SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 30 November 2010

MISTERI KEMATIAN DUA BERADIK : MENINGGAL DUNIA SAMA SEHARI


KASIHMU... JIWAKU


Pak Tengah duduk termenung di serambi rumah.... merenung jauh tanpa memperdulikan jiran-jiran yang lalu-lalang. Sesekali dia mengesat air matanya yang berlinangan. Ibu.. wanita tua tempatnya bergantung selama ini akhirnya pergi dan tak akan kembali lagi. Wanita tua yang sering memujuknya supaya mandi.... Wanita tua yang menyediakan gulai nangka kegemarannya.... Wanita tua yang sering membelai rambutnya... Kini, wanita tua itu terbujur kaku di tengah rumah... Pak Tengah sedih.... Pak Tengah hiba.... Pak Tengah rasa kehilangan. Tetamu mungkin tidak tahu kesedihannya. Jiran-jiran mungkin tidak tahu betapa hiba hatinya... Adik-beradik juga mungkin tidak tahu betapa dia rasa kehilangan. Mereka hanya melihat Pak Tengah dengan pandangan kosong kerana Pak Tengah terencat akal sejak dari kecil lagi. Jauh di lubuk hati Pak Tengah.... masih tersimpan perasaan.

Selepas pemergian Ibu, Pak Tengah asyik termenung... sesekali air matanya akan berlinang. Petang itu, selepas jenazah Ibu disemadikan...Mak Usu memerhati Pak Tengah yang sedang termenung. Dari semalam Pak Tengah tidak menjamah walau sesuap nasi. Mak Usu mendekatinya... Air mata Pak Tengah deras mengalir membasahi pipi kerepotnya. Tersentuh hati Mak Usu... dirangkulnya tubuh kurus melidi Pak Tengah dan dalam esak tangis, Mak Usu memujuk abangnya. Hati seorang adik tersentuh.... Hati adik-beradik yang lain turut tersentuh. Masing-masing mengalirkan air mata.... Mereka baru menyedari yang Pak Tengah bersedih..... Pak tengah hiba.... Pak Tengah rasa kehilangan. Malam itu mereka bermesyuarat.... siapa bakal menjaga Pak Tengah. Adik-beradik Pak Tengah memang baik.... masing-masing bersedia menjaganya tapi Pak Tengah memilih untuk tinggal bersama Mak Usu iaitu adik mereka yang bongsu sekali.

Mak Usu tidak bersuami... Mak Usu juga tidak mempunyai anak...  Selama ini Mak Usu yang berkerja sebagai seorang guru tinggal seorang diri. Keputusan Pak Tengah untuk tinggal bersamanya diterima dengan gembira sekali. Dia tidak akan keseorangan lagi. Dia tidak kesunyian lagi seperti hari-hari kelmarin yang berlalu. Kebetulan pula, dia memang rapat dengan Pak Tengah sejak dari kecil berbanding adik-beradik yang lain. Dia berjanji akan menjaga Pak Tengah sebagaimana Ibu menjaganya dahulu. Seperti yang dijanjikan, Mak Usu menjaga Pak Tengah dengan penuh kasih sayang. Dia tidak pernah mengabaikan Pak Tengah walaupun adakala Mak Usu sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Makan dan pakai Pak Tengah dijaganya sebaik mungkin. Sekiranya Pak Tengah berdegil tidak mahu mandi.... Mak Usu akan memujuknya dengan lembut. Jika Pak Tengah enggan menjamah makanan, Mak Usu memujuknya dengan menyuapkan nasi ke mulut Pak Tengah.   

Disangka panas hingga ke petang, rupnya hujan di tengah hari.... Mak Usu diserang penyakit lelah. Dari sehari ke sehari penyakit lelah Mak Usu semakin teruk. Pun begitu... Mak Usu tetap juga menjaga Pak Tengah tanpa sedikitpun mengeluh. Sakit Mak Usu semakin teruk.... Mak Usu terpaksa bersara awal. Setelah sekian lama menghidapi lelah, tiba-tiba Mak Usu tidak boleh berjalan dan doktor mengesahkan Mak Usu lumpuh. Sejak itu Mak Usu terpaksa berkerusi roda. Dalam keadaan sakit begitupun, Mak Usu tetap menjaga abangnya dengan penuh kasih sayang. Mak Usu tidak pernah marah, apatah lagi menengking Pak Tengah walaupun adakalanya Pak Tengah meragam. Mak Usu benar-benar sayangkan abangnya.... Adik-beradik lain ingin menjaga Pak Tengah tapi Pak Tengah berkeras mahu tinggal bersama Mak Usu.

Tidak berapa lama selepas itu, Allah telah menjemput Mak Usu. Pak Tengah sekadar mendiamkan diri ketika adik-beradik dan jiran-jiran menguruskan jenazah Mak Usu. Walau bagaimanapun, mereka sedar... Pak Tengah berkeadaan murung selepas mengetahui Mak Usu meninggal. Ketika orang membaca Quran di sisi jenazah, Pak Tengah duduk di serambi tetapi sentiasa memandang ke arah jenazah. Dia juga memerhatikan dari jauh ketika jenazah Mak Usu dimandikan dan dikafankan. Dari raut wajahnya.... Pak Tengah sangat sedih.... Pak Tengah sangat hiba.... Pak Tengah merasa sangat kehilangan. Dia tidak berkata walau sepatah.... Dia tidak makan walau sebutir nasi.... Dia hanya memandang dari jauh dengan linangan air mata yang seakan tidak mahu berhenti.... Hati adik-beradik yang lain begitu tersentuh.... Hati jiran-jiran juga begitu... Berlinang air mata mereka melihat perlakuan Pak Tengah.

Ketika jenazah Mak Usu dimasukkan kedalam usungan, tiba-tiba Pak Usu bingkas bangun dar berlari menuruni anak tangga di serambi rumah. Pak Tengah menjerit-jerit memberitahu mahu ikut sama ke kubur.
"Usu.... abang nak ikut. Jangan tinggalkan abang Usu.... Abang nak ikut Usu.. Abang nak ikut Usu.... " Berkali-kali dia ungkapkan mahu ikut sama dikebumikan bersama adiknya yang memeliharanya sekian lama. Adik-beradik yang lain cuba memujuknya tapi rontaan Pak Tengah semakin kuat.... jeritan Pak Usu juga semakin lantang.. " Usu.... jangan tinggalkan abang.... Usu tak kasihan kat abang ke?? Nak ikut Usu... Nak ikut Usu..." Pak Tengah merayu.... Bimbang akan keadaan Pak Tengah, adiknya Talib memeluknya erat-erat.... Talib memujuk Pak Tengah.... Air mata Talib tidak tertahan lagi. Hatinya benar-benar hiba... Beberapa orang jiran juga mengalirkan air mata...



Mungkin kerana terlalu hiba hatinya, Pak Tengah rebah tidak sedarkan diri dalam pelukan adiknya, Talib. Suasana jagi kelam kabut.... Talib menangis dan menjerit meminta bantuan. Dalam masa mereka cuba memulihkan keadaannya inilah Pak Tengah menghembuskan nafas sebelum jenazah Mak Usu sampai ke tanah perkuburan. Talib menangis di sisi abangnya.... Bila mendengar berita ini, adik-beradik Pak Tengah di tanah perkuburan bertangis-tangisan.... mereka kehilangan dua insan yang mereka kasihi... jiran-jiran turut bersedih. Kasih dan sayang Pak Tengah pada Mak Usu terlalu dalam.... Sejak kecil dia memang rapat dengan Mak Usu dan dia juga mudah menerima teguran Mak Usu berbanding adik-beradik yang lain. Walaupun Pak Tengah dilahirkan terencat akal.... tapi hati dan perasaannya juga seperti insan yang normal...

p/s Cerita ini saya jadikan cerpen bersandarkan cerita benar yang ditulis oleh Idham Khalil. INTISARI, PP.58/6/2000. Sedikit tokok-tambah untuk menjadikan jalan ceritanya lebih berkesan.  
Gambar dalam cerita ini ikhsan dari web google...                           

Isnin, 29 November 2010

LAGI TAG DARI GAMATRIA... ADUSSSSS

Tag lagi dari GamatriA...
mo pengsan juga melunaskan tag dia ni...
Instruction: fill out these questions and make a new note called ABC about you, then tag 25 people, if you got tag by me...
you have to take survey and repost it..!!!


A. AVAILABLE = Suda tua ni...

B. BIRTHDAY = 5th August

C. CRUSHING ON = Kerja yg nda pernah abis...

D. DRINK YOU HAD LAST = Teh Lipton panas

E. EASIEST PERSON TO TALK = My hubby

F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT = Song by Maher Zain

H. HOMETOWN = Kg. Lakut, Papar, Sabah

I. IN LOVE WITH = Abdul Samad bin Jaafar

J. JUNGGLE = Tempat yg boleh mybbkan orang sesat.. 
nda jumpa jalan pulang

K. KILLED SOMEONE = Yes... many time... ha.ha.ha

L. LONGGEST CAR RIDE = From PJ to Sabak Bernam

M. MILKSHAKE FLAVOUR = Chocolate

N. NUMBER OF SIBLING = Only me bah... no sibling

O. ONE WISH =  Dapat lampu aladdin...

P. PERSON YOU CALLED LAST = My daughter

Q. QUESTION = Macam mana mo kurus dgn senang aaaa...

R. REASON TO SMILE = To say hello, happy... banyaklah..

S. SONG YOU LAST HEARD = Gemuruh by Faizal Tahir

T. TIME YOU WAKE UP = 5.30am

U. UNDERWEAR COLOUR = Soalan nda wajib jawab ni..

W. WORST HABIT = Gigit urang...

Y. YOYOS ARE = My weight.... ha.ha.ha.

Z. ZODIAC SIGN = Leo

Bah.... siap.. siapa lagi sia mo tag ni... jeng... jeng.... jeng....

Yang selainnya saya tag melalui shoutbox... 
 Lagi 22 urang tu... Banyak bah... pening sudah sia ni...
Thanks uncle google


FRIENDSHIP AWARD...


Tu dia.... dapat lagi satu award! Fuh!...bunyi tu macamlah dah banyak award yang dapat... hi.hi.hi. Award ni diberi oleh seorang sahabat di alam maya.. Encik Sasa Al-Sharif. Semoga persahabatan terjalin berpanjangan biarpun hanya di alam maya pada ni... 

Pemberian yang ikhlas dari seseorang yang kita panggil sahabat merupakan sesuatu yang amat bernilai...... sesuatu yang  mungkin tidak  dapat dibeli dengan wang ringgit kerana di sebalik pemberian itu tersembunyi nilai yang sangat berharga..... walaupun hadiah itu adakalanya hanya sepotong ayat.... 

Terima kasih Sasa atas award itu dan terima kasih juga sebab kategorikan akak ni sporting.... sporting ke??? TQ...TQ... Kembang idung ni...

Apa pendapat akak tentang blog Sasa :
Sebuah blog yang patut dikunjungi kerana banyak yang dapat dikongsikan di dalam blog beliau. Akak datang hampir setiap hari ke blog beliau... adakala as a silent reader... Gambar-gambar sentuhan beliau mampu bercerita tentang banyak perkara.... dan selalunya gambar-gambar yang beliau paparkan di blog beliau, membawa akak merenung semula ke belakang yang telah lama akak tinggalkan...
Tak percaya??? Kliklah SINI.... Ha! betulkan....

Okay! Sampailah saat mengtag sahabat-sahabat maya yang lain... Semoga persahabatan kami akan kekal selamanya....


Ramai lagi rasanya yang nak ditag tapi simpan untuk tag yang masih dalam proses menyiapkannya... Semoga mereka ni menerima akak sebagai sahabat di alam maya ni.... bagi follower2 akak yang lain... akak berterima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidup akak...

Jumaat, 26 November 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

Adoi!!!! Bila dapat tag dari GamatriA ni rasa  macam malas jer nak join tapi pas tu terfikir.... rasa tak patut pula... orang dah jemput tapi jual-jual mahal.... Masa tu mmg sedang haru-biru jadi mohon penangguhan.... Hari ini ada sedikit kelapangan jadi akanku sahut cabaran GamatriA dalam Contest Kawaii Gadget, anjuran Mommy Pinky


SYARAT-SYARATNYA 
(.... mestilah ada syaratkan... mana pula pertandingan tak de syarat.. )


1.   Mestilah follow blog Mommy Pinky---- www.kawaiigadget.com
Dah follow dah Mommy... kekal setia memfollow sampai ke akhir hayat blog ini.... chewah!!! tu ayat merasuah tu...


2.   Tajuk entry tu mestilah
 KAWAII GADGET'S CONTEST
Wokey Mommy.... dah letak tajuk ni dan tak ada ubah-ubah walau sehuruf pun cuma ubah color dan font tulisan.... bolehkan???? Bolehlah... kan Mommy juga kata nak kena kreatif.... nak jadi kreatiflah ni konon...



3.   Nampak banner comel kat atas tu???
 Ha.... Mommy kata, kenalah letakkan banner tu dalam entry dan link balik ke entry contest Mommy dalam blognya yang pinky abis tu..
Mommy... yg ni pun dah sattle dah... 



4.   Syarat yang seterusnya.... Kenalah pilih satu buah lagu dan tuliskan satu entry berkaitan lagu yang telah dipilih... Mommy kata, tak kiralah apapun bentuk ceritanya... yang penting kena kreatif utk menambat hati Mommy...
**TIPS**
Mommy bagi kredit kepada mereka yang masukkan mp3 dan gambar dalam entry mereka sebab Mommy kata idaklah dia bosan bila membaca entry kita tu nanti.... letak, jangan tak letak tau...
Help me Mommy.... x tau nak letak mp3... letak benda ala kat bawah tu boleh ke???? Ala... bolehlah Mommy... bolehlah... ada Jamal Abdillah lagi.. hi.hi.hi.




Aku memilih lagu ini kerana setiap kali mendengarnya.... hati ini pasti akan dirundung rasa hiba yang teramat sangat dan yang pastinya... air mata akan menemaniku. Sesungguhnya... ibu dan ayah merupakan hadiah yang paling berharga bagiku... 


Aidil Adha disambut dengan linangan air mata. Keputusan ujian Dnc ibu meragut kekuatanku dan ketabahanku.... ibu disahkan menghidapi Kanser. Bagaimana aku harus tabah melihat ibu menangis.... bagaimana aku mampu tenang melihat ibu bersedih..... dan bagaimana aku harus kuat melihat ibu menahan kesakitan.... Ya Allah!!! Aku hampir tersungkur dengan ujianMU. Ya Allah!!! Aku malu kerana kelemahanku ini.... Aku mohon padaMU ya Allah.... Kembalikan ketabahanku.... kembalikan ketenanganku.... kembalikanlah kekuatanku kerana ketabahan, ketenangan dan kekuatanku merupakan segala-galanya pada ibu setelah ibu kehilangan Ina... setelah ibu kehilangan Ama.... dan setelah ibu kehilangan ayah.... Ibu hanya punya aku dan cucu-cucunya yang masih belum mengerti...

Sementara menunggu azan Maghrib.... kuhimpun sisa2 ketabahan yang ada dan kupeluk ibu yang termenung dianjung rumah. Aku tatap wajah ibu dan kukucup dahinya.... " Ibu... kita akan harungi ujian Allah ini bersama. Ibu harus bersemangat dan kuat.... Ani akan melakukan segalanya untuk ibu dan Ani akan sentiasa di sisi ibu ketika ibu memerlukan teman untuk berbicara... teman untuk mengadu". Ibu tersenyum dan aku tahu, dari senyuman ibu itu, ibu sudah sedia berjuang menentang penyakit KANSER dalam tubuhnya, penyakit yang juga meragut kekuatan nenek ( ina ) dan atuk ( ama).

Kes ibu kami rujuk kepada Dr. Noor Mikraz  di Kuala Kangsar dan beliau telah merujukkan kes ibu ke doktor pakar di Hospital Ipoh. Pagi tadi... jam 5.00 pagi kami sekeluarga bertolak ke Hospital Ipoh kerana temujanji ct Scan ibu dipercepatkan dari 6hb. Disember ke tarikh hari ini. Setiba ke bilik ct scan... ibu diminta minum sebotol besar cecair berwarna kuning dan harus dihabiskan dalam masa 1/2 jam. Ibu yang berpuasa sejak jam 12 malam semalam.... minum cecair kuning itu perlahan-lahan dan aku lihat wajah ibu berkerut menahan rasa loya... sesekali menahan rasa nak muntah. Ibu tetap minum segelas demi segelas dengan tabah.... Aku tak sanggup melihat ibu.... aku cuba menyembunyikan air mata tapi hati anak mana yang tidak terguris.. hati anak mana yang tidak terluka....

Setelah 40 minit berlalu, ibu dipanggil... masuk ke dalam bilik doktor. Tidak berapa lama kemudian, ibu keluar dari bilik itu dan aku melihat kedua-dua belah tangan ibu ditampal dengan kapas... tentu mereka mengambil darah ibu... Kasihan ibu! Ibu mengadu doktor yang mengambil darahnya agak kasar.... Sampai hati mereka.... ibu sakit!!! Kenapa buat ibu begitu???? Tapi aku tak mampu membantu mengurangkan kesakitan ibu.... maafkan anakmu ini ibu.... Lebih kurang setengah jam berlalu, mereka masih belum memanggil nama ibu.... Ibu mengadu pundi kencingnya seakan mahu meletup.... tapi mereka tak benarkan ibu ke tandas... apa lagi mampu aku lakukan, itulah syaratnya dan hukum yang telah mereka tentukan. Kasihan ibu.... Alhamdulilah, tidak lama selepas itu... ibu dipanggil untuk ct scan... 

Doktor mengingatkan kami... 17hb nanti ibu akan masuk wad dan akan menjalani pembedahannya pada 20hb... Ibu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan.... aku tahu, ibu mencari kekuatan agar tidak mengalirkan air mata tapi aku tahu ibu takut.... aku tahu ibu bimbang.... Anak bongsuku bertanya..."Umi... kenapa dengan nenek? Nenek sakit ke?" Aku tidak mampu menjawabnya.... hanya air mata ini yang mengalir.....





 5.   Next.... amboi!!! perkataan omputih tu.. Kenalah tag 3 orang rakan untuk memeriahkan lagi contest Mommy ni...
 Jeng...jeng.... jengggggggg..... mari kita tengok siapa yang kena....


shadawentz
akmaezah
iladelarossa




6.   Kembali semula ke entry Mommy Pinky dan komen2lah mana-mana yang patut dan linkkan semula ( link back ) ke entry contest yang anda dah buat..
Siap.... dah mengomen dan menglink dah Mommy..
OPSSS!!! terlupa pula.. refferal juga sudah disertakan... siapa lagi kalau bukan... GamatriA


7.   Adat pertandingan... mesti ada tarikh tutupnya..
Closing Date 13 Dec 10


8.   Setiap pertandingan mesti ada pemenangnyakan... Mommy bermurah hati nak beri hadiah kepada 7 pemenang... ramai tu dan hadiahnya pun lumayan sangat.... Nak tahu apa hadiahnya??? Jenguklah blog Mommy Pinki di SINI . Baca dan fahamkan!! Mak oi!!! garang bebenor pulo bunyinye...
Semoga Mommy Pinky terus dimurahkan rezeki dan terus menganjurkan contest sampai saya menang ye.... Kalau saya dah menang nanti, Mommy nak berhenti buat contest pun tak pe.... hi.hi.hi.... tamak halobe jer bunyinye.. 
Selesai akhirnya... GOOD LUCK TO EVERYONE
akmaezah

"Kids & Baby Photo Contest"

Alhamdulilah.... hari ni ada sedikit kelapangan untuk melunaskan beberapa tag daripada teman-teman blog... Salah seorang yang mengtag saya tu ialah seorang gadis comel.... Nak tahu???? kliklah kat sini   http://akmaezah.blogspot.com/
 TQ akmaezah.... Akak minta maaf sb lambat melangsaikan tag akmaezah... 

Penganjur contest ni ialah cik saffiyah... ( nak tahu lebih lanjut... silalah klik kat nama cik saffiyyah tue...)



Syarat -syarat penyertaan


1.    Anda mesti menjadi follower blog kedua cik saffiyyah.... http://sweetlikekisses.blogspot.com  Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru beliau:)..... ( ok dah buat )



2.   Tag kepada 8 orang maksimum....tidak boleh kurang tau dan bila anda telah tag teman-teman anda tu,  mesti kena  inform pada mereka yang mereka telah ditag...


neidiyra
nardnerd
zealouszirconia
paradokshati
GamateriA
kakyong
ufaachan
adiweyah

( Fuh!!!! jangan marah ye... )
 (ok dah buat )



3.     Banner contest mesti diletakkan di sidebar anda.... ( ok dah buat )



4.     Sertakan satu gambar.......tak kisahlah gambar anda zaman baby, zaman anda budak budak, gambar adik anda, gambar anak anda, gambar anak saudara anda.. yang penting ada gambar bebudak... MESTI ada tau... nanti cik saffiyyah marah.... hi.hi.hi...
 ( ok dah buat )



Ha... ni gambar akak ngan anak-anak dan sebahagian anak-anak buah masa Raya Puasa yang lepas... Akak ni ada 29 orang anak buah dan dah 3 orang cucu.... dah dapat gelaran Mak Su dan juga Opah Su... Bila time berkumpul, riuh rumah pak mertua kat kampung.... macam ada kenduri. Kalau setakat 5 ekor ayam.... alamat x cukup.... 
Bila time basuh kain..... ampaian extra akan muncul sekeliling rumah pak mertua... dah macam kilang kain!!!
Paling haru-biru bila time nak solat subuh... beratur macam filem P. Ramlee walaupun bilik air ada 3 ...
( Yang tu jer kot dapat diterangkan... dah x de idea )


5.     Hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini... 
( ok dah buat )



6.     Mulakan title entry dengan nama contest....

"kids & baby photo contest" 
( ok dah buat )




7.    Wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang... ( ok dah buat )




30 november 2010.....  Ha.... tu tarikh tutupnya tau, tetapi terpulang pada cik saffiyyah jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)




hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.




Banner Contest 
*letak di sidebar dan di dalam entry

Jumaat, 19 November 2010

Ya Allah.... berilah kami kekuatan dalam mengharungi ujianMU...



Suami memecut kereta dengan laju membelah hujan yang turun dengan lebatnya.... Kami terpaksa sampai ke Klinik Pakar Rajindar di Teluk Intan sebelum jam 5.00 petang. Esok umat Islam di negara kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.... Maka hari ini merupakan hari persekolahan yang terakhir bagi kami, Hari Rabu.... Cuti umum, Hari Khamis.... Cuti peristiwa dan Hari Jumaat... Cuti Khas. Pagi tadi... kami menyambut Hari Kualiti dan seperti biasa.... mungkin juga tetap dan berpencen... sekali lagi aku memikul tanggujawab untuk menjadi pengacara majlis walaupun aku berusaha menolak pada awalnya... kerja yang nampak mudah tapi amat berat sebenarnya bagiku pada saat ini.... Sepanjang majlis berjalan.... sesekali aku kehilang fokus.... entah mengapa hati ini berdebar dan mata kananku asyik bergerak-gerak... Ya Allah!!! Hindarilah perkara buruk dalam hidupku....

Ahad, 7 November 2010

AKU KEHILANGAN LAGI.... KAMI KEHILANGAN LAGI....

Hujan turun semakin lebat dan aku masih duduk di pondok kecil di tepi sawah.... semua kenangan silam singgah tanpa diundang dan seakan aku terlihat Ama sedang membajak sawah dengan kerbau kesayangannya... sedangkan aku duduk di atas kerbau dengan riang sekali.... Nun jauh di petak sana, Ina sedang terbongkok-bongkok menanam padi...sesekali Ina mengesat peluh di dahinya. Ketika itu aku masih terlalu kecil untuk memahami kepayahan... aku hanya tahu meminta dan bermain... Ama dan Ina membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan juga padi huma untuk meneruskan hidup karana Ibu tidak mampu menyediakan semua... tambahan ketiku itu bapa kandungku berada entah di mana... Ibu terpaksa menitipkan aku pada Ina dan Ama, berkerja untuk menyaraku dan membantu meringankan sedikit beban Ina dan Ama. Apa yang aku tahu ketika itu.... aku hanya tahu menangis bila aku sakit... aku hanya tahu menangis bila aku nakkan sesuatu.... aku hanya tahu menangis bila aku dimarah kerana nakal... hanya itu yang aku tahu...













Ama dan Ina tidak pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa dilalui... Mereka sentiasa menyayangiku. Kasih sayang yang mereka berikan membuatkan aku lupa yang aku telah kehilangan seorang bapa... pergi tanpa sebarang jejak... Hujan semakin reda tapi kenangan-kenangan itu semakin galak datang silih berganti.. Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila suamiku menyentuh lembut bahuku... Rupa-rupanya sudah jam 10 pagi dan kami harus ke hospital menjenguk Ama. Aku mandi dan menyiapkan apa yang patut... bubur nasi kegemaran Ama. Sepanjang jalan aku mendiamkan diri... Semalam ketika meninggalkan Ama di wad, aku lihat garis-garis kesedihan di wajahnya walaupun dia cuba tersenyum ketika anak sulungku mencium dahinya. Kata-kata doktor semalam benar-benar meragut semangatnya yang tinggal. Dia seakan berserah.... Allah memanggil Ina setelah disahkan menghidapi kanser dan dia merasakan yang dia juga tidak lagi mampu bertahan dengan pembunuh itu!!!

Ketika sampai di wad... aku lihat katil Ama kosong. Dadaku berdebar. Aku bergegas ke kaunter pertanyaan... bertanya pada jururawat di sana. Rupanya Ama dibawa ke bilik pemeriksaan untuk mendapatkan tisu di paru-parunya. Hampir sejam kami menunggu, akhirnya Ama ditolak keluar dari bilik pemeriksaan. Ama kelihatan sangat lemah... jauh berbanding dengan keadaannya semalam. Setelah dipindahkan ke katilnya... Ama membuka sedikit kelopak matanya dan bertanya tentang Ina... Aku menangis... Dia berkata sambil berbisik yang dia baru berjumpa dengan Ina. Aku berlari ke taman... aku menangis sepuas-puas hatiku.

 Ya Allah! janganlah ambil Ama dari kami ketika ini.... kami baru sahaja kehilangan Ina!! Setelah reda tangisku... aku teringat bubur nasi yang kubawa. Kebetulan suamiku memanggilku. Doktor ingin berjumpa denganku. Doktor memaklumkan yang Ama akan menjalani rawatan kemoterapi di SMC esok... Doktor juga menjelaskan, usia Ama memungkinkan rawatan ini menjadikannya lebih lemah dan tidak berdaya tapi hanya itu rawatan yang mampu diusahakan oleh pihak hospital.... Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku... Apa lagi yang mampu aku lakukan... Aku tidak punya pilihan yang lain... Aku mahu Ama sembuh seperti dahulu...

Hari itu Ama makan bubur nasi yang kubawa dengan berselara sekali. Hatiku sedikit berbunga... Semoga esok Ama akan lebih sihat dari hari ini... Namun itulah kali terakhir Ama menjamah bubur nasi yang kubawa kerana selepas itu selera makannya hilang terus.... Doktor kata.. itu adalah kesan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya. Sejak itu... Ama semakin lemah dan tidak berdaya... hendak ke tandas, harus ada orang yang memapahnya... Ama sudah tidak merokok lagi.... Ama sudah tidak mahu ketawa lagi.... Ama sudah tidak mahu makan lagi.... Ama sudah tidak mahu bercerita lagi.... Setiap kali kami datang... Ama cuma tersenyum dan berbisik yang ajalnya semakin hampir.... Luluh hatiku... kata2 semangat yang kami berikan sudah tidak bermakna lagi.... Ama sudah berserah pada takdirnya... 

Cuti berakhir dan kami terpaksa pulang. Aku mahu memohon cuti tanpa gaji tapi Ibu tidak bersetuju kerana siapa yang akan menguruskan anak-anaku yang bersekolah. Aku pulang ke Selangor dengan hati yang berat sekali.... Ama menangis... dan pertama kali aku melihat suamiku menangis. Ama dan suamiku memang rapat sekali... Ama juga nampaknya amat menyayangi suamiku... Aku bisikkan di telinga Ama yang kami akan kembali secepat mungkin sekiranya dia memerlukan kami di sisinya... " Baliklah... ko kan mo kerja... anak2 ko mo sikulah.. Ama nda apa2... janganlah kamu risau. Kalau ada apa2 nanti mummy ko kasi tau juga"  Aku menangis.... aku tidak mampu menyembunyikan perasaanku...

Setiap hari aku menghubungi Ibu bertanyakan khabar Ama... Ibu tentu tertekan dan letih kerana berulang menjenguk Ama... Ayah ( bapa tiri ) pula masih belum sembuh sepenuhnya... setiap hari terpaksa menelan berpuluh biji ubat... makan juga harus dijaga kerana jantungnya masih lemah. Ibu lakukan semua itu berseorangan... Aku rasa amat bersalah... Aku cuba berbincang dengan Ibu untuk bercuti tanpa gaji tapi Ibu membantah dengan keras... Aku dan suami tidak mampu melakukan apa2... Suamiku minta aku bersabar. 

Setelah tiga bulan di hospital, Ama dibenarkan balik... khabar yang Ibu sampaikan itu sedikit mengembirakan. Ibu kata Ama sudah mula mahu makan nasi... Aku gembira. Ama sudah mahu bercerita.... Aku gembira. Rasa tidak sabar menunggu cuti semester 1.... Rindu mahu berjumpa dengan Ama. Setiap kali menelefon... suara Ama tidak jelas kedengaran... adakala seperti semput!! 

Cuti datang lagi.... Aku sekeluarga pulang ke Sabah. Ketika dalam perjalanan dari Airport, ayah memberitahuku perkara sebenarnya. Ama dibawa pulang kerana pihak hospital sudah tidak mampu melakukan apa2 lagi. Sebelah paru-paru Ama sudah dimamah si pembunuh dan paru2 yang sebelah lagi juga telah dijangkiti. Ama selalu batuk darah dan adakala juga darah itu keluar dari hidungnya.... Ayah juga beritahu, Ama sudah tidak mampu berjalan sendiri... hatta nak bangunpun perlu dibantu oleh orang lain. Ayah juga beritahu... adakala Ama tidak mampu mengenali orang di sekelilingnya. Ayah juga beritahu.... adakala Ama batuk tidak berhenti sehingga tidak boleh bernafas... Ayah juga beritahu, sebahagian daripada badan Ama iaitu dari bawah dada hingga ke kaki membengkak kebiru-biruan... Rupanya selama ini Ibu dan ayah menipuku kerana tidak mahu aku bersusah hati.... Aku rasa marah.... Aku rasa sedih.... Aku rasa kecewa.... tapi.... aku telan semuanya dalam tangis yang berpanjangan...

Ketika kami tiba di rumah... Ibu menerkamku dan memohon maaf kerana menipuku selama ini. Aku tahu niat Ibu baik.... Aku memeluknya dan kami menangis. Setelah aku mampu mengawal diriku... aku menjenguk Ama di biliknya. Ama sedang tidur... tubuhnya terlalu kurus... umpama rangka yang dibalut kulit. Matanya sudah terperosok jauh ke dalam... pipinya cengkung dan dia tidak lagi seperti Ama yang pernah kukenal... Tiba2 kakiku terasa kebas... aku seperti mahu pitam... Aku menyandar ke dinding dan duduk perlahan-lahan... Aku menangis... Tiba2 Ama tersedar... berpaling ke arahku. "Jenny... ko suda balik? Ama ingat ko nda balik... Ama ingat kita nda jumpa lagi..." Aku merangkak mendekati katilnya dan memeluknya... Dia menangis dan aku menangis.... Seisi keluarga menangis....

Keesokan harinya... aku ke pekan bersama suamiku. Aku membeli beberapa ketul gambir ( dimakan oleh orang2 tua bersama daun sirih dan kapur sirih ) dan sayur kegemarannya... sayur sawi cina. Aku membeli gambir kerana ibu mertuaku pernah memberitahuku yang gambir sangat mujarab untuk meredakan bengkak. Setiba sahaja di rumah... aku merendam  sedikit gambir tersebut dengan air panas. Setelah larut... aku menyapunya kebahagian badan Ama yang membengkak... Ama diam sahaja tanpa bertanya apapun. Setelah itu... aku masak bubur nasi. Sayur sawi cina yang kubeli tadi... aku bersihkan dan potong halus2 lalu aku masukkan kedalam blender... Kemudian, aku menumis sayur sawi cina tersebut dan mencampurkannya kedalam mangkuk berisi bubur nasi... Ama makan dengan berselera sekali...

Petang itu... Ama bangun sendiri dan berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Kami sangat terkejut... Ama menunjukkan bengkak di badannya sudah susut. Aku gembira.... dan kami bersembang sehingga jam 5.00 petang. Setelah Ama mandi... dia makan lagi... dan bersembang dengan suamiku sehingga jam 8.00 malam. Setelah minum ubat... Ama masuk ke biliknya dan tidur. Hampir jam 11.00... kami terkejut bila Ama tiba2 memanggil Ibu... Kami bergegas ke biliknya. Dia bercakap sambil berbisik yang Ina datang menjemputnya.... Ibu mula menangis.... Aku masih dapat mengawal perasaanku. Aku menyuruh Ama tidur... Aku beritahu Ama yang dia cuma mengigau dalam tidur... Ama tidur semula...

Jam 2.00 pagi... Ibu mengejutkan kami. Ama sesak nafas.... Aku naik ke katil dan memangkunya... Ama tidak boleh bernafas... jelas kelihatan urat-urat di lehernya menahan kesakitan... Ibu menangis dalam keadaan panik... " Ama... uda poh kumawo Ama... " ( Ama... jangan pergi ).  Aku mengurut-ngurut dada Ama... air mataku deras mengalir. Tapi ketika itu aku pasrah sekiranya Ama pergi.... Aku tidak sampai hati melihat keadaannya. Keadaan Ama tiba2 reda... dia bernafas seperti biasa... Aku memanggilnya... Ibu memanggilnya... Ama buka matanya perlahan-lahan... memandangku... memandang Ibu.... memandang suamiku.... memandang ayah.... satu persatu dipandangnya. Ama kemudiannya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya... umpama merasa kelegaan. Ama kemudian perlahan-lahan menutup matanya... rapat-rapat!!! Ama pergi jua akhirnya dalam pangkuanku... ketika seisi keluarga kami yang kecil berada di sisinya. Aku kehilangan lagi.... Kami kehilangan lagi.... Keluarga kami semakin kecil...

LIKE DISINI

Layout