SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Khamis, 3 Februari 2011

HEAD HUNTER DALAM MASYARAKAT SABAH... SEJAUH MANAKAH KEBENARANNYA?





Ketika menjelajah blog teman-teman, terjumpa satu artikel yang menarik berkenaan "head hunter" atau lebih dikenali sebagai "pengait" dalam kalangan masyarakat Sabah.Artikel saudara andnaddin ini membawa saya ke zaman kanak-kanak dahulu. Cerita berkaitan pengait ni merupakan cerita yang begitu popular di beberapa kawasan di Sabah pada ketika itu. Kehadiran pengait masa itu dikaitkan dengan pembinaan jambatan baru di Kg. Labuaya, Tuaran. Kepala manusia kononnya digunakan untuk menjamu semangat sungai agar jambatan tersebut akan kukuh dan tidak menelan nyawa di kemudian hari. Anak-anak sentiasa ditakutkan agar tidak keluar rumah berseorangan dan anak-anak hanya bermain di sekitar rumah sahaja.



Persoalannya, benarkah wujud individu yang dikatakan pengait atau head hunter? Nenek pernah bercerita bahawa kewujudan head hunter itu memang benar kerana nenek mengatakan yang dia sendiri berasal daripada keturunan head hunter. Keturunan nenek mendiami sebuah perkampungan kecil yang di kenali sebagai Kg. Bongol iaitu sebuah perkampungan yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Pekan Tamparuli. Nenek mengatakan yang dia berasal daripada keturunan "Paing" iaitu seorang pahlawan yang perkasa dan digeruni kerana dia akan memenggal kepala musuh-musuhnya. Sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan cuma sewaktu kecil, saya pernah melihat tengkorak-tengkorak kepala digantung di atas loteng rumah pusaka nenek. Walau bagaimanapun, tengkorak-tengkorak itu telah dikebumikan setelah mereka memeluk agama Kristian.

Parang atau juga dikenali sebagai "selasing" kononnya digunakan untuk memenggal kepala-kepala mangsa dan rambut mangsa akan diambil dan diikat pada hulu parang tersebut. Parang ini juga telah dikebumikan bersama tengkorak-tengkorak tersebut kerana menurut abang kepada nenek yang mewarisi rumah pusaka nenek moyang mereka, setelah memeluk agama Kristian, dia sering mendengar bunyi orang bertengkar dari arah loteng dan adakala dia juga diganggu dengan kalibat hitam yang muncul dan hilang sekelip mata. Beliau tidak tahan dengan gangguan sedemikian menyebabkan akhirnya dia mengebumikan tengkorak-tengkorak dan juga parang tersebut sebagaimana yang dinasihatkan oleh orang tertua di kampung mereka.



Kesimpulannya.... individu seumpama ini mungkin pernah wujud kerana ada masyarakat yang masih berpegang pada amalan animisme. Golongan ini percaya bahawa sungai, pokok, bukit, batu dan sebagainya mempunyai semangat dan untuk mencapai keharmonian dalam hidup maka berlakulah pemujaan dan sebagainya yang pastinya akan memakan korban. Apabila masyarakat meninggalkan amalan animisme setelah kedatangan agama Kristian dan agama Islam maka kepercayaan ini semakin pupus, begitu juga dengan individu yang dikatakan sebagai head hunter. 

p/s : gambar ehsan web google

Rabu, 2 Februari 2011

ADAB MINUM CARA RASULULLAH SAW

Alhamdulilah.... ibu sudah menjalani rawatan kimoterapi yang pertama dan setakat ini, ibu nampak sihat. Doktor telah membekalkan sebuah buku berkaitan kesan2 kimo keatas pesakit, pantang-larang dan sebagainya. Alhamdulilah..... sekurang-kurangnya sebagai panduan pada kami dalam menjaga ibu. Ibu dipesan untuk minum banyak air sejuk dan kebetulan semalam terjumpa satu artikel berkaitan minum air sejuk yang rasanya boleh dikongsi dgn rakan-rakan lain.
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)

2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.




Untuk maklumat lanjut, sila klik pada gambar diatas.


Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas. Minuman Manis dan Sejuk. Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”. Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1.   Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan


2.   Bacalah ” Bismillah”

3.   Minum dengan tiga nafas

4.   Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan   pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

LIKE DISINI

Layout