SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Ahad, 15 April 2012

LOSING.....


Setelah sekian lama berhenti menulis, hari ini hati berkobar-kobar mahu menulis.... berkongsi sesuatu dengan pembaca-pembaca di luar sana. Siapa tahu, pokok apa dalam gambar nun kat atas tu? 

Kami di Sabah memanggilnya pokok Losing. Pucuk pokok ni amat mujarab digunakan untuk memberhentikan darah mengalir seperti darah yang keluar dari luka akibat terhiris benda tajam seperti pisau atau parang. Pucuk mudanya dikunyah atau ditumbuk lumat lalu ditampal pada luka yang berdarah. InsyAllah. darah akan berhenti mengalir serta-merta.

Selain itu, pucuk pokok Losing juga boleh digunakan untuk menghilang rasa pahit pada sayur-sayuran seperti peria dan bunga betik. Pucuk muda daun ini direbus bersama peria atau bunga betik sebelum dimasak. Rasa pahit pada peria atau pucuk betik akan hilang. Cubalah....

Daun pokok ini agak kasar dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah gigi kuning disebabkan terlalu banyak merokok. Ambil beberapa helai daun tersebut lalu disental pada gigi. Amalkan setiap hari, insyAllah masalah gigi kuning akan berkurangan. Pada zaman dahulu, sebahagian besar kaum wanita masyarakat Dusun mengamalkan makan sirih yang menyebabkan gigi mereka menjadi hitam. Bagi mengatasi masalah ini, mereka menggosok gigi mereka menggunakan daun Losing agar kekal putih seperti biasa.

Buah Losing ini apabila masak akan merekah pada bahagian atas buahnya dan menampakkan isi yang berwarna ungu kebiru-biruan. Semasa zaman kanak-kanak dahulu, kami suka makan isi buah Losing kerana rasanya yang manis.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha..
Teringatzaman budak2 dulu.

Eh..lama tia limpas2 sini uda.
Hai cegu!

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Hi....
GematriA..
Iya bha.. sia pun lama sudah nda berblog ni.

Acik Erna berkata...

csr..buah apa tu ye.nama lain untuk losing tu apa..teringin pulak acik nak tau

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Acik Erna... CSR tak pasti apa namanya pokok ni kat semenanjung. Itulah mencari merata tmpt baru jumpa sb nak tanya org kat sini... x yau apa pula namanya. Nanti dirisik dulu..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Akhirnya CSR tahu jga nama pokok ni... di se
menanjung dikenali sbg pokok senduduk atau keduduk...

Acik Erna berkata...

CSR terima kasih..acik pun dah agak bila tengok daun dan blia cerita buahnya warna purple..tapi takut salah pulak..terima kasih banyak ye..

LIKE DISINI

Layout