Setelah beberapa hari cuaca mendung dan adakala hujan turun dengan lebatnya... hari ini cuaca begitu terang. Matahari memancar garang dan bahangnya terasa mengigit kulit.
"Umi... cepatlah hidupkan engin" Lyana mengerutkan dahinya. Berpeluh-peluh menahan panas.
Pendingin hawa yang dipasang seakan tidak terasa tapi harus bergegas pulang kerana jam sudah menunjukkan pukul 2.00pm. Zaky harus ke sekolah agama jam 2.30 nanti... makan, mandi, solat... tak sempat dia berehat hari ini memandangkan aku meeting sehingga jam 1.55pm. Biarpun panas membahang tapi zaky tetap tersenyum ceria, tidak seperti kakaknya yang duduk tidak selesa bagai ulat dipanggang.
Bila keretaku mula bergerak, zaky yang duduk di belakang menjeling dan mencuit kakaknya tapi si kakak buat muka 14... mood tak baik agaknya. Aku memandang zaky menerusi cermin pandang belakang sambil tersenyum.
" Kenapa Aky?" Aku bertanya.
"Umi... Aky ada satu teka-teki... Umi jawablah". Aku menganggukkan kepala. Sah! anak bongsuku ini dah terkena badi sikap ayahnya yang suka beri teka-teki.
"Kalau Umi jawab dengan betul, nanti Aky tolong Umi cuci keta".
"Yelah". Jawabku pendek dan ringkas.
"Kalau helikopter tu dibuang sayapnya jadi binatang apa?" Kakaknya seperti tertarik untuk mendengar perbualan kami. Agaknya dah sejuk bila dihalanya pendingin hawa tepat ke mukanya.
"Jadi berudu". Jawabku ringkas dengan penuh keyakinan.
"Salah... Ada pula berudu. Ntah pa pe Umi ni". Zaky tersenyum dan mengajukan teka-teki tu pada kakaknya. Bermacam-macam jawapan yang keluar dari mulut kakaknya tapi x satupun yg betul.
"Malaslah... Ntah2 Aky pun x tahu jawapannya.. Kalau mcm tu apa pula jawapannya?" Si kakak mula bengang. Zaky tersenyum bangga.
"Ala Kak Yung... soalan senang mcm tu pun x leh jwb....Ikanlah". Jawabnya dengan yakin. Aku pelik mcm mana pula jawapannya ikan...
"Merepek... kenapa pula ikan jawapannya? Aky ni x pernah nampak ikan kot... tu lah... asyik mkn ayam goreng jer sampai ikanpun x tahu mcm mana bentuknya" Si kakak tidak berpuas hati dgn jawapan tersebut.
"Suka hati Aky lah.... itukan teka-teki, Aky jadi cuma jawapan Aky jer yang betul...". Si adik ketawa keseronokan.
Si Kakak menarik muka masam. Si adik pula tersenyum puas dapat mengenakan kakaknya.