SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 11 Disember 2010

“ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”



Contest Anda Tulis,Anda Menang
“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com &Gempak[Dot]Org”

Cerpen ini adalah hasil nukilan bersandarkan pengalaman penulis sendiri... Sekadar berkongsi kesedihan bersama mereka yang sudi membacanya. Pernah diterbitkan sebagai entry di dalam blog ini... Ketika berblogwalking ke blog-blog teman, bertemu dengan blog 
http://www.suarapeople.com/ yang menganjurkan satu kontest yang amat menarik.... Jadi, saya pertaruhkan cerita ini. Ingin mengetahui lebih lanjut tetang kontes ini... sila klik kat  SINI.... Jom kita meriahkan lagi pertandingan ini...



Hujan turun semakin lebat dan aku masih duduk di pondok kecil di tepi sawah.... semua kenangan silam singgah tanpa diundang dan seakan aku terlihat Ama sedang membajak sawah dengan kerbau kesayangannya... sedangkan aku duduk di atas kerbau dengan riang sekali.... Nun jauh di petak sana, Ina sedang terbongkok-bongkok menanam padi...sesekali Ina mengesat peluh di dahinya. Ketika itu aku masih terlalu kecil untuk memahami kepayahan... aku hanya tahu meminta dan bermain... Ama dan Ina membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan juga padi huma untuk meneruskan hidup karana Ibu tidak mampu menyediakan semua... tambahan ketiku itu bapa kandungku berada entah di mana... Ibu terpaksa menitipkan aku pada Ina dan Ama, berkerja untuk menyaraku dan membantu meringankan sedikit beban Ina dan Ama. Apa yang aku tahu ketika itu.... aku hanya tahu menangis bila aku sakit... aku hanya tahu menangis bila aku nakkan sesuatu.... aku hanya tahu menangis bila aku dimarah kerana nakal... hanya itu yang aku tahu...















Ama dan Ina tidak pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa dilalui... Mereka sentiasa menyayangiku. Kasih sayang yang mereka berikan membuatkan aku lupa yang aku telah kehilangan seorang bapa... pergi tanpa sebarang jejak... Hujan semakin reda tapi kenangan-kenangan itu semakin galak datang silih berganti.. Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila suamiku menyentuh lembut bahuku... Rupa-rupanya sudah jam 10 pagi dan kami harus ke hospital menjenguk Ama. Aku mandi dan menyiapkan apa yang patut... bubur nasi kegemaran Ama. Sepanjang jalan aku mendiamkan diri... Semalam ketika meninggalkan Ama di wad, aku lihat garis-garis kesedihan di wajahnya walaupun dia cuba tersenyum ketika anak sulungku mencium dahinya. Kata-kata doktor semalam benar-benar meragut semangatnya yang tinggal. Dia seakan berserah.... Allah memanggil Ina setelah disahkan menghidapi kanser dan dia merasakan yang dia juga tidak lagi mampu bertahan dengan pembunuh itu!!!


Ketika sampai di wad... aku lihat katil Ama kosong. Dadaku berdebar. Aku bergegas ke kaunter pertanyaan... bertanya pada jururawat di sana. Rupanya Ama dibawa ke bilik pemeriksaan untuk mendapatkan tisu di paru-parunya. Hampir sejam kami menunggu, akhirnya Ama ditolak keluar dari bilik pemeriksaan. Ama kelihatan sangat lemah... jauh berbanding dengan keadaannya semalam. Setelah dipindahkan ke katilnya... Ama membuka sedikit kelopak matanya dan bertanya tentang Ina... Aku menangis... Dia berkata sambil berbisik yang dia baru berjumpa dengan Ina. Aku berlari ke taman... aku menangis sepuas-puas hatiku.

 Ya Allah! janganlah ambil Ama dari kami ketika ini.... kami baru sahaja kehilangan Ina!! Setelah reda tangisku... aku teringat bubur nasi yang kubawa. Kebetulan suamiku memanggilku. Doktor ingin berjumpa denganku. Doktor memaklumkan yang Ama akan menjalani rawatan kemoterapi di SMC esok... Doktor juga menjelaskan, usia Ama memungkinkan rawatan ini menjadikannya lebih lemah dan tidak berdaya tapi hanya itu rawatan yang mampu diusahakan oleh pihak hospital.... Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku... Apa lagi yang mampu aku lakukan... Aku tidak punya pilihan yang lain... Aku mahu Ama sembuh seperti dahulu...

Hari itu Ama makan bubur nasi yang kubawa dengan berselara sekali. Hatiku sedikit berbunga... Semoga esok Ama akan lebih sihat dari hari ini... Namun itulah kali terakhir Ama menjamah bubur nasi yang kubawa kerana selepas itu selera makannya hilang terus.... Doktor kata.. itu adalah kesan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya. Sejak itu... Ama semakin lemah dan tidak berdaya... hendak ke tandas, harus ada orang yang memapahnya... Ama sudah tidak merokok lagi.... Ama sudah tidak mahu ketawa lagi.... Ama sudah tidak mahu makan lagi.... Ama sudah tidak mahu bercerita lagi.... Setiap kali kami datang... Ama cuma tersenyum dan berbisik yang ajalnya semakin hampir.... Luluh hatiku... kata2 semangat yang kami berikan sudah tidak bermakna lagi.... Ama sudah berserah pada takdirnya... 

Cuti berakhir dan kami terpaksa pulang. Aku mahu memohon cuti tanpa gaji tapi Ibu tidak bersetuju kerana siapa yang akan menguruskan anak-anaku yang bersekolah. Aku pulang ke Selangor dengan hati yang berat sekali.... Ama menangis... dan pertama kali aku melihat suamiku menangis. Ama dan suamiku memang rapat sekali... Ama juga nampaknya amat menyayangi suamiku... Aku bisikkan di telinga Ama yang kami akan kembali secepat mungkin sekiranya dia memerlukan kami di sisinya... " Baliklah... ko kan mo kerja... anak2 ko mo sikulah.. Ama nda apa2... janganlah kamu risau. Kalau ada apa2 nanti mummy ko kasi tau juga"  Aku menangis.... aku tidak mampu menyembunyikan perasaanku...

Setiap hari aku menghubungi Ibu bertanyakan khabar Ama... Ibu tentu tertekan dan letih kerana berulang menjenguk Ama... Ayah ( bapa tiri ) pula masih belum sembuh sepenuhnya... setiap hari terpaksa menelan berpuluh biji ubat... makan juga harus dijaga kerana jantungnya masih lemah. Ibu lakukan semua itu berseorangan... Aku rasa amat bersalah... Aku cuba berbincang dengan Ibu untuk bercuti tanpa gaji tapi Ibu membantah dengan keras... Aku dan suami tidak mampu melakukan apa2... Suamiku minta aku bersabar. 

Setelah tiga bulan di hospital, Ama dibenarkan balik... khabar yang Ibu sampaikan itu sedikit mengembirakan. Ibu kata Ama sudah mula mahu makan nasi... Aku gembira. Ama sudah mahu bercerita.... Aku gembira. Rasa tidak sabar menunggu cuti semester 1.... Rindu mahu berjumpa dengan Ama. Setiap kali menelefon... suara Ama tidak jelas kedengaran... adakala seperti semput!! 

Cuti datang lagi.... Aku sekeluarga pulang ke Sabah. Ketika dalam perjalanan dari Airport, ayah memberitahuku perkara sebenarnya. Ama dibawa pulang kerana pihak hospital sudah tidak mampu melakukan apa2 lagi. Sebelah paru-paru Ama sudah dimamah si pembunuh dan paru2 yang sebelah lagi juga telah dijangkiti. Ama selalu batuk darah dan adakala juga darah itu keluar dari hidungnya.... Ayah juga beritahu, Ama sudah tidak mampu berjalan sendiri... hatta nak bangunpun perlu dibantu oleh orang lain. Ayah juga beritahu... adakala Ama tidak mampu mengenali orang di sekelilingnya. Ayah juga beritahu.... adakala Ama batuk tidak berhenti sehingga tidak boleh bernafas... Ayah juga beritahu, sebahagian daripada badan Ama iaitu dari bawah dada hingga ke kaki membengkak kebiru-biruan... Rupanya selama ini Ibu dan ayah menipuku kerana tidak mahu aku bersusah hati.... Aku rasa marah.... Aku rasa sedih.... Aku rasa kecewa.... tapi.... aku telan semuanya dalam tangis yang berpanjangan...

Ketika kami tiba di rumah... Ibu menerkamku dan memohon maaf kerana menipuku selama ini. Aku tahu niat Ibu baik.... Aku memeluknya dan kami menangis. Setelah aku mampu mengawal diriku... aku menjenguk Ama di biliknya. Ama sedang tidur... tubuhnya terlalu kurus... umpama rangka yang dibalut kulit. Matanya sudah terperosok jauh ke dalam... pipinya cengkung dan dia tidak lagi seperti Ama yang pernah kukenal... Tiba2 kakiku terasa kebas... aku seperti mahu pitam... Aku menyandar ke dinding dan duduk perlahan-lahan... Aku menangis... Tiba2 Ama tersedar... berpaling ke arahku. "Jenny... ko suda balik? Ama ingat ko nda balik... Ama ingat kita nda jumpa lagi..." Aku merangkak mendekati katilnya dan memeluknya... Dia menangis dan aku menangis.... Seisi keluarga menangis....

Keesokan harinya... aku ke pekan bersama suamiku. Aku membeli beberapa ketul gambir ( dimakan oleh orang2 tua bersama daun sirih dan kapur sirih ) dan sayur kegemarannya... sayur sawi cina. Aku membeli gambir kerana ibu mertuaku pernah memberitahuku yang gambir sangat mujarab untuk meredakan bengkak. Setiba sahaja di rumah... aku merendam  sedikit gambir tersebut dengan air panas. Setelah larut... aku menyapunya kebahagian badan Ama yang membengkak... Ama diam sahaja tanpa bertanya apapun. Setelah itu... aku masak bubur nasi. Sayur sawi cina yang kubeli tadi... aku bersihkan dan potong halus2 lalu aku masukkan kedalam blender... Kemudian, aku menumis sayur sawi cina tersebut dan mencampurkannya kedalam mangkuk berisi bubur nasi... Ama makan dengan berselera sekali...

Petang itu... Ama bangun sendiri dan berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Kami sangat terkejut... Ama menunjukkan bengkak di badannya sudah susut. Aku gembira.... dan kami bersembang sehingga jam 5.00 petang. Setelah Ama mandi... dia makan lagi... dan bersembang dengan suamiku sehingga jam 8.00 malam. Setelah minum ubat... Ama masuk ke biliknya dan tidur. Hampir jam 11.00... kami terkejut bila Ama tiba2 memanggil Ibu... Kami bergegas ke biliknya. Dia bercakap sambil berbisik yang Ina datang menjemputnya.... Ibu mula menangis.... Aku masih dapat mengawal perasaanku. Aku menyuruh Ama tidur... Aku beritahu Ama yang dia cuma mengigau dalam tidur... Ama tidur semula...

Jam 2.00 pagi... Ibu mengejutkan kami. Ama sesak nafas.... Aku naik ke katil dan memangkunya... Ama tidak boleh bernafas... jelas kelihatan urat-urat di lehernya menahan kesakitan... Ibu menangis dalam keadaan panik... " Ama... uda poh kumawo Ama... " ( Ama... jangan pergi ).  Aku mengurut-ngurut dada Ama... air mataku deras mengalir. Tapi ketika itu aku pasrah sekiranya Ama pergi.... Aku tidak sampai hati melihat keadaannya. Keadaan Ama tiba2 reda... dia bernafas seperti biasa... Aku memanggilnya... Ibu memanggilnya... Ama buka matanya perlahan-lahan... memandangku... memandang Ibu.... memandang suamiku.... memandang ayah.... satu persatu dipandangnya. Ama kemudiannya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya... umpama merasa kelegaan. Ama kemudian perlahan-lahan menutup matanya... rapat-rapat!!! Ama pergi jua akhirnya dalam pangkuanku... ketika seisi keluarga kami yang kecil berada di sisinya. Aku kehilangan lagi.... Kami kehilangan lagi.... Keluarga kami semakin kecil...




P/S... A million thanks... khas buat penganjur kontest yang pasti gempak ni!!!


LIKE DISINI

Layout