SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Jumaat, 15 Februari 2013

SOLAT DI BALKONI SURAU......

Hari ini ada kuliah bulanan di Pejabat Agama Daerah Sabak Bernam jam 5 petang sedangkan waktu Asar masuk jam 4.51pm. Jarak rumahku dgn PAID lebih kurang 16km, bermakna aku dan ibu kenalah solat Asar dlm perjalanan. Tiba di masjid, jam sudah menunjukkan pukul 4.50pm. Seganlah pula sb ramai jemaah lelaki masih berdiri dan bersembang di hadapan masjid. Aku dan ibu mengambil keputusan untuk bersolat di surau berdekatan PAID. Ketika kami tiba, tinggal dua orang jemaah sedang bersembang di tempat pakir kereta. Ketika aku keluar dari kereta, salah seorang jemaah itu bertanya samada kami singgah untuk bersolat. Aku mengiyakannya. Alhamdulilah, peramah. Kemudian dia bertanya lagi....."Ada bawa telekung ke?" Aku menjawab, " Ada pakcik". "Haaaaa.... boleh-boleh", katanya. Hatiku berdetik, mungkin surau tu tak menyediakan telekung atau mungkin telekung dibasuh. Kedua-dua jemaah itu kemudiannya beredar.

Memandangkan aku dan ibu mengejar masa maka kamipun bergegas ke ruang wuduk wanita di tepi sebelah kiri bangunan surau. Sempat aku melihat sekitar...."cantik dan bersih surau ni", detik hatiku. Setelah selesai berwuduk, akupun  bergegas ke ruang solat perempuan. Alamak! Kunci pula pintunya. Aku cuba membuka pintu hadapan, pun berkunci. Aku ke sebelah kanan bangunan surau.... ada pintu! Laaaaaa berkunci juga. Bila kembali di ruang hadapan, barulah aku perasan..... ada sejadah disediakan di luar. Barulah aku faham kenapa pakcik tadi bertanya ttg telekung. Sedih.... tapi mereka mungkin ada alasan sendiri. Alhamdulilah..... masih ada ruang utk kami menunaikan kewajipan kami. Maka aku dan ibu bersolatlah di ruang balkoni surau. 


Ibu sedang bersolat....

Sabtu, 2 Februari 2013

AYAH.......

Pic dr google

Sedang aku termenung.... teringat bekas anak muridku beberapa tahun dahulu...
"Teacher.... ayah saya dah uzur, saya dan adik-adiklah yg menguruskan keperluan ayah sejak ibu pergi meninggalkan kami. Ayah tak mampu bangun sendiri, malah makan dan minumpun kami yang uruskan. Pagi sebelum ke sekolah, saya masak dulu teacher. Sebelum adik saya yang sekolah sesi petang tu pegi sekolah, adik mandikan ayah dan suapkan ayah makan. Bila adik pegi sekolah, makcik yang duduk sebelah rumah akan jenguk-jengukkan ayah sampai saya balik sekolah. Sebab itulah saya jarang datang kelas tambahan teacher. Kakak pula terpaksa berkerja untuk menampung keluarga kami." 

Ketika itu hati kecilku tersentuh.... "Semoga Allah permudahkan segalanya bagimu wahai anak muridku. Kau anak yang baik.... mulianya hatimu pasti diberi ganjaran baik di kemudian hari... Bertuahnya seorang ayah yang punya anak sebaikmu". Bisik hati kecilku.


Tiba-tiba aku teringatkan ayah mertuaku di kampung. Alhamdulilah.... walaupun usianya sudah menginjak angka 88 tahun tapi Aboh masih mampu menguruskan dirinya sendiri biarpun kekuatannya kian dimamah usia. Harinya banyak dihabiskan di masjid dan rumah sahaja. Dia yang sememangnya tidak banyak bercakap semakin menjadi pendiam. Pernah sesekali dia bersembang denganku, dan aku pasti.... dia merindui ibu mertuaku yang telah pergi 12 tahun lalu. Aku sebenarnya kagum dengan ayah mertuaku. Kasihnya pada ibu mertuaku sungguh dalam.... Aku melihat air matanya bergenang setiap kali bercerita tentang ibu mertuaku, biarpun sudah sekian lama dia ditinggalkan. Semoga roh ibu mertuaku tenang di sana. Semoga Aboh terus sihat meniti usia tuanya. Semoga Allah jadikan kami anak- anak yang terbaik untuknya.



COMOT.... MULIANYA HATIMU.


Maaf kerana gambar tidak ditapis...... 
Itulah aksi salah seekor kucing di rumah ni. Kami sekeluarga memanggilnya 'Oren' kerana matanya sedikit keorenan. Bila pendingin hawa dipasang maka  Oren akan naik ke katil untuk tidur dan selalunya... begitulah aksi tidurnya.

Ibu kepada oren kami panggil Comot. Seekor ibu kucing yang mithali. Beberapa bulan yang lalu, kami mengutip seekor anak kucing dari pasar dan kami namakannya 'pungut'. Tanpa rasa janggal, Comot menyusukan Pungut seperti anaknya sendiri.

Bulan lepas, salah seekor ibu kucing kami yang dipanggil 'Grey' beranak. Banyaknya anak Grey.... 5 ekor. Dua minggu lepas, Comot juga beranak, 2 ekor anaknya. Entah apa yang dirajukkan oleh Grey sehingga melarikan diri bersama 2 ekor anaknya dan meninggalkan yang 3 ekor. Bertuah punya Grey!!!! Melalaklah anaknya kelaparan. 

Kasihan melihat anak-anak Grey maka kami memindahkan anak-anak Grey ke tempat Comot. Sungguh tidak disangka.... Comot menyusukan anak-anak Grey!!! Hati tersentuh dengan kebaikan Comot. Comot semakin kurus dan tidak berdaya.... Alhamdulilah, bila ibu selalu melebihkan Comot.... dia semakin sihat. Semoga Comot akan terus sihat dan membesarkan anak-anaknya.




Draft yg x sempat dipublishkan tahun 2012... sekarang ni si pungut da besar n nakal.

LIKE DISINI

Layout