SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 1 Oktober 2010

HINATA ( Sejenis makanan tradisi masyarakat Sabah )

Hinata merupakan salah satu makanan popular dalam masyarakat Dusun di Sabah. Bagi masyarakat Kadazan pula, makanan ini dikenali sebagai Hinava. Hinava pada kebiasaannya dibuat daripada isi ikan tenggiri atau ikan pari. Isi ikan ini dibersihkan dan dicincang halus. Ada sesetengah generasi muda sekarang yang mencelur isi ikan ini dengan air panas sebelum digaulkan dengan bahan-bahan lain tetapi resepi asalnya, isi ikan ini dibiarkan mentah.
 
Isi ikan ini kemudiannya digaulkan dengan cuka bahar iaitu cuka yang dibuat daripada nira kelapa. Cuka ini berwarna kemerah-merahan, tidak seperti cuka yang kita beli di pasar atau di kedai yang jernih seperti air. Isi ikan  yang telah digaul dengan cuka diperap beberapa minit untuk memastikan ianya masak.. ( menurut ama' ( atuk ) cuka bahar yang digunakan tujuannya supaya isi ikan tersebut masak ).
Setelah diperap beberapa minit, isi ikan ini kemudiannya digaul bersama bahan-bahan lain iaitu daun bawing ( daun kemangi ) yang dihiris halus, bawang dan cili padi. Daun bawing boleh juga digantikan dengan daun ransa'-ransa' ( pucuk ulam raja ) memandangkan daun ini sukar untuk ditemui terutamanya di Semenanjung Malaysia.
Inilah resepi tradisional hinata yang diajar oleh ama' kepadaku semasa aku kecil dahulu. Resepi hinata ini telah banyak mengalami perubahan dan telah dikomersialkan... hinata kini boleh didapati di hotel-hotel besar di seluruh negeri Sabah tapi bagi aku... resepi tradisinya akan terus aku pertahankan. Alhamdulilah... suami dan anak-anak suka resepi hinata ama'.

Tiada ulasan:

LIKE DISINI

Layout