SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Isnin, 16 April 2012

AJAL KERANA SESIKAT PISANG...

Semasa dlm perjalanan pulang dari Manjung pada 17hb Februari yang lepas, bangkai seekor monyet di tengah-tengah jalan yang masih kejap memegang sebiji pisang menarik perhatianku.Tiba-tiba aku teringat pada cerita seorang rakan semasa zaman belajar dahulu. 

Suatu petang, ibunya terjerit-jerit di dapur kerana terkejut dengan kehadiran seekor monyet yang menyelongkar dapur rumahnya di kampung. Monyet itu cuba melarikan diri ketika menyedari dirinya terancam tetapi sempat membawa sesikat pisang emas yang kebetulan diletakkan di atas meja makan . Ayah rakanku begitu pantas mencapai senapang patahnya dan menembak ke arah monyet tersebut. Bang!! senapang memuntahkan peluru tepat pada sasarannya. 

Monyet itu menjerit kesakitan tapi masih cuba bergerak menuju ke sepohon pokok durian tidak jauh dari rumahnya. Monyet itu masih tidak melepaskan sesikat pisang yang dipegangnya. Rakanku yang dari tadi memerhati gelagat monyet tersebut bergegas menuruni anak tangga kerana mahu melihat keadaan monyet itu dari dekat. Ternyata monyet itu sudah tidak bernyawa lagi. Ada air jernih membasahi pipi haiwan malang itu dan monyet itu seakan memeluk erat sesikat pisang emas yang dicurinya tadi.


Ketika itu, rakanku terdengar bunyi pelik di sebalik pohon durian yang sebesar pemeluk orang dewasa. Dia melangkah dengan berhati-hati.... mencari bunyi apakah sebenarnya itu?. Alangkah hiba hatinya bila melihat seekor anak monyet yang kelesuan dan kelaparan. Rupanya.... ibu monyet itu mencuri pisang untuk anaknya. Kebetulan, seminggu sebelum itu.... hutan dikaki bukit, dikampung rakanku hangus terbakar. Kemungkinan ibu monyet itu turun ke kampung untuk mendapatkan makanan kerana anaknya kelaparan. Betapa seekor ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya demi kerana anaknya.... 

Malang sungguh nasib anak monyet tersebut... lapar!!!! Anak monyet itu juga sudah kehilangan ibunya.... Bagaimana agaknya perasaan anak monyet itu sekiranya dia tahu kejadian disebaliknya????

Betapa kasih seorang ibu itu terlalu dalam.... Anak-anak mungkin tidak mengerti selagi mereka belum menjadi ibu...














4 ulasan:

a.samad jaafar berkata...

tembak pulak org yang menembaknya !

eMMe berkata...

Assalamualaikum, kak Fuzjee...pekabar? sihat ke semua abg n anak2 akak?

tak lama lagi, saya nak jadi ibu... InsyaAllah..doakan saya kak...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

a.samad jaafar : Hahahahaha! ganaih beno..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

eMMe : Alahmdulilah. Ari tu, abang ada bgtau berita gembira tu pada akak. Semoga Allah permudahkan segalanya. Akak tumpang seronok mendengar khabar baik tu. Tahniah!

LIKE DISINI

Layout