Antara buah yang terkenal di Sabah. Dikenali sebagai buah Belunu atau Bundu dalam kalangan masyarakat Dusun. Adakala buah ini rasanya manis tapi adakala juga masam-masam manis. Selama bermastautin di semenanjung hampir 20 tahun, tidak lagi dapat merasakan keenakan buah belunu. Setiap kali pulang ke sana, bukan pada musim buah ini... Bukan rezeki agaknya.
Ketika mula2 duduk kat Sabak Bernam... terjumpa seorang makcik yang menjual buah ni. Alangkah gembiranya hati... maka aku membeli kesemuanya, lebih kurang dalam 12 biji. Sesampai di rumah, tanpa bertangguh... kukupas kulit sebiji daripadanya. Bila makan.... Alahai!!!! masamnya... sangat-sangat masam. Risik punya risik... kawan mengatakan di Sabak Bernam buah tu dibuat sambal belacan... Patutlah masam.... Sudahnya, yang selebih tu masuklah ke dalam tong sampah. Tak larat rasanya nak makan......
Hujung minggu ini.... aku dan ibu akan pulang ke Sabah untuk beberapa hari.... Dan musim buah Belunu baru sahaja berakhir.... Tak ada rezeki lagi nampaknya. Nasib bukan mengidam... kalau tidak, naya je baby yg bakal lahir.... hihihihihihihihihihihihihi.....
2 ulasan:
wah..sis preggy ke?tahniah2..hee
Salam Yong Fuzjee, ni nampk cam buah binjai. Kalau buah binjai kat Perak kekadang ada. Lazimnya kat rumah kami, kami buat sambal, hiris pastu tumbuk dgn sambal belacam...hmmm sedap!
Catat Ulasan