Ketika tiba di Melbourne International Airport, Zizie di selubungi keterasingan dan kesunyian biarpun suasana begitu sibuk. Tiada siapa menjemput Zizie kerana dia tidak memberitahu Amran mahupun anak-anak tentang kepulangannya. Semalam dia ada menghubungi Daniel anak sulungnya. Daniel memberitahu yang mereka ke rumah Uncle zahid iaitu sepupu Zizie yang tinggal di Perth memandangkan ayah mereka outstation selama seminggu.
Ketika Zizie tiba di hadapan rumahnya, dia sedikit kehairanan melihat kereta suaminya berpakir di garaj. "Biasanya Amran memandu keretanya ke airport bila dia outstation tapi kenapa keretanya ada di garaj?" Zizie bertanya dalam hati. Zizie mengeluarkan kunci dan membuka pintu hadapan. Ketika melangkah masuk, Zizie terdengar bunyi tawa seorang perempuan dari tingkat atas. Zizie menapak anak-anak tangga perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Zizie bila melihat Amran sedang memangku seorang perempuan dalam keadaan mereka yang sangat mengaibkan. Amran terperanjat melihat Zizie lalu menolak kasar perempuan dipangkuannya dan mencapai kain pelekat dihujung katil. Perempuan itu memandangnya dengan senyuman yang sangat menjengkelkan. Mengutip baju T biru, menyarungkan ke tubuhnya yang langsing dan kemudiannya pergi. Dia sempat membisikkan sesuatu di telinga Amran dan mengucup pipi Amran sebelum mencapai segugus kunci di atas meja.
Zizie hanya memerhati dalam kebingungan... dia tidak tahu samada dia marah atau sedih ketika itu. Air matanya deras mengalir membasahi pipi melihat kecurangan Amran. Selama ini, dia hanya mendengar dari mulut kawan-kawan mereka tentang hubungan sulit Amran di luar tapi kali ini Allah menduganya dengan melihat kecurangan Amran dengan matanya sendiri. Zizie rasa dirinya terlalu bodoh..... Zizie merasakan dirinya terhina... Setiap sendinya terasa ngilu... hatinya sakit bagai dihiris-hiris. Amran menghampiri Zizie, cuba memeluk zizie yang sudah mula gagal mengawal tangisannya. Zizie meronta kebencian dan menampar pipi Amran sekuat hatinya... Amran terus memeluk Zizie."Maafkan abang Gee, berilah peluang pada abang untuk menerangkannya" Berulang-ulang Amran memujuk tapi hati zizie sangat sakit. Zizie menepis tangan Amran yang mahu menyeka air matanya. Zizie tidak sanggup melihat sendiwara Amran. Dia berlari masuk ke bilik Daniel dan mengunci dirinya.
Zizie menangis sepuasnya. Hati Zizie hancur. Dia tidak menyangka Amran sanggup bertindak sejauh itu. Selama ini dia berusaha untuk menjadi isteri yang solehah. Menjadi isteri yang sering memaafkan. Walau bagaimanapun, Amran tidak pernah menghargai segalanya. Patutlah sepanjang Zizie berada di Malaysia, Amran tidak pernah sekalipun menghubunginya. Selalunya, Zizie yang menghubungi Amran tapi Amran sentiasa memberi alasan dia sibuk. Zizie tidak tahu berapa lama dia terperuk di dalam bilik Daniel. Berkali-kali Amran menghubungi telefon bimbitnya tapi Zizie membiarkannya sahaja. Hatinya benar-benar terluka. Zizie menangis dan terus menangis sehinggalah akhirnya Zizie terlena.
Amran yang masih berusaha mencari kunci bilik Daniel diburu kerisauan. Amran sudah tidak mendengar tangisan Zizie. Dia bimbang sekiranya Zizie melakukan sesuatu yang di luar jangkaannya. Amran akhirnya akur lalu menghubungi Zahid setelah usahanya memujuk Zizie tidak berjaya. Dia menceritakan segalanya pada Zahid dan meminta Zahid datang segera. Sementara menunggu ketibaan Zahid, Amran nekad memecahkan pintu bilik Daniel. Alanglah terperanjatnya Amran melihat baju Zizie dibasahi darah merah pekat yang hanyir. Zizie rupanya mengerat pergelangan tangannya. Air mata penyesalan membasahi pipi Amran. Sikapnya telah membunuh kewarasan Zizie. Amran kemudiannya menghantar Zizie ke hospital berdekatan. Dalam perjalanan, Amran masih memikirkan satu perkara. Dia tidak melihat apapun benda tajam di sekitar Zizie sebentar tadi. Pelik....
Selepas beberapa hari di hospital, Zizie kemudiannya dibenarkan balik. Sepanjang masa Amran menemaninya biarpun Zizie sering memperlihatkan kebenciannya pada Amran. Amran mengakui kesalahannya dan cuba merayu kemaaf Zizie. Kali ini Zizie nekad tidak mahu memaafkan Amran. Zizie sudah merancang kehidupannya sendiri selepas keluar dari hospital nanti. Iqbal sering menghubungi Zizie. Pada Iqbal Zizie menceritakan segalanya. Iqbal sentiasa memberikan semangan buat Zizie dan menerima segalanya sebagai ketentuan Allah. Sedikit demi sedikit Zizie menerima segala kejadian itu. Zizie mahu melupakan segalanya dan memulakan kehidupannya yang baru. Amran perasan Zizie sering dihubungi oleh seseorang. Perasaan cemburunya adakala membuak namun dia pendamkan segalanya kerana tidak mahu memburukkan lagi hubunganhya dengan Zizie.
Puas sudah Amran memujuk Zizie tapi Zizie tetap dengan keputusannya untuk pulang ke Malaysia dan tinggal bersama ibunya. Zizie sudahpun menguruskan perpindahan anak-anaknya termasuk persekolahan dan sebagainya. Dia juga meminta agar Amran melepaskannya. Amran amat terkejut dengan keputusan Zizie. Amran berkeras tidak mahu menceraikan Zizie tapi Zizie nekad dengan keputusannya biarlah dia digantung tanpa tali, dia lebih menyanggupinya daripada terus hidup sebumbung dengan Amran. Amran kehilangan kata-kata. Dia amat menyesali kesilapannya.Zizie menceritakan segala-galanya pada Iqbal. Iqbal bersedia mengambil Zizie sebagai isterinya yang sah selepas tempoh edah namun Zizie menolaknya dengan sebaiknya. Hatinya tertutup rapat. Dia kini yakin bahawa Iqbal hanya dianggapnya sebagai seorang sahabat. Sehari sebelum Zizie bertolak pulang ke Malaysia, Zizie terkejut dengan kehadiran dua orang polis ke rumahnya. Mereka memaklumkan Amran terlibat dengan kemalangan ngeri. Kereta Amran terbakar dan meletup sebelum terhumban ke dalam tasik. Zizie jatuh terjelepuk tidak sedarkan diri. Setelah sedar, Zizie seperti kebingungan. Keluarga Amran akhirnya sepakat meminta Laily, adik Amran untuk menemani Zizie pulang ke Malaysia. Mereka akan menguruskan segalanya yang berkaitan dengan Amran dan akan memaklumkannya kepada Zizie. Mereka bersimpati dengan keadaan Zizie. Mereka tidak mahu Zizie terus dibebani derita.
Setelah beberapa bulan berada di Malaysia, keadaan Zizie beransur pulih. Dia sudah memulakan tugasnya sebagai seorang tenaga pengajar di salah sebuah kolej swasta tidak jauh dari pekan. Tiada berita dari keluarga Amran dan Zizie juga tida pernah menghubungi mereka kerana takut lukanya berdarah kembali. Hanya Zahid yang pernah menghubunginya. Polis tidak berjaya menemui mayat Amran. Mereka hanya menemui bangkai keretanya di dasar tasik. Zizie menerima segalanya sebagai sebuah takdir.
Satu pagi, ketika mahu bertolak ke tempat kerja, Zizie ternampak sekeping surat tidak beralamat diselitkan pada wiper keretanya. Zizie mengambil dan membacanya.
"Gee... maafkan abang. Abang sangat menyayangi Zizie dan anak2. Sharmilah merupakan masa lampau abang.... Maafkan abang kerana tidak berkesempatan memperjelaskannya. Biarlah kesalahan itu abang tanggung sendiri."
Tubuh Zizie menggeletar. Bilakah segalanya ini akan berakhir... getus hati Zizie tanpa menyedari air matanya jatuh berlinangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan