY


3. Empunya blog...
 ( jangan marah ye tuan blog sb letak gambar ni tanpa kebenaran ) 


Foto Saya


4. Hadiahnya memang menarik... semua dari luar negeri... 
Klik SINI kalau nak tengok sendiri
 ( sape nak beri... jadi joinlah contest ni... manalah tahu menang pula.. )


Kata penganjur... entry simple je so dapatkan maklumat lanjut di SINI.


Seperti biasa... kenalah tag teman2 yg lain. Mereka yang bertuah ialah:
GamatriA
tiefazatie
atasnamaaku


APA SALAHKU????




Terasa lucu... sedihpun ada sebenarnya... Perasan tak Mister Linky  kat dalam blog ni? Ada teman yang menggelakkan kerana ianya tak seperti Mister Linky orang lain... Dah buat seperti mana yang sepatutnya tapi gitu pulak jadinya... kena klik dulu barulah muncul di page yang lain... Pelik dan ajaib!!! Rasanya... ramai yang tak perasan akan kewujudannya sebab setakat ni baru ada beberapa orang yang meninggalkan link mereka kat Mister Linky yang hampir tersembunyi tu... 
Jadi sesiapa yang tak perasan.... jomlah bermain sembunyi-sembunyi dgn Mister Linky blog CSR... Kalian cari Mister Linky dulu, bila dah dapat....tinggalkanlah link kalian... nanti CSR cari di mana kalian bersembunyi pula... Hihihihi..

Khamis, 16 Disember 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

السلام عليكم
بسم الله  الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wahai semua tetamu yang terbuka hati untuk membaca entry ini. COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT ini dianjurkan oleh asyfiqaz... Nak tahu lebih lanjut ttg kempen ni...klik jer banner lawa kat atas tu dan anda akan terbang ke blognya. Siapa yang memberi maklumat tentang kempen ni pada saya....???? Seorang penulis yang berbakat dan juga merupakan salah seorang sahabat maya blog CETUSAN SEIKHLAS RASA iaitu immukmin dan saya rasa berbesar hati kerana setidak-tidaknya insan kerdil seperti saya mampu juga menyumbang   walaupun setakat menyokong kempen ini...

Sebelum jari ini mengetuk butang-butang magik di dada keyboard ni dengan lebih pantas... ketahuilah bahawa saya masih lagi merangkak mengejar ilmuNYA.... masih terlalu hijau dalam banyak perkara berkaitan Islam tapi terpanggil utk menyokong kempen ini sebagai peringatan kepada diri sendiri. Ketika awal memeluk Islam, saya agak keliru berkaitan menutup aurat dan saya hanya menjadi pak turut. Saya hanya menjadi pemerhati dan mengikut cara orang lain berpakaian. Kebetulan ibu saya juga seorang saudara baru.... Jadi tiada siapa yang memberikan teguran dan panduan.. Menurut pemahaman saya pada ketika itu,  pakaian cara Islam ialah bertudung, berbaju lengan panjang dan berkain atau berseluar labuh menutupi buku lali. Bila berpakaian demikian.... saya berfikiran yang saya sudahpun dikatakan menutup aurat... 


Diambil dari web google

Tapi.... rupanya saya tersilap kerana bila mengikuti kelas Fardu Ain  anjuran Pejabat Agama Islam, Daerah Sabak Bernam... Ustazah Normah Naumah binti Abdullah ketika itu menegaskan kepada kami saudara-saudara baru yang berpakaian menutup aurat menurut Islam bukan setakat menutup kulit dan rambut tapi lebih terperinci daripada itu. Menurut beliau sepatutnya tudung yang dipakai haruslah dilabuhkan agar mampu menutupi bahagian dada. Baju yang dipakai haruslah longgar iaitu tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan serta bukan daripada fabrik yang jarang. Kain atau seluar juga haruslah labuh dan longgar. Juga kenalah bersarung kaki. 

Diambil dari web google

Mungkin ada yang mengatakan yang saya setakat mengulang perkara yang orang lain lebih tahu tapi itulah yang saya terfikir ketika menerima tag ini. Menulis perkara yang lebih terperinci rasanya diluar kemampuan ilmu yang saya ada ketika ini kerana seperti yang telah saya katakan.... Saya masih belajar. Kerana kempen ini.... saya buka banyak laman web dan blog berkaitan dengn aurat wanita dan alhamdulilah.... banyak juga yang saya pelajari yang selama ini saya tidak pernah memikirkannya atau lebih tepat.... saya buat tak kisah sedangkan sepatutnya saya wajib ambil tahu....

Biasalah......manusia sentiasa meremehkan hukum Allah dan saya sendiri termasuk dalam kalangan mereka-mereka ini... Jom kita sokong kempen ini dan berhijrahlah kita ke arah yang lebih baik dari semalam. Semoga Allah akan terus memberi hidayah dan petunjukNya kepada kita. Semoga nanti... kita ditempatkan dalam kalangan mereka yang diampuni dan di kasihi ALLAH... Berhijrah dari kejahilan adalah satu perkara yang sangat-sangat mencabar kekuatan diri tapi kita dijanjikan nikmat yang tidak mampu kita bayangkan di sana nanti....

Saya tag kepada sesiapa yang rasa nak sokong kempen ni.....

BLOG CETUSAN SEIKHLAS RASA AKAN BEREHAT SEBENTAR BERMULA ESOK SEHINGGA IBU MENJALANI OPERATION. YA ALLAH! BERILAH KEKUATAN DAN KESIHATAN KEPADA IBU....

Rabu, 15 Disember 2010

Tingkatkan Trafik Blog Dengan Sistem Autopost Entry Terbaru Di Malaysia Blogger United !

Malaysia Blogger United

Pernah dengar blog Gempakz Siot....Gi lah jenguk sekejap sebab ada sesuatu yg berharga di sana......
-
-
-
-
-
-
 Ha tulah dia... sekiranya kita join, blog kita nanti akan di 'RSS' kan di Fanpage Malaysia Blogger United. Dalam erti kata lain, selepas  siap menerbitkan (publish) entry di blog sendiri, automatic entry tersebut akan di post/ping kan di Fanpage itu. Yeah! Kini kita boleh melakukannya secara percuma ! Hanya perlu meletakkan banner yang telah disediakan ke dalam blog kita dan yang penting backlink ke Fanpage Malaysia Blogger United.  Boleh juga klik kat banner yg lip lap tu.... nanti anda akan sampai di sana.... Ala! klik jer.... x meletup pun...hihihi.. Yang penting tu... free di zaman semua barangan naik harga ni..

Jom... jom.... jom... jom... jomlah...

Isnin, 13 Disember 2010

AWARD FOLLOWER TERHEBAT


Bagi menghargai semua follower blog CETUSAN SEIKHLAS RASA..... dengan berbesar hati saya ingin memberikan AWARD FOLLOWER TERHEBAT yang tidak seberapa ini kepada mereka. Semoga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Mereka adalah antara kekuatan blog CETUSAN SEIKHLAS RASA... Tanpa mereka... siapalah FUZIANI JSR. Sudi-sudikanlah mengambil award ni walaupun tidaklah sehebat mana...





































SEGMEN PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ?

Seperti hari-hari yang lepas.... kalau ada free, selalunya saya berblogwalkinglah  kerana saya memang suka membaca entry2 teman yang lain disamping menambah kenalan.... Ketika sampai ke blog popular milik Ben Ashaari ( bukan mengampu ye.... tengok follower die pun dah tahu blognya popular ), aku tertambat hati dengan segmen terbaru beliau. Nak tahu segmen apa??? Klik kat SINI.  So, tanpa lengah-lengah.... sayapun joinlah...

  • Header Ben Ashaari Blog  - Dah letak dah... Klik je kat header tu... meluncurlah anda ke sana dalam sekelip mata...
  • Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke entri ini  Dah letak tajuk tu dan dah linkkan seperti yang disyaratkan...

  • Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..Dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka....

  • Apakah maksud disebalik nama blog korang ..Entry dalam blog ni kebanyakannya tentang apa yang saya rasa, apa yang saya alami, apa yang  saya dengar, apa yang saya lihat dan apa yang saya faham.. Jadi kalau ikut kamus tu, maka sesuailah saya menamakan blog ini dengan nama CETUSAN SEIKHLAS RASA

  • Siapa orang kuat blog korang tu ..Orang kuat....? Soalan bocor ni.... tentulah empunya blog, pengikut-pengikut setia dan juga mereka yang selalu terjah cbox dan shoutbox blog saya..

  • Angan angan terhadap blog tu ..Boleh jadi blog sehebat blogger2 popular seperti blog Ben Ashaari...hihihihi. Semoga satu hari nanti, trafficnya mencecah ratus-ratusan sehari... Amboi! Tingginya anganku....

  • Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..Setakat ni.... tak terfikir lagi tentang tu..... Tapi terfikir nak buat satu blog lagi dengan nama SINDING SUMANDAK SABAH...

  • Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana...Kat mana ye... ntahlah! Senang upah ribu2 kat En. Ben utk iklankan... ok tak?

  • Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer http://atasnamaaku.blogspot.com

  • Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..
    Saya dapat meluahkan segala apa yang bersarang di hati di dada blog ini dan membacanya semula ketika ada masa free.... tepat 20 perkataan tu...
  • Ahad, 12 Disember 2010

    BLOGWALKING TOOL VERSI BARU

    Semasa berblog walking tiba-tiba terjumpa benda ni kat blog jiwakacau. Baca dua tiga kali.... tapi macam x faham gak... Tapi rasa-rasanya da kaitan jugak dengan blogwalking.... So, baik aku join jer... TQ bebanyak kat jiwakacau yang terbuka hatinya nak buat amal jariah macam ni... Kalau x masuk list pun tak pe.... tu namanya dah bukan rezeki...




    Blogwalking Software New Version

    Sekiranya nak tahu lebih lanjut tentang Version terbaru software ni... kliklah kat banner tu dan anda terbang ke blog yang canggih manggih tu... atau klik kat http://www.jiwakacau.com/2010/12/blogwalking-software-new-version/  Jumpalah segala keterangan dan maklumat yang mungkin anda nak tahu. Disebabkan antara syaratnya kena tag kat kawan-kawan... maka mereka ini ditag....
    kudoprogon
    GamatriA

    MENDUNG AKHIRNYA PERGI JUA





    Annie dilahirkan dalam keluarga yang miskin... Setelah ibubapanya bercerai, Annie dititipkan di bawah penjagaan makciknya kerana ibunya terpaksa bekerja untuk menyara hidup mereka. Terlalu banyak kepayahan yang dilaluinya menjadikan dia seorang kanak-kanak yang sentiasa murung. Ketika menginjak usia remaja, dia telah ke bandar dan tinggal bersama ibunya setelah ibunya berkahwin lagi dengan bapa tirinya, En. Ambrose. Kesibukan ibu dan ayah tirinya menyebabkan Annie banyak menghabiskan masa bersendirian. Ketika di tingkatan 6 Atas, Annie telah berkenalan dengan seorang  pemuda. Ronnie, pemuda sino kadazan yang tinggi lampai dan berkulit sawo matang telah menambat hati Annie. 

    Sejak berkenalan dengan Ronnie, sikap Annie mula berubah. Dia sering keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya. Annie menghabiskan masa melepak bersama Ronnie dan rakan-rakannya yang lain. Selepas waktu sekolah, dia tidak terus balik ke rumah tapi berlegar-legar di pusat membeli-belah atau menonton wayang bersama Ronnie dan kawan-kawannya yang lain. Malahan, Annie mula liat menghadiri kelas tambahan. Cara berpakaian Annie juga semakin mencolok mata.... 

    Sebagai seorang ibu, Pn. Reetha sangat risau dengan perubahan Annie. Pn. Reetha juga malu kerana dia sudah kerap dipanggil ke sekolah. Jiran-jiran dan rakan-rakannya juga selalu bercerita tentang Annie. Bila ibunya menasihatkannya.... Annie akan mengamuk dan menghempas semua barang yang mampu dicapainya. Pernah beberapa kali Annie mengugut ibunya untuk lari dari rumah kerana ibunya menegur caranya berpakaian. Annie juga sering ponteng sekolah. Ibu  amat risau kerana Annie bakal menduduki peperiksaan STPM. Pn. Reetha sering menangis mengenangkan sikap Annie. Adakala tanpa segan silu Annie akan menengkingnya walaupun di hadapan orang ramai. Annie seakan-akan membenci ibu dan ayah tirinya, pantang ditegur... dia akan mengamuk dan keluar rumah, entah kemana... 

    Langit tidak selalu cerah.... Suatu petang, ketika Annie pulang dari bandar bersama-sama Ronnie dan rakan-rakannya, mereka telah terlibat dalam  satu kemalangan.  Kemalangan itu menyebabkan Annie kehilangan kaki kirinya sehingga ke lutut dan terpaksa berkerusi roda. Ronnie dan teman-temannya cuma cedera ringan. Sejak berkerusi roda, Ronnie dan teman-temannya mula menjauhkan diri darinya. Umpama jatuh ditimpa tangga... Annie menerima sepucuk surat buang sekolah sedangkan peperiksaan STPM hanya tinggal 3 bulan lagi. Annie menangis penuh penyesalan...

    Keadaan semakin rumit apabila En. Ambrose diistiharkan muflis kerana rakan kongsinya telah menggelapkan wang syarikat menyebabkan syarikat mereka tidak mampu membayar hutang bank. Mereka kehilangan semua harta benda.  Annie berkerusi roda dan En. Ambrose stroke kerana serangan jantung. Segalanya terpikul dibahu Pn. Reetha.... Annie meneruskan perjuangan dalam kepayahan. Akhirnya Annie berjaya ke menara gading dan berkenalan pula dengan Amran, bakal doktor... Ketika itu hidayah Allah tiba....


    Sinopsis cerita ini ditulis untuk menyertai kontest anjuran salah seorang sahabat maya iaitu immukmin dalam Syoknya!! Berilusi, Bersama Immukmin'. Bagi memenuhi syarat yang dikehendaki maka dengan itu saya mengtag 3 orang rakan maya yang lain iaitu




    Sabtu, 11 Disember 2010

    “ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”



    Contest Anda Tulis,Anda Menang
    “Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com &Gempak[Dot]Org”

    Cerpen ini adalah hasil nukilan bersandarkan pengalaman penulis sendiri... Sekadar berkongsi kesedihan bersama mereka yang sudi membacanya. Pernah diterbitkan sebagai entry di dalam blog ini... Ketika berblogwalking ke blog-blog teman, bertemu dengan blog 
    http://www.suarapeople.com/ yang menganjurkan satu kontest yang amat menarik.... Jadi, saya pertaruhkan cerita ini. Ingin mengetahui lebih lanjut tetang kontes ini... sila klik kat  SINI.... Jom kita meriahkan lagi pertandingan ini...



    Hujan turun semakin lebat dan aku masih duduk di pondok kecil di tepi sawah.... semua kenangan silam singgah tanpa diundang dan seakan aku terlihat Ama sedang membajak sawah dengan kerbau kesayangannya... sedangkan aku duduk di atas kerbau dengan riang sekali.... Nun jauh di petak sana, Ina sedang terbongkok-bongkok menanam padi...sesekali Ina mengesat peluh di dahinya. Ketika itu aku masih terlalu kecil untuk memahami kepayahan... aku hanya tahu meminta dan bermain... Ama dan Ina membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan juga padi huma untuk meneruskan hidup karana Ibu tidak mampu menyediakan semua... tambahan ketiku itu bapa kandungku berada entah di mana... Ibu terpaksa menitipkan aku pada Ina dan Ama, berkerja untuk menyaraku dan membantu meringankan sedikit beban Ina dan Ama. Apa yang aku tahu ketika itu.... aku hanya tahu menangis bila aku sakit... aku hanya tahu menangis bila aku nakkan sesuatu.... aku hanya tahu menangis bila aku dimarah kerana nakal... hanya itu yang aku tahu...















    Ama dan Ina tidak pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa dilalui... Mereka sentiasa menyayangiku. Kasih sayang yang mereka berikan membuatkan aku lupa yang aku telah kehilangan seorang bapa... pergi tanpa sebarang jejak... Hujan semakin reda tapi kenangan-kenangan itu semakin galak datang silih berganti.. Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila suamiku menyentuh lembut bahuku... Rupa-rupanya sudah jam 10 pagi dan kami harus ke hospital menjenguk Ama. Aku mandi dan menyiapkan apa yang patut... bubur nasi kegemaran Ama. Sepanjang jalan aku mendiamkan diri... Semalam ketika meninggalkan Ama di wad, aku lihat garis-garis kesedihan di wajahnya walaupun dia cuba tersenyum ketika anak sulungku mencium dahinya. Kata-kata doktor semalam benar-benar meragut semangatnya yang tinggal. Dia seakan berserah.... Allah memanggil Ina setelah disahkan menghidapi kanser dan dia merasakan yang dia juga tidak lagi mampu bertahan dengan pembunuh itu!!!


    Ketika sampai di wad... aku lihat katil Ama kosong. Dadaku berdebar. Aku bergegas ke kaunter pertanyaan... bertanya pada jururawat di sana. Rupanya Ama dibawa ke bilik pemeriksaan untuk mendapatkan tisu di paru-parunya. Hampir sejam kami menunggu, akhirnya Ama ditolak keluar dari bilik pemeriksaan. Ama kelihatan sangat lemah... jauh berbanding dengan keadaannya semalam. Setelah dipindahkan ke katilnya... Ama membuka sedikit kelopak matanya dan bertanya tentang Ina... Aku menangis... Dia berkata sambil berbisik yang dia baru berjumpa dengan Ina. Aku berlari ke taman... aku menangis sepuas-puas hatiku.

     Ya Allah! janganlah ambil Ama dari kami ketika ini.... kami baru sahaja kehilangan Ina!! Setelah reda tangisku... aku teringat bubur nasi yang kubawa. Kebetulan suamiku memanggilku. Doktor ingin berjumpa denganku. Doktor memaklumkan yang Ama akan menjalani rawatan kemoterapi di SMC esok... Doktor juga menjelaskan, usia Ama memungkinkan rawatan ini menjadikannya lebih lemah dan tidak berdaya tapi hanya itu rawatan yang mampu diusahakan oleh pihak hospital.... Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku... Apa lagi yang mampu aku lakukan... Aku tidak punya pilihan yang lain... Aku mahu Ama sembuh seperti dahulu...

    Hari itu Ama makan bubur nasi yang kubawa dengan berselara sekali. Hatiku sedikit berbunga... Semoga esok Ama akan lebih sihat dari hari ini... Namun itulah kali terakhir Ama menjamah bubur nasi yang kubawa kerana selepas itu selera makannya hilang terus.... Doktor kata.. itu adalah kesan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya. Sejak itu... Ama semakin lemah dan tidak berdaya... hendak ke tandas, harus ada orang yang memapahnya... Ama sudah tidak merokok lagi.... Ama sudah tidak mahu ketawa lagi.... Ama sudah tidak mahu makan lagi.... Ama sudah tidak mahu bercerita lagi.... Setiap kali kami datang... Ama cuma tersenyum dan berbisik yang ajalnya semakin hampir.... Luluh hatiku... kata2 semangat yang kami berikan sudah tidak bermakna lagi.... Ama sudah berserah pada takdirnya... 

    Cuti berakhir dan kami terpaksa pulang. Aku mahu memohon cuti tanpa gaji tapi Ibu tidak bersetuju kerana siapa yang akan menguruskan anak-anaku yang bersekolah. Aku pulang ke Selangor dengan hati yang berat sekali.... Ama menangis... dan pertama kali aku melihat suamiku menangis. Ama dan suamiku memang rapat sekali... Ama juga nampaknya amat menyayangi suamiku... Aku bisikkan di telinga Ama yang kami akan kembali secepat mungkin sekiranya dia memerlukan kami di sisinya... " Baliklah... ko kan mo kerja... anak2 ko mo sikulah.. Ama nda apa2... janganlah kamu risau. Kalau ada apa2 nanti mummy ko kasi tau juga"  Aku menangis.... aku tidak mampu menyembunyikan perasaanku...

    Setiap hari aku menghubungi Ibu bertanyakan khabar Ama... Ibu tentu tertekan dan letih kerana berulang menjenguk Ama... Ayah ( bapa tiri ) pula masih belum sembuh sepenuhnya... setiap hari terpaksa menelan berpuluh biji ubat... makan juga harus dijaga kerana jantungnya masih lemah. Ibu lakukan semua itu berseorangan... Aku rasa amat bersalah... Aku cuba berbincang dengan Ibu untuk bercuti tanpa gaji tapi Ibu membantah dengan keras... Aku dan suami tidak mampu melakukan apa2... Suamiku minta aku bersabar. 

    Setelah tiga bulan di hospital, Ama dibenarkan balik... khabar yang Ibu sampaikan itu sedikit mengembirakan. Ibu kata Ama sudah mula mahu makan nasi... Aku gembira. Ama sudah mahu bercerita.... Aku gembira. Rasa tidak sabar menunggu cuti semester 1.... Rindu mahu berjumpa dengan Ama. Setiap kali menelefon... suara Ama tidak jelas kedengaran... adakala seperti semput!! 

    Cuti datang lagi.... Aku sekeluarga pulang ke Sabah. Ketika dalam perjalanan dari Airport, ayah memberitahuku perkara sebenarnya. Ama dibawa pulang kerana pihak hospital sudah tidak mampu melakukan apa2 lagi. Sebelah paru-paru Ama sudah dimamah si pembunuh dan paru2 yang sebelah lagi juga telah dijangkiti. Ama selalu batuk darah dan adakala juga darah itu keluar dari hidungnya.... Ayah juga beritahu, Ama sudah tidak mampu berjalan sendiri... hatta nak bangunpun perlu dibantu oleh orang lain. Ayah juga beritahu... adakala Ama tidak mampu mengenali orang di sekelilingnya. Ayah juga beritahu.... adakala Ama batuk tidak berhenti sehingga tidak boleh bernafas... Ayah juga beritahu, sebahagian daripada badan Ama iaitu dari bawah dada hingga ke kaki membengkak kebiru-biruan... Rupanya selama ini Ibu dan ayah menipuku kerana tidak mahu aku bersusah hati.... Aku rasa marah.... Aku rasa sedih.... Aku rasa kecewa.... tapi.... aku telan semuanya dalam tangis yang berpanjangan...

    Ketika kami tiba di rumah... Ibu menerkamku dan memohon maaf kerana menipuku selama ini. Aku tahu niat Ibu baik.... Aku memeluknya dan kami menangis. Setelah aku mampu mengawal diriku... aku menjenguk Ama di biliknya. Ama sedang tidur... tubuhnya terlalu kurus... umpama rangka yang dibalut kulit. Matanya sudah terperosok jauh ke dalam... pipinya cengkung dan dia tidak lagi seperti Ama yang pernah kukenal... Tiba2 kakiku terasa kebas... aku seperti mahu pitam... Aku menyandar ke dinding dan duduk perlahan-lahan... Aku menangis... Tiba2 Ama tersedar... berpaling ke arahku. "Jenny... ko suda balik? Ama ingat ko nda balik... Ama ingat kita nda jumpa lagi..." Aku merangkak mendekati katilnya dan memeluknya... Dia menangis dan aku menangis.... Seisi keluarga menangis....

    Keesokan harinya... aku ke pekan bersama suamiku. Aku membeli beberapa ketul gambir ( dimakan oleh orang2 tua bersama daun sirih dan kapur sirih ) dan sayur kegemarannya... sayur sawi cina. Aku membeli gambir kerana ibu mertuaku pernah memberitahuku yang gambir sangat mujarab untuk meredakan bengkak. Setiba sahaja di rumah... aku merendam  sedikit gambir tersebut dengan air panas. Setelah larut... aku menyapunya kebahagian badan Ama yang membengkak... Ama diam sahaja tanpa bertanya apapun. Setelah itu... aku masak bubur nasi. Sayur sawi cina yang kubeli tadi... aku bersihkan dan potong halus2 lalu aku masukkan kedalam blender... Kemudian, aku menumis sayur sawi cina tersebut dan mencampurkannya kedalam mangkuk berisi bubur nasi... Ama makan dengan berselera sekali...

    Petang itu... Ama bangun sendiri dan berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Kami sangat terkejut... Ama menunjukkan bengkak di badannya sudah susut. Aku gembira.... dan kami bersembang sehingga jam 5.00 petang. Setelah Ama mandi... dia makan lagi... dan bersembang dengan suamiku sehingga jam 8.00 malam. Setelah minum ubat... Ama masuk ke biliknya dan tidur. Hampir jam 11.00... kami terkejut bila Ama tiba2 memanggil Ibu... Kami bergegas ke biliknya. Dia bercakap sambil berbisik yang Ina datang menjemputnya.... Ibu mula menangis.... Aku masih dapat mengawal perasaanku. Aku menyuruh Ama tidur... Aku beritahu Ama yang dia cuma mengigau dalam tidur... Ama tidur semula...

    Jam 2.00 pagi... Ibu mengejutkan kami. Ama sesak nafas.... Aku naik ke katil dan memangkunya... Ama tidak boleh bernafas... jelas kelihatan urat-urat di lehernya menahan kesakitan... Ibu menangis dalam keadaan panik... " Ama... uda poh kumawo Ama... " ( Ama... jangan pergi ).  Aku mengurut-ngurut dada Ama... air mataku deras mengalir. Tapi ketika itu aku pasrah sekiranya Ama pergi.... Aku tidak sampai hati melihat keadaannya. Keadaan Ama tiba2 reda... dia bernafas seperti biasa... Aku memanggilnya... Ibu memanggilnya... Ama buka matanya perlahan-lahan... memandangku... memandang Ibu.... memandang suamiku.... memandang ayah.... satu persatu dipandangnya. Ama kemudiannya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya... umpama merasa kelegaan. Ama kemudian perlahan-lahan menutup matanya... rapat-rapat!!! Ama pergi jua akhirnya dalam pangkuanku... ketika seisi keluarga kami yang kecil berada di sisinya. Aku kehilangan lagi.... Kami kehilangan lagi.... Keluarga kami semakin kecil...




    P/S... A million thanks... khas buat penganjur kontest yang pasti gempak ni!!!


    LIKE DISINI

    Layout