SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 18 Disember 2010

Ya Allah... Apa tu????? HANTU BUNGKUS!!!!!!!

Salmah sedang bermain batu seremban dengan Jamilah di serambi rumah ketika ibunya memanggil... Salmah bergegas ke dapur tanpa menyahut panggilan ibunya. 
" Kenapa mak panggil mah " Salmah bertanya pada ibunya yang sedang sibuk menggoreng pisang.
" Ayah suruh Mah mandi sebab dah nak dekat Maghrib ni. Lepas Maghrib nanti kita nak ke rumah Pak Anjang kat kampung sebelah sebab ada kenduri arwah selepas Isyak " Panjang lebar ibunya menerangkan.
" Yeh! Yeh! Seronok.. dapat naik... basikal " Salmah menari-nari keriangan. 
Mah gi mandi dulu ye bu." Salmah mencapai tuala yang tersidai dan berlari ke perigi di belakang rumah. Salmah memang suka kalau dapat ikut ayahnya naik basikal. Salmah akan duduk di palang hadapan basikal ayahnya... Ketika menuruni anak tangga, Salmah sempat memberitahu Jamilah yang dia akan pergi ke kampung sebelah malam tu untuk menghadiri kenduri arwah di rumah Pak Anjang. Jamilah tiada pilihan lain.... hatinya masih mahu bermain dengan Salmah tapi.... Salmah dah ke belakang rumah, mandi dan nanti akan ke kampung sebelah bersama ayah dan ibunya. Dengan langkah yang longlai... Jamilah berjalan balik ke rumahnya yang terletak hanya sepelaung dari rumah Salmah.

Selepas solat Maghrib, mereka bergegas bertolak ke Kampung Bakri. Rumah Salmah tidaklah jauh dari rumah Pak Anjang walaupun di kampung yang berlainan. Perjalanan berbasikal hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja cuma Kampung Bakri terletak jauh sedikit ke dalam.... lebih kurang satu kilometer dari jalanraya. Jalan masuk ke kampung itu pula dikelilingi oleh hutan dan kebun pisang. Sepanjang jalan sempit dicelah-celah semak-samun, pepohon getah dan pisang itu.... adakala amat mengerikan terutama bagi mereka yang jarang lalu di kawasan tersebut. Rasa seram... takut... adakala mencengkam hati mereka yang menggunakan jalan itu terutama apabila melalui satu selekoh tajam yang dihujungnya merupakan tanah perkuburan bagi penduduk kampung tersebut.

Ketika Salmah dan keluarganya melalui selekoh itu, suasana masih terang... Jadi mereka tidaklah rasa takut... Sebagai seorang anak kecil... Salmah sedikitpun tidak merasa seram malah dia begitu seronok menikmati angin dingin yang menyentuh pipi gebunya. Sesekali kedengaran suara Salmah menyanyi-nyanyi... "Air pasang pagi... Surut pukul lima... adik bangun pagi, siram pokok bunga..." Ibu dan ayah Salmah hanya tersenyum mendengar Salmah menyanyi. Anak kesayangan mereka itu sememangnya sangat manja, tambahan pula... Salmah hanya satu-satunya anak mereka. Salmah sudah berusia 6 tahun tapi masih belum ada rezekinya mendapat seorang adik.... dan jauh dilubuk hati Salmah, dia memang tak nak ada adik kecil kerana dia risau nanti ayah dan ibunya tidak lagi menyayanginya seperti sekarang.

Ketika mereka tiba dirumah Pak Anjang.... Mak Anjang dan beberapa orang jiran sedang sibuk menyiapkan hidangan. Ayah bergegas ke surau yang terletak tidak jauh dari rumah Pak Anjang manakala ibu Salmah bergegas ke dapur membantu yang lain. Salmah menjerit-jerit memanggil sepupunya Fatimah... Salmah dan Fatimah sebaya cuma badan Fatimah agak gempal berbanding dengan Salmah. Mereka bermain tanpa memperdulikan keadaan riuh-rendah di dapur. Selepas Isyak, rumah Pak Anjang dipenuhi penduduk kampung. Gulai nangka ikan masin dan ikan keli masak merah yang dihidangkan membuka selera mereka yang datang. Mereka makan sambil bersembang. Salmah dan Fatimah masih leka bermain. Mereka dipanggil berulang-kali tetapi mereka tidak mengendahkan. Bermain menyebabkan mereka tidak merasa lapar walau sedikitpun.

Kira-kira jam 10.00 malam... jiran-jiran mula beredar. Kelihatan ibu Salmah, Mak Anjang dan beberapa orang jiran sedang sibuk berkemas di dapur. Ayah Salmah dan Pak Anjang sedang bersembang di serambi rumah sambil menghisap rokok daun. Salmah dan Fatimah masih juga bermain. Mereka jarang berjumpa jadi mereka mengambil kesempatan yang ada untuk bermain sepuas-puasnya. Ketika jam di dinding menunjukkan jam 11.00 malam, ayah dan ibu Salmah memanggilnya... mengajak Salmah balik. Salmah masih belum puas bermain.... Salmah masih belum puas berkawan dengan Fatimah.... Salmah belum puas menghabiskan masanya dengan Fatimah... Salmah memujuk ayahnya dan ibunya agar tidur semalam di rumah Pak Anjang tapi ayah berkeras mahu pulang kerana keesokan harinya, ayah ada kerja penting yang ingin diselesaikan.

Malam itu malam Jumaat dan kebetulan suasana malam gelap gelita tanpa sebijipun bintang menghiasi dada langit. Ketika melalui jalan sempit dicelah-celah semak samun, pepohon getah dan pisang... sesekali kedengaran bunyi burung hantu dan cengkerik. Suasana malam itu terasa lain macam... kedinginan mula menggigit tulang. Salmah duduk di palang hadapan manakala ibunya duduk dibelakang sambil memegang mangkuk tingkat yang berisi gulai nangka dan ikan keli masak merah. Lampu basikal ayah Salmah tidak mampu menerangi jalan yang berlopak-lopak. Ayah Salmah tiba-tiba berhenti. Dia mengeluarkan lampu picit yang dimasukkannya ke dalam sebuah beg buruk yang disangkutkan pada handle basikalnya. Ayah Salmah menyuluh ke sekeliling.... Sesekali cahaya lampu picit itu terpadam... mungkin kerana ayah Salmah sudah lama tidak menukarkan baterinya.

"Abang... yah macam terpandang sesuatu di balik pokok pisang depan sana tu ketika abang menyuluh ke sana tadi " Bisik ibu Salmah perlahan-lahan, takut nanti Salmah terdengar. " Shhhhhh... abang juga nampak " Rahman bersuara. Kedengaran ayah Salmah membaca beberapa potong ayat al-Quran dan kemudiannya menyuruh Salmah memegang lampu picit dan menyuluh jalan.... Ayah Salmah berpesan kepadanya agar tidak menyuluh ke tempat lain. Salmah mengangguk patuh. Ketika Rahman mula mengayuh basikalnya, dia dapat mendengar dengan jelas bunyi benda melompat-lompat di celah-celah semak-samun.... Hati lelakinya mula kecut. Ibu Salmah dibelakang juga ketakutan. Sebelah tangannya memeluk erat pinggang suaminya. Adakala kedengaran seperti bunyi nafas kencang... umpama keletihan mengejar sesuatu.... Bunyi burung hantu juga masih kedengaran.... Sayup-sayup juga terdengar lolongan anjing hutan yang panjang dan amat menyeramkan.....


P/S... Panjang sangat ceritanya... akan disambung....
Semua gambar diambil dari web google.... harap maklum


28 ulasan:

Annisa berkata...

alahai -__- baru nak baca sampai habis ;)

immukmin berkata...

hehehee..nice...hohhoh...cepat sambung kak..hak3!!!!

aemynadira berkata...

huuhuuu..menakutkan..ni yg rsa takut mau tdur sorg2 ni..hehee...nice entry! sambung la cepat..heeee.. ^^

AQuezyeZye berkata...

nice story..i'll wait for the next one

Asri Alam berkata...

ni kisah benarkah? saspen sungguh ni kak. kena tunggu episod seterusnya pulak. hehe. kak, pedih mata tgk tulisan putih tu, nanti boleh letak kaler putih grey sikit?

Mun berkata...

alahaii...dah penuh smngat nak baca smpai habis nie... bersambung ke???

MOH KEMBARA berkata...

Salam Fuzjee, ngape Yong tengok citer seram jer ni. Dahlah dok sorang2.

jayne berkata...

lol... memula baca tajuk, taknak baca entry ni.tp ntah tetiba lak tangan ni scroll abis pulak cite neh.haha... skrg berkobar2 plak tggu sambung cite ni.

Sumandak Kinabalu berkata...

Terus rasa seram sejuk...

Botak berkata...

bace citer ni sambil gelak².,
hahahahaha.. :))

ENTRI TERKINI:
NIKE AIR FORCE 1 82'
KEBAIKAN MEROKOK..??

Sham berkata...

ni kisah benar ke takde kena mengena dengan hidup atau mati ni...?kena folow cite ni...

Mohamadazhan.com berkata...

nice la cita ni :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Nisa : Nanti akak sambung ye.... x sangka ceritanya boleh jadi panjang pulak...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

immukmin : InsyALLAH, akak akan sambung secepat mungkin...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Aemy..... nanti akak sambung secepat mungkin...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Zye... tq... nanti dah sambung, akak bgtau...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sasa... ni cerita benar yg akak sunting dari wawancara... Okay, nanti akak tukar warna tulisannya....

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Cik Moon.... Maaflah, akak terpaksa cut sampai situ je sebab dah terlalu panjang.... Nanti akak sambung semula ye...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Kak Limah... Sebenarnya cerita ni berdasarkan cerita benar dalam wawancara...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

jeyne.... nanti bila akak dah sambung cerita ni... akak bagitau ye...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sumandak... tq sebab sudi membacanya

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Botak.... bermakna tuan org yang berani...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sham... ni sebenarnya cerita yang diambil dari salah sebuah artikel dalam wawancara tahun 1998. Tertarik dengan jalan ceritanya, maka saya cuba jadikan sebuah cerpen...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

azhan.... tq sudi baca....

SINGALAUTMETRO berkata...

hantu bungkus tu maknanya hantu kena bungkus kan...hehe..tapi bagus cite kamu ni

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

SINGALAUTMETRO : Terima kasih atas komen.... hihihi... agaknyalah... macam kuih tepung bungkus tu kot...

Unknown berkata...

ptong stim betul la... ada sambungan pulak.. hehehhehe...

Liling berkata...

mana sambungannya ? ;)

http://lovelynemo.blogspot.com

LIKE DISINI

Layout