SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 18 Februari 2012

DEWI SUKMA ( Part 2 )

" Sofea sedar...... sofea bersalah kerana mencintai abang sedangkan Sofea tahu, Sofea tidak layak menghuni hati abang. Sofea takut berterus-terang sebelum ini kerana bimbang abang tidak boleh menerima Sofea. Sofea tidak berniat melukakan hati sesiapa. Sofea sayangkan keluarga abang. Sofea temui ketenangan selama Sofea menumpang kasih di sini. Sekiranya abang tidak mencintai Sofea.... Sofea tidak pernah memaksa. Sofea faham... Sofea redha, mungkin itulah takdir Sofea". Seakan terdengar-dengar suara Sofea yang disulami tangisan, mengusik perasaan Azfar ketika itu. Dia mencintai Sofea tetapi egonya bagaikan gunung tingginya. 

Dalam diam Azfar sebenarnya sangat mencintai Sofea. Sofea menjaga Akmal bagaikan anaknya sendiri. Azfar ada terniat menyunting Sofea sebagai suri hatinya biarpun dia tidak meyakini kemampuan Sofea menjadi pengasuh ketika pertama kali dia datang setelah Azfar mengiklankannya tapi ibu Azfar memilih Sofea atas alasan terserlah sifat keibuan pada wajahnya. Azfar sering memerhatikan Sofea dari jauh dan sedekit demi sedikit perasaan sayang menghampiri hatinya. Kelembutan Sofea sangat menawan. Sejak kehadiran Sofea, semua urusan rumah dan Akmal dijaganya dengan baik. Ibu Azfar yang tinggal bersama Azfar juga gembira dan selesa dengan kehadiran Sofea.

Azfar mula merisik latar belakang Sofea tetapi Sofea seakan merahsiakan siapa keluarganya. Sejak Sofea bekerja dengannya, Sofea tidak pernah memohon cuti untuk menjenguk keluarganya. Azfar tertanya-tanya... syak wasangka mula merangkak mengganggu hatinya. Sehinggalah minggu lepas ketika rumahnya dikunjungi Datuk Salleh, pemilik sebuah syarikat perkapalan yang terkenal. Rupanya Dayang Sofea binti Salleh adalah anaknya. Sofea menghilangkan diri setelah dipaksa bertunang dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Azfar terpukul... Azfar kecewa.... Azfar rasa dirinya tertipu.

Azfar berjanji kepada Datuk Salleh untuk menghantar Sofea pulang ke rumah setelah selesai urusan mencari penggantinya. Datuk Salleh agak keberatan tetapi terpaksa akur kerana Sofea menguncikan diri tidak mahu keluar dari biliknya. Setelah Datuk Salleh pulang, Azfar memanggil Sofea dan ketika inilah Sofea berterus-terang. Azfar terluka kerana Sofea menipu mereka.... Azfar tidak mampu menerima alasan Sofea dan.... Azfar rasa dirinya terlalu kerdil mencintai Sofea, siapa yang tidak tahu kekayaan Datuk Salleh yang memiliki aset berbillion ringgit. Walaupun Sofea merayu tapi Azfar tegas dengan keputusannya. Sofea harus keluar dari rumahnya. Akmal merayu.... ibu Azfar juga merayu.... tapi hati Azfar sekeras batu.

1 ulasan:

perjalanan pulang berkata...

oh sofea.............kasihan

LIKE DISINI

Layout